6 asas penting analisa pasaran untuk bisnes online

Assalamualaikum. Hari ini semakin ramai yang berminat menceburi bisnes online. Ini disebabkan potensi pasarannya yang semakin berkembang pesat.

Saya pun tidak terkecuali. Sejak mula melibatkan diri dalam dunia online sehinggalah diberi kepercayaan dalam pelbagai gerak kerja pemasaran digital bersama sektor perniagaan, ia membuka ruang bersama rakan industri untuk memahami kepentingan analisa pasaran dalam merangka pelan atau strategi pemasaran. Sebenarnya, banyak trial n error bagi mendapatkan asas analisa pasaran yang boleh dijadikan sebagai landasan strategik dalam memperkasa gerak kerja bisnes online ini.

Hasil daripada pengalaman tersebut, kami sentiasa mempraktikkan rangka dasar analisa pasaran digital ini dalam setiap usahasama bisnes online yang dilaksanakan.

Malah, secara peribadi ia turut menjadi asas dalam penglibatan isteri saya apabila beliau berhasrat membuka kedai online. Walaupun hanya memfokuskan beberapa produk, melalui integrasi digital di landasan marketplace itu sendiri, ia setidaknya mampu menjana pelanggan dengan baik.

Begitu juga dalam beberapa siri gerak kerja bisnes online bersama usahawan PKS, team pemasaran dan pelanggan industri digital. Walaupun mempunyai variasi produk, servis dan jenis perniagaan yang berbeza, pada dasarnya memerlukan asas analisa pasaran yang sama dan perlu fleksible dalam merangka strategi pemasaran yang berkesan.

Apa pun, majoriti bisnes online yang berjaya bukanlah diperolehi atas usaha semalaman. Banyak masa diperuntukkan, malah pelaburan yang dibelanjakan untuk memahami trend prospek pasaran, membina database, menentukan matlamat dan akhirnya memperolehi strategi yang betul-betul berkesan.

6 Analisa Pasaran Digital Untuk Bisnes Online

6 Asas Analisa Pasaran Bisnes Online

Menjalankan kempen pemasaran digital yang berjaya memerlukan inisiatif tertentu dalam mengenal prospek pasaran, membangunkan strategi serta melaksanakannya mengikut displin dan kesesuaian. Terdapat beberapa perkara yang perlu jelas bagi setiap peniaga sebelum menjalankan kempen pemasaran digital.

Tak kiralah sama ada anda seorang pengasas produk, pemilik bisnes, pemasar, stokis atau agen jualan, beberapa rangka asas dalam menganalisa pasaran digital ini boleh dijadikan landasan dalam mencetus gerak kerja dan arah tuju yang lebih jelas untuk memperkukuhkan lagi prospek bisnes online anda.

Ia terbukti membantu kami dalam pelbagai penglibatan pemasaran digital. Namun untuk menjayakannya, anda perlu melapangkan sedikit masa menilai sendiri setiap aspek tersebut untuk bisnes online anda.

Isi kandungan Analisa Pasaran Bisnes Online.
1. Matlamat Pemasaran.
2. Mengenali Prospek Pelanggan.
3. Mengkaji Persaingan
4. Memahami Proses Pembelian Online
5. Memilih Platform Pemasaran
6. Mengurus Strategi Pemasaran Digital

1. Matlamat Pemasaran

Membina strategi bisnes online perlu bersandarkan kepada matlamat yang ingin dicapai. Pastinya, keuntungan menjadi matlamat perniagaan. Tetapi pada dasarnya, adakah sesuatu info yang ingin disampaikan itu mempunyai asas untuk mencipa kesedaran (awareness), minat (interest), keinginan (desire) dan tindakan (action) kepada prospek pelanggan yang anda disasarkan?

Dengan memahami matlamat, anda dapat memahami kenapa anda terlibat dalam bisnes tersebut. Ia membina pengenalan dan idea komunikasi yang lebih jelas dalam memperkenalkan produk atau servis anda dan bagaimana ia boleh membantu sebagai solusi kepada keperluan golongan bakal pengguna yang anda sasarkan.

Di sini anda perlu kenal pasti terlebih dahulu siapa sasaran prospek pasaran anda. Adakah matlamat anda untuk memasarkan atau menjual sesebuah produk atau servis itu dapat menarik perhatian apa yang prospek mahukan? Matlamat dapat menentukan fokus untuk persediaan langkah seterusnya.

Matlamat pemasaran inilah yang menjadi rangka dalam penyediaan setiap elemen pemasaran kandungan yang bakal anda buat di corong jualan (sales funnel) anda, sama ada platform media sosial, laman web, blog, e-dagang marketplace dan sebagainya, termasuklah komunikasi secara offline.

2. Mengenali Prospek Pelanggan

Apabila anda sudah jelas tentang matlamat pemasaran, kenapa anda terlibat dalam memasarkan atau menjual sesuatu produk atau servis itu, maka lebih jelas dan mudah untuk anda mengenalpasti siapakah golongan dasar prospek pelanggan atau kluster pasaran yang patut anda sasarkan.

Bab ini anda sudah mula untuk belajar memahami secara umum tentang keberadaan prospek pelanggan dan membina Avatar Pelanggan. Avatar Pelanggan adalah pengetahuan realiti (facts) tentang personaliti secara umum cluster prospek pelanggan paling berpotensi, termasuklah lokasi (geografi) dan demografi seperti peringkat usia, jantina dan serta taraf sosioekonomi dan trend gaya hidup mereka.

Perlu juga untuk anda mengkaji permasalahan umum yang mereka sering hadapi dalam hubungkaitnya dengan produk atau servis yang ingin anda pasarkan.

Mengenalpasti peringkat ini membantu dalam rangka penyediaan setiap elemen pemasaran kandungan yang efektif dalam menarik minat dan emosi prospek pelanggan serta konsisten dengan matlamat bisnes online anda.

3. Mengkaji Persaingan

Dalam bisnes biasanya anda tidak berseorangan di pasaran. Pasti ada persaingan dalam pasaran bisnes online yang anda ceburi. Itu lumrah berniaga.

Namun perlu kita ketahui, setiap prospek pasaran digital sentiasa terdedah dengan pelbagai sumber informasi yang mampu mempengaruhi tindakan mereka. Tidak mustahil, mereka mungkin melihat pesaing anda menawarkan pakej lebih baik, atau menyampaikan info dengan penceritaan pemasaran kandungan yang mampu menyentuh emosi mereka hingga mempengaruhi pembelian.

Oleh itu, anda perlu mengkaji persaingan yang terkait dengan produk atau servis anda. Kenalpasti pesaing dengan meluangkan masa membuat kajiselidik pasaran. Ambil tahu kaedah pemasaran mereka, tawaran dan promosi di setiap landasan pemasaran digital, media sosial dan marketplace.

Mengkaji persaingan dapat membantu anda memahami keberadaan bisnes online anda di pasaran. Disamping itu ia membantu memberi idea dan sumber untuk anda menambahbaik strategi pemasaran dan terus bersaing secara sihat.

4. Memahami Proses Pembelian Online

Sistem perbankan kini menyediakan kemudahan transaksi online yang luas. Terdapat juga pelbagai aplikasi edompet yang memudahkan lagi pengguna untuk melakukan sebarang transaksi online.

Pada peringkat ini anda bukan sahaja perlu memahami cara dan kemudahan proses pembelian tersebut, tetapi mengenal tingkahlaku, psikologi dan motivasi pelanggan dalam membeli. Selidik pola atau cara pelanggan mungkin bertindak. Bermula dari sebaran iklan, interaksi anda bersama mereka sama ada di media sosial, whatsapp, laman web atau edagang sehinggalah respon pembelian yang anda perolehi hasil daripada setiap usaha itu.

Ia sebahagian elemen pemasaran digital yang perlu sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa. Sekiranya proses pembelian terlalu rumit, prospek yang berminat berkemungkinan besar jadi kurang berminat untuk membeli atau beralih kepada tawaran pesaing yang lebih memudahkan mereka.

Oleh itu, pastikan bisnes online anda menyediakan kemudahan pembayaran yang memudahkan pelanggan agar mereka tidak perlu berfikir panjang untuk membuat sebarang proses transaksi pembelian.

5. Memilih Platform Digital

Terdapat banyak platform pemasaran digital yang tersedia pada masa kini.

Memilih saluran yang betul dapat mengelakkan kita menempuh (digital noise) atau tersasar dari prospek yang berpotensi. Ia juga penting agar kita mampu mengendali secara konsisten disamping mengurus bisnes online. Terdapat pelbagai landasan digital seperti pilihan platform media sosial, laman web dan edagang marketplace. Apa yang penting, pastikan pilihan yang benar-benar sesuai.

Anda tidak perlu memilih terlalu banyak platform, tetapi pilihlah yang benar-benar sesuai dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya terlebih dahulu. Malah ianya boleh diintegrasikan bersama laman web atau kedai online anda untuk komunikasi dan capaian kepada prospek pasaran dengan efektif.

6. Mengurus Strategi Pemasaran Digital

Sekiranya kelima-lima perkara diatas sudah dirangka sebaiknya, ia pasti membantu membina perspektif dan persediaan yang lebih baik untuk bisnes online anda.

Kini adalah masa untuk anda menentukan kaedah pemasaran dan periklanan digital yang paling sesuai. Antara kaedah pemasaran digital merangkumi teknik pemasaran kandungan, setiap skrip yang anda tulis di ruangan description produk atau servis sehinggalah media pemasaran dan komunikasi yang anda pilih.

Antara pilihan teknik pemasaran yang boleh dimanfaatkan adalah melalui copywriting dan storytelling untuk periklanan media sosial, teknik Optimasi Enjin Carian (SEO)untuk laman web, mendaftar Google Business Profile dan melaksanakan Pemasaran Enjin Carian (SEM), pemasaran di edagang marketplace atau pun storytelling yang menarik melalui Zero-Cost Marketing serta pelbagai lagi teknik yang boleh anda laksanakan dari masa ke semasa.

Kesemua ini bergantung kepada pemilihan dan kesesuaian bisnes online anda berdasarkan matlamat, sumber dan kemampuan… yang penting, ia perlu konsisten dan sentiasa menambahbaik usaha itu.

Memperkukuh Potensi Pasaran Digital

Mengurus setiap kempen pemasaran juga memerlukan displin dan kesabaran.

Pernah ada peniaga yang pada mulanya menganggap pemasaran digital hanya sekadar berkongsi status media sosial, namun apabila tidak memperolehi impak yang diharapkan, barulah menyedari tentang perlunya perancangan dan persediaan yang sepatutnya dilakukan.

Pasaran digital menjadi kepentingan perniagaan masa kini. Kesan daripada peralihan trend pasaran telah menjadikan ruangan digital ini tempat tumpuan orang ramai. Pasaran digital juga bermain dengan algoritma AI, persaingan industri serta kebijaksanaan pengguna dalam menilai setiap kempen, iklan dan promosi.

Oleh itu, peniaga bisnes online perlu lebih kreatif dalam melaksanakankan teknik pemasaran, mengendali data dan capaian maklumat serta prihatin terhadap emosi pasaran. Gerak kerja dan strategi yang terancang menjadi landasan dalam memenangi hati dan emosi prospek pasaran digital.

Featured Photo by Austin Distel on Unsplash

Baca lagi > Kenali Potensi eDagang, Online Shop Dan Marketplace

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini:

3 Thoughts to “6 Asas Penting Analisa Pasaran Untuk Bisnes Online”

  1. Pemasaran online banyak kemudahannya jika menguasai ilmu digital tapi tetap ada persaingannya

  2. Pemasaran digital sangat perlu dipelajari dan dikuasai agar memeri kesan yang terbaik.

  3. […] Baca lagi: 6 Asas Pemasaran Digital Untuk Peniaga Online […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.