memanusiawi digital

Assalamualaikum. Sejak beberapa bulan lepas, saya telah berpeluang bersembang panjang dengan beberapa rakan media sosial melalui messenger dan whatsapp. Antara mereka merupakan kenalan agensi serta institusi dari kalangan warga pendidik dan penuntut yang saling mengenali melalui beberapa siri pengisian industri secara online dan offline dan seterusnya berhubung menjadi ‘friends’ di Facebook peribadi saya sejak itu.

Alhamdulillah sedar tak sedar, ada dikalangan rakan-rakan institusi yang sudah hampir sedekad saling terhubung bersama di media sosial, terutamanya di FB personal, sejak penglibatan saya dalam lapangan social enterprise dan industry placement sehinggalah kepada input akademik-industri melalui pengisian program anjuran agensi dan institusi serta perkongsian di media sosial dan website ini. Alhamdulillah, terima kasih.

Maka dari perbualan selain bertanya khabar, terbuka juga persoalan tentang tempo pengisian saya yang disedari telah mula beralih fokus dan sudah tidak lagi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Maka kesempatan di ruangan ini, terpanggil untuk saya jelaskan sebaiknya. Apa pun, saya terlebih dahulu berterima kasih kepada kalian yang sudi berhubung dan bertanya. Sebagai pengamal digital picisan, setidaknya ia menjadi satu pendekatan yang lebih baik untuk kita terus saling mengenali melalui perbualan ‘one to one’ seperti itu.

Btw.. perkongsian yang dimaksudkan antaranya seperti screenshot di bawah ni kan? huhu 🙂

Memanusiawi Pendigitalan: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi

Memanusiawi Digital Dan Peralihan Fokus Industri

Ok.. bagi subscriber dan rakan-rakan yang mengikuti website ini, pasti kalian sudah sedia maklum, melalui penglibatan aktif dalam ruangan digital sejak lebih sedekad lalu, saya bersyukur kerana ia telah membuka peluang untuk saya terlibat dalam pelbagai kerjasama industri.

Melalui penulisan online, naskhah dan blog, sehinggalah saya ditawarkan terlibat secara rasmi dalam pembangunan kandungan digital dan usahasama perundingan sektor industri melalui entiti bersekutu Khir Khalid Resources, ia satu anugerah yang amat dihargai. Terima kasih lagi buat rakan industri, agensi dan associates termasuk warga IPTA/IPTS atas kepercayaan yang diberikan.

Malah, peluang untuk berkongsi perspektif berdasarkan pengalaman pahit manis lebih 20 tahun kerjaya dalam sektor pemasaran sebagai kolumnis Utusan Malaysia, Utusan Digital dan majalah online Marketing In Asia juga satu landasan yang membuka pendedahan industri yang baik.

Tidak ketinggalan, kepercayaan yang diberikan oleh badan profesional Institute Of Marketing Malaysia dengan pengiktirafan profesionalisme juga menjadi satu amanah yang secara tidak langsung membantu menyokong kredibiliti kerjaya dan keusahawanan, malah juga keperibadian diri dalam konteks hubungan industri.

Alhamdulillah, sebenarnya banyak lagi individu dan pihak-pihak terlibat yang saya berterima kasih dalam membuka ruang kepercayaan, sokongan serta peluang merealisasikan aspek memanusaiwi digital hari ini dan akan datang, insyaaAllah.

Maka atas saranan dan nasihat serta tempo komuniti industri B2B, saya menyedari untuk lebih prihatin dalam menjaga komitmen, kepentingan dan kepercayaan diantara hubungkait kerangka industri (B2B) dan konteks pendedahan sosial (industry framework, digital engagement & social exposure). Sudah masanya saya perlu pastikan dalam menyampaikan sesuatu melalui landasan dan di tempat yang betul… ok saya perjelaskan lagi…

Etika Industri Dan Landskap Sosial

Pada beberapa artikel yang ditulis sebelum ini ada menjelaskan inisiatif perubahan yang saya usahakan agar selaras dengan etika industri bagi terus mendepani cabaran peralihan trend industri dan landskap sosial era IoT. Pautan artikel-artikel tersebut saya sertakan di bawah artikel ini.

Antara langkah yang diambil sebenarnya telah bermula awal 2021, termasuklah dari aspek perkongsian input dan perspektif industri yang pada kebiasaan sebelum ini saya nukilkan dengan panjang lebar di Facebook dan Instagram selain di website ini. Setelah diamati, FB dan IG personal bukanlah landasan sesuai untuk bercerita penglibatan sektor B2B seperti kami. Sekadar dibaca.. silap cara boleh menjejaskan fokus sebenar yang mahu disampaikan kepada segmen yang betul.

Pendedahan gerak kerja pemain digital dalam fokus pengukuhan platform digital pelanggan industri merangkumi media sosial, e-dagang dan website rasmi serta kerjasama associates dan badan terlibat dalam lanskap digital ini telah memperlihatkan saya bahawa landasan media sosial peribadi bukan platform yang releven. Ia juga berdasarkan penjelasan pada artikel yang saya nukilkan pada pautan di bawah.

Pernah satu ketika semasa fasa PKP dan pasca PKP, saya semakin didedahkan dengan gerak kerja digital yang sangat terancang dan tersusun melalui kerjasama industri yang telah dilaksanakan.

Memanusiawi Pendigitalan: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi

Malah gerak kerja melalui meet up online yang kerap diadakan serta mendalami pengurusan analytics dan impak digital platform pelanggan industri adalah priority. Bila mula fokus dengan platform klien dan associate industri, platform personal mula dilihat sebagai ‘personal’… tak sesuai cerita hal serius atau B2B di platform personal sekiranya mahu terus releven dan melangkah ke hadapan dalam digital scene industri yang sebenar.

Namun ia berbeza dengan laman web yang terus menjadi salah satu landasan B2B dan terbukti mampu menampilkan kredibiliti kepada fasa-fasa selanjutnya dalam perhubungan industri.

Atas faktor tersebut serta pelbagai elemen lagi, saya mengambil keputusan untuk mengikut jejak warga pemain digital industri berdasarkan kemampuan serta aspirasi sendiri. Maka dari situlah terlahir perkongsian Fb personal yang lebih bersifat aspirasi peribadi bersama keluarga, saudara, rakan kerjasama, kawan lama dan yang berkongsi minat yang sama.

Setidaknya, pengalaman industri seperti peluang yang saya perolehi untuk belajar video editing dari mereka yang terlibat secara terus dalam industri pembangunan kandungan dapat jugalah saya praktikkan untuk mengabadikan pengalaman berharga atas hobi dan minat sendiri. Malah ia menjadi salah satu latihan yang lebih menyeronokkan dari sekadar tujuan kerja atau pun bisnes.

Atas faktor tersebutlah juga saya beralih tempo perkongsian di media sosial personal kepada minat peribadi, berkongsi aspirasi travel motovlog dan mengabadikan pengalaman di FB personal, IG dan YouTube. Ia juga menjadi inspirasi nilai tambah buat diri ini untuk saling mengenali penglibatan mereka yang berkongsi minat yang sama dalam aspek videografi dari sekadar ride saja-saja ke pelbagai lokasi sebagai aktiviti masa lapang seperti sebelumnya.

Implikasi Pasca Norma Baharu 2021

Berbalik kepada topik… bermula tahun 2021, saya telah pun memulakan inisiatif peralihan dalam usaha memanfaatkan dan menambahbaik database di website ini bukan sahaja kepada rakan dan pelanggan industri, tetapi juga dalam menyampaikan artikel-artikel perspektif perkongsian industri secara priority terus ke emel pembaca.

Maka setiap yang saya tulis atau kongsikan dapat disampaikan melalui emel secara terus dengan lebih personal, fokus dan beretika buat pembaca yang mengikuti dan memberi kepercayaan.

Semoga setiap perkongsian dapat terus menyumbang nilai tambah yang bermanfaat untuk kebaikan bersama, insyaaAllah. Terima kasih.

Pautan artikel terkait;
> Fokus Industri Dalam Peralihan Pasaran Digital.
> Pemasaran Digital 2022: Pemerkasaan Gerbag Era IoT
> Buat Duit Dengan Blog: Impak Kerjaya Dan Perniagaan

Photo by Khairi Harry: https://www.pexels.com/photo/aerial-view-of-people-walking-on-street-during-nighttime-2716060/

2 Thoughts to “Memanusiawi Digital: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi”

  1. […] Aspirasi pengeditan video ini ada saya kongsikan pada artikel sebelum ini bertajuk: Memanusiawi Digital: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi. […]

  2. […] Selebihnya saya pernah berkongsi beberapa artikel sebelum ini berkaitan gerak kerja industri, Marketplace termasuk aspirasi peribadi dalam kandungan digital dan videografi. Antaranya boleh dirujuk pada artikel ini > Memanusiawi Digital: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi. […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.