MyIPO Petunjuk Geografi
 
Sekiranya anda mempunyai hasil karya, idea dan jenama sendiri pasti mahukan reputasi yang terbaik agar ia dikenali, dipercayai dan memberi manfaat serta keuntungan. Selain itu, faktor keselamatan juga amat perlu diambilkira kerana ia merupakan harta intelek yang perlu dilindungi.
 
 
Inilah informasi saya ingin kongsikan tentang kepentingan Petunjuk Geografi yang diperkenalkan oleh MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia, merupakan agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) dalam usaha melindungi harta intelek anda.
 

Apa Itu Petunjuk Geografi MyIPO

 
 
Pasti anda pernah melihat jenama seperti Kluang Coffee, Sabah Tea, Kek Lapis Sarawak dan bermacam-macam lagi yang menggunakan nama tempat menjadi jenama produk. Penjenamaan seperti ini menyatakan kepada umum tentang lokasi asal sesuatu produk atau jenama itu diasaskan.
 
Definasi MyIPO – Petunjuk Geografi adalah tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.
 
Penjenamaan produk yang termaktub dibawah Petunjuk Geografi ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pemiliknya kerana mudah diingati dan membina keyakinan kepada orang ramai melalui reputasi negeri, wilayah atau daerah, sesuatu tempat yang dinamakan.
Petunjuk Geografi, MyIPO, Perbadanan Harta Intelek Malaysia,
 
 
Perlindungan Petunjuk Geografi
 
Perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk
Geografi yang walaupun ianya dikeluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan, tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan dan daerah yang lain.
 
Pemilik Petunjuk Geografi yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk mengeksploitasi barangan Petunjuk Geografi bagi mendapat pengiktirafan baik di dalam negara mahu pun luar negara.
 
Pengecualian Dari Perlindungan Petunjuk Geografi
 
 
  1. Petunjuk Geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam
    atau adat atau wilayah asal; atau
  2. Petunjuk Geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di
    negara asal.
  3. Petunjuk Geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau
    wilayah asal.
 
 
 Hak Penggunaan
 
 
 
  1. Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan
    geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja bleh
    menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan.
  2. Hak penggunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan
    berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan dalam
    sijil pendaftaran.
 
Tempoh Perlindungan
 
 
Tempoh perlindungan bagi Petunjuk Geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.
 
Pemohon Yang Layak
 
 
  1. Individu yang menjalankan aktiviti sebaga pengeluar di kawasan
    seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk
    sebagaimana yang disenaraikan dalam borang permohonan.
  2. Pihak berkuasa tempatan; atau
  3. Organisasi perniagaan atau persatuan.
 
 
 Akta Petunjuk Geografi 2000
 
 
Akta Petunjuk Geografi telah diperkenalkan bermula tahun 2000. Maklumat rujukan lanjut boleh diperolehi melalui pautan yang disediakan di bawah;
 
Petunjuk Geografi, MyIPO, Perbadanan Harta Intelek Malaysia,
 

Daftar Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi

 
 
Bagi usahawan yang mempunyai jenama atau bakal usahawan yang berhasrat membina penjenamaan yang terkait dengan nama lokasi tempatan, pastikan anda berdaftar melalui Petunjuk Geografi MyIPO bagi memastikan harta intelek anda terjamin. Permohonan boleh dilakukan secara Online atau manual di pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
 
Info Pemfailan Petunjuk Geografi Secara Online di >SINI<
 

Alamat Pendaftar Petunjuk Geografi MyIPO

 
 
Pendaftar Petunjuk Geografi – Kuala Lumpur
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Unit 1-7, Ground Floor, Menara UOA Bangsar,
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur.
Tel: 603 2299 8400
Fax: 603 2299 8989
 
Pendaftar Petunjuk Geografi – Sabah
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Tingkat 3, Blok C,
Kompleks KUWASA,
49, Jalan Karamunsing,
88000 Kota Kinabalu.
Tel: 088 233 571
Fax: 088 257 046
 
Pendaftar Petunjuk Geografi – Sarawak
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Lot 9936, Sublot 5, 3rd Floor,
Queen’s Court, Block E,
Jalan Wan Alwi,
Tel: 082 459 075/ 459 076
Fax: 082 455 052
 
Info lanjut boleh layari laman web dan media sosial MyIPO di
bawah;
 
 

23 Thoughts to “Lindungi Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi MyIPO”

  1. Abam Korie

    Bagus info ni..sekarang baru tau..

    1. Moga bermanfaat utk kebaikan semua, in shaa Allah 🙂

  2. 10 thn tu… kira jangkamasa yg agak pnjg jg kan..

    1. Yup.. mmg panjang dan berbaloi sgt utk kebaikan pemilik harta intelek tu.

  3. p/s lupa beritahu… sy dah terima surat… terima kasih byk2 ya!

    1. Alhamdulillah, no problem Anies. Terima kasih kembali 🙂

  4. Melindungi dan memberi jaminan..

  5. sekarang banyak perompak di zaman moden.

    1. Yup.. betul tu. Nak ambil kesempatan mudah dgn penat lelah org lain.

  6. owh.. contoh macam "mee bandung muar" tu ke? hahaha

  7. Shiqin Sunshine

    bagus bnda ni…dulu ada blaja…bagus utk siapa yg nk protect produk sndiri hehe

  8. baru tahu apa itu myipo..thanks for the info sharing, KK

  9. Tunsha Ayunie

    Tak ambil tahu pun tentang MYIPO ni dulu, sekarang dah tahu sikit-sikit. Bagus untuk bakal usahawan 🙂

  10. Bagusnya MyIpo ni sebab ia melindungi harta intelek para karyawan.takde lah hasil seni di cetak rompak kan.kalau yg buat business mcm tu jugak

  11. banyak bisnes hampir sama sekarang. sbb tu kena jaga hak kita. tak boleh suka cedok mcm tu je

  12. Hmm nak ke tak yer??? Risau juga kalau orang gunakan nama kita kan, nak ambil tindakan tak boleh kalau tak daftar…

  13. thanks atas perkongsian menarik nih 🙂

  14. Perkongsian yang bagus tentang harta intelek ni. ramai yang masih tak tahu lagi tentang ni

  15. […] Baca lagi > Lindungi Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi MyIPO […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.