Beberapa minggu lepas, saya terlibat berkongsi rumusan tanggungjawab Pengarah Syarikat atau Company Directorship berpandukan rujukan perundangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Saya terpanggil menjadikannya sebahagian perkongsian panduan serta peringatan kepada penuntut institusi, startup dan sesiapa jua yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.
Malah, ia juga terpakai kepada mereka yang menjawat peranan penting dalam sesebuah organisasi atau pensyarikatan berskala kecil mahu pun besar.

Syarikat, Setiausaha Dan SSM
Bagi sektor swasta, nama Pengarah Syarikat (Directorship) tersenarai dalam Memorandum and Article of Associsation (M&A). Ia difailkan oleh setiausaha syarikat yang dilantik sebagai wakil syarikat kepada SSM semasa penubuhan melalui persetujuan pihak-pihak syarikat yang terlibat.
Prosedur biasa bagi penubuhan entiti Sendirian Berhad, Berhad, Koperasi atau Pertubuhan.
Setiausaha Syarikat merupakan pihak ‘independent’ bertauliah yang dipertanggungjawabkan sebagai pemudahcara bagi memastikan segala dokumentasi dan prosedur sesebuah pensyarikatan berjalan lancar dan ‘update’ untuk SSM. Merangkumi juga pemudahcara Audit tahunan, resolusi syarikat melalui mesyuarat pengarah, AGM dan yang berkaitan.
Ada ‘secretarial fees’ yang perlu ditanggung syarikat untuk khidmat setiausaha syarikat.

Kod Etika Pengarah Syarikat, Peranan Dan Tanggungjawab
Justeru, sekiranya anda menubuhkan syarikat sendiri berhad atau dilantik oleh majikan atas kepercayaan dan prestasi kerja untuk menjawat Pengarah Syarikat, segala proses dan prosedur rasmi perlantikan akan melalui Setiausaha Syarikat seperti yang dinyatakan di atas.
Segala urusan perlantikan atau perletakan jawatan pengarah akan difailkan dan termaktub dibawah Akta Syarikat 1965, seksyen 141 (6). Rujuk Kod Etika Pengarah Syarikat.
Namun, tujuan perkongsian ini adalah untuk menyatakan bahawa setelah anda dilantik sebagai Pengarah Syarikat dan nama anda telah disenaraikan, anda bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan terhadap segala urusan syarikat. Ia termasuk perjalanan syarikat, hutang piutang serta pelbagai lagi batas-batas perundangan yang anda sepatutnya tahu sebelum membuat sebarang persetujuan.
Saya pernah berkongsi artikel terdahulu berkaitan penama syarikat, tapi sehingga kini masih lagi terdapat kes-kes di SSM sehingga melibatkan pendakwaan Pengarah Syarikat.
Namun yang pada realitinya Pengarah Syarikat tersebut hanyalah pengisi penama dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau tahu perihal yang berlaku peringkat tertnggi syarikat tersebut.
Antara yang banyak berlaku ialah faktor ‘Sleeping Director’;
- Pengarah hanya penama syarikat miliki suami atau abang, saudara, pakcik dan sebagainya. Memberi kepercayaan menggunakan nama disebabkan masalah yang berlaku kepada pemilik sebenar seperti hutang atau lain-lain bagi menyelamatkan syarikat agar tidak terkesan.
- Majikan melantik pekerja yang paling dipercayai mengisi penama Directorship mengikut prosedur SSM agar majikan mempunyai kuasa penuh atas terhadap syarikat. Penama hanya diberi elaun tanpa perlu tahu atau mempunyai kuasa. Malah ada yang tidak diberi sebarang elaun pun.
- Majikan ingin meyakinkan pihak-pihak tertentu atas status pendidikan atau rekod kewangan yang masih ‘fresh’ dengan melantik kakitangan yang dipercayai agar profil syarikat nampak sempurna dan berkredibiliti tinggi. Realitinya, penama itu sama seperti status yang ke-2.
- Pakatan bersama rakan atau beberapa pihak dan menubuhkan syarikat. Ada diantara pengarah yang tidak tahu apa yang dipertanggungjawabkan sehingga melibatkan faktor perundangan dan terjebak sama.
- Sindiket yang mengunapakai data peribadi dan menyalahguna platform pensyarikatan untuk merebut peluang dengan penipuan atas kepercayaan anda terhadap pihak-pihak tertentu.
Pelbagai lagi perkara yang boleh dipertanggungjawabkan atas nama Pengarah Syarikat kerana berdasarkan fakta perundangan, tiada istilah ‘Sleeping Director’. Setiap Pengarah Syarikat perlu bertanggungjawab atas segala urusan syarikat.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda terkait permasalahan penama Pengarah Syarikat tetapi tidak mempunyai kuasa atas sebarang urusan syarikat tersebut? Baca selanjutnya..

Kesimpulan
Pasti kebanyakkan kita berpendapat, Pengarah Syarikat adalah jawatan berpengaruh, ahli perniagaan berjaya atau antara orang penting dalam sesebuah organisasi. Malah setiap usahawan yang mempunyai syarikat menjawat posisi ini mempunyai pegangan dan kawalan ke atas syarikat.
Jika syarikat untung dan berjaya, ‘reward’ sebagai pengarah juga lumayan. Namun disebalik kesenangan dan kuasa yang dilihat, terkait padanya tanggungjawab yang sangat besar. Selangkah kaki menanggung kerugian, saman, denda, muflis atau ke penjara.
- Pastikan anda tahu peranan dan tanggungjawab Pengarah Syarikat sebelum menduduki jawatan.
- Tahu kemampuan diri dalam membuat keputusan dan mengawal urus tadbir syarikat.
- Kenali peranan setiap pengarah dan latarbelakang syarikat sebelum bersetuju menerima sebarang perlantikan.
Jika anda salah seorang Pengarah Syarikat hanya pada nama, hanya kepercayaan daripada pemilik sebenar sahaja menjadi sandaran. Lebih baik minta letak jawatan jika ada kebimbangan sebelum perkara buruk berlaku dan membuatkan anda menjadi individu utama yang dipertanggungjawabkan.
Rujuk terus kepada SSM sebelum ia jadi permasalahan yang membebankan nanti.
Baca lagi > Lindungi Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi MyIPO
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Setiap jawatan yang diperolehi ada tanggungjawab yang perlu digalas..perlu dilunas dan sentiasa mesti diawasi.
nice sharing
Tanggungjawab pengarah memang besar dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan
He look so successful really a need a lot of hard work too
Besar tanggungjawab sebagai pengarah syarikat, amanah yang diberikan perlu di deliver dengan baik..yang penting dia expert bab tackle hati pekerja jugak..ye tak?
Info yang bagus ni Khir. Akk ni masih blur lagi bab2 cam gini…kena belajar dn memahami betul2 utk tubuh company besar..eceehhh cehh cehhh…angan2 je dulu, hehehe
Kena patuh akta. Baru senang duduk. Bukan senang nak Bina Dan perkukuhkan sesebuah syarikat. Kejayaan milik mereka yang tekun.
Nak menggalas tanggungjawab sebagai pengarah memang berat. Hanya orang yang berkebolehan je yang boleh. Macam-macam nak kena handle dan banyak pengorbanan yang perlu dibuat.
Ingat you tengah ambil lesen jadi Company Secretary tadi. Betul tu ingat jadi Pengarah tu senang ke. Banyak kot liability nye. I have seen many people yang suka betul nak jadi Director tapi memang tak tau apa apa…at last kena tipu. Good book to update knowledge betul betul before jump into something like this.
Bagus sangat perkongsian begini, jelas. Sebelum memegang sesuatu jawatan, kita sendiri kena ambil tahu dan peka akan fungsi dan tanggungjawab kita. Jangan jadikan alasan ‘tak tahu’ di kemudian hari jika sesuatu berlaku.
fuhhh besar peranan nak pegang untunk nama besar nie.Amanah dan semanagat kuat di perlukan kalau jawatan ini.moga berjaya!
Good Sharing Abg KK
terima kasih sharing KK.. memang untuk memeggang suatu jawatan perlu tanggungjawab yang besar,
Ada belajar sedikit pasal ilmu ini untuk subjek Business Management. Terima kasih kerana mengingatkan kembali bang. Perkongsian yang sebenarnya menarik dan bermanfaat!
apa-apa pun jawatan yang dipikul, memang ada komitmen dan tanggungjawab besar yang perlu dijaga, huuuu i risau kalau jadi CEO, memang boleh sakit kepala nak maintainkan..
hemm.. selalunya macam yang TB nampak.. ramai yang nak jadi pengarah tetapi tiada pengalaman dan nak jadi pengarah hanya pada nama je.. Tapi bila berlaku apa-apa masalah diatas keputusan yang dia buat, dia taknak usaha selesaikan dan menyalahkan pihak lain.. tapi yang ni yang TB nampak lah.. ada juga yang bijak dan tahu tanggungjawab dia sebagai pengarah..
Semua orang boleh buka syarikat, semua boleh cipta nama syarikat best best. Tapi tanggungjawab penting kalau di pandang mudah, berkuburlah syarikat itu. Faham protokol, etika dan tanggunjawab. InsyaAllah murah rezeki dan stabil. Bacaan yang bagus!
Thanks for sharing this information. Sometimes we get caught in the law and don't even know what happened.
With great powers, come great responsibility. Alangkan jawatan bapa kutu pun Rawlins takut tank terlaksana hahaha. Thanks KK kebab share info bermanfaat ini.
Info yang bagus ni, boleh jadi rujukan di masa hadapan sebab mudah faham & terperinci. Terima kasih, info yang bermanfaat untuk semua 👍🏿😁
Pengkongsian ilmu yang sangat bagus tentang tanggungjawab pengarah syarikat. Satu ilmu yang penting untuk mereka yang bercita-cita untuk menggenggam jawatan tersebut. Mudah nak buat rujukan di sini nanti.
http://www.maisarahsidi.com
Having this position needs a big responsibility and it ain't easy I could say. To maintain business is never there key but to keep on improving is the key and for this for sure is a big headache in doing forecast planning.
Racheal
Pengarah syarikat kena kawal nafsu juga.. heheh..
Sejak zumal kenal dunia bisnes ni memang pernah jumpa syarikat yang guna krediabiliti seseorang yang ternama diletakkan sebagai pengarah syarikat dan pengerusi syarikat untuk meyakinkan prospek melabur…
PErnah dengar gak Sleeping Director yang terkena tempias akibat masalah yang timbul dgn syarikat. Macam satu penganiayaan pun ye gak. Pendek kata, jawatan director macam ni tak semua indah.
Yes should spread more awareness on this matter. Some are not aware of this and they gave their name to be director of a company without know their roles and responsibilities. If anything go wrong with the company they have to bare it.
ooo gitu.. bagus sangat info ni.. thanks tau…
good sharing
I don't feel like to work as director lah! Too many things and responsible, but is a good knowledge to know what their task are.
baca entry ni sy trs teringat… kalu laa org atasan ni cuai dan culas dgn tanggungjawab… apa nasib yg bwh2 tu agknya..
salam dan selamat pagi. saya ingin bertanyakan soalan berkenaan skop kerja pengarah. As a pengarah kerja apa yang kami perlu tahu dan lakukan selain dari mestikan semua dokumen yang ditetapkan berjalan dengan baik dan selamat dihantar pada masa yang tepat?
Waalaikumussalam wbt. Tanggungjawab paling utama sbg pengarah sykt adalah memastikan agar segala keputusan dan urusan organisasi sentiasa termaktub dibawah akta syarikat dan tidak menyalahi perundangan negara. Ia antaranya juga termasuk perihal audit, kewangan, pemasaran dan seumpamanya. Pengarah bertanggungjawab atas setiap urusan dalaman dan luaran sesebuah sykt.