Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak – Tahukah anda bahawa tuntung merupakan salah satu spesis haiwan terancam dan hampir pupus?
Populasi tuntung di Malaysia termasuk di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan teruk dalam tempoh 30 tahun. Ia dijangka menghadapi kepupusan sekiranya tiada langkah pemuliharaan diambil terhadap hidupan liar dua alam ini. Itulah mesej penting untuk disampaikan dalam lawatanFAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada petang Sabtu (16/8/2014) ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) di Bota Kanan, Perak.
Mendengar penerangan oleh Pembantu Hidupan Liar, Pusat Konservasi Tuntung
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan terletak di daerah Perak Tengah, kira-kira 50 kilometer dari bandaraya Ipoh. Ia ditubuhkan pada tahun 1968 dan merupakan pusat konservasi tuntung yang terbesar di rantau Asia Tenggara.
Pusat Konservasi Tuntung ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Perhilitan negeri Perak dalam menangani permasalahan kepupusan tuntung. Selain itu, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara termasuk pelajar untuk mengkaji spesis tuntung dan habitatnya demi kebaikan generasi masa hadapan.
Dalam lawatan ke Pusat Konservasi Tuntung ini, kami bukan sahaja berpeluang melihat dan memahami habitat tuntung, malah dapat meninjau seluruh persekitaran kawasan dengan penerangan terperinci yang disampaikan oleh En. Mat Zaini bin Zabidi, Pembantu Hidupan Liar, Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak.
Langkah pemuliharaan atau konservasi oleh Perhilitan negeri Perak di Pusat Konservasi Tuntung ini bermula dari pengutipan telur, pengeraman, penjagaan selepas menetas, pelepasan, penguatkuasaan dan pengawalan. Telur tuntung dieram di tapak khas berpasir dan bersangkar. Ia akan dipindahkan ke kolam khas jika sudah menetas agar anak tuntung dapat berenang dan membesar dengan selamat.
Sekitar Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak
Melihat salah satu kolam pemuliharaan tuntung
Meninjau kawasan Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung)
Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, kura-kura dan labi-labi yang hidup di persekitaran yang berair. Makanan utama tuntung adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk juga ikan-ikan kecil yang terdapat di sungai.
Di Pusat Konservasi Tuntung ini, setiap tuntung diberikan diet makanan semulajadi mengikut kesesuaian tempoh umur pembesaran. Tuntung juga mempunyai saiz yang berbeza mengikut jantina. Tuntung betina boleh membesar hingga 50 sentimeter berbanding 40 sentimeter untuk tuntung jantan.
Paling menarik, jangka hayat tuntung boleh mencecah antara 70 sehingga 80 tahun. Terdapat juga rekod mencatatkan jangka hayat tuntung sehingga 100 tahun. Oleh itu, jika anda membela tuntung, mari kita lihat jangka hayat siapakah yang lebih panjang… anda atau tuntung anda… 😀
Anak-anak tuntung yang comel-comel…
Seekor anak tuntung yang sudi bergambar… smile.. 😉
Tuntung spek abang-abang.. ‘Abang Long Fadil’.. hiks.. 😀
Tuntung ‘Otai”!
Kami juga turut dibawa melihat pameran yang menjelaskan pelbagai maklumat berkenaan tuntung di Bilik Interpretif yang terletak di perkarangan pejabat Pusat Konservasi Tuntung ini.
Antara maklumat yang perlu saya perjelaskan di sini, tuntung di Malaysia merupakan haiwan eksotik perlindungan penuh dibawah Akta Hidupan Liar 2010 yang melarang mana-mana individu dari menangkap, memakan, menjual tuntung dan juga telurnya.
Bilik Interpretif di pejabat Pusat Konservasi Tuntung
Pelbagai poster maklumat berkenaan tuntung dan daerah Bota, Perak
‘Kaparas’ tuntung yang dipamerkan.
Gambar bersama En. Mat Zaini Zabidi
Melihat contoh spesis hidupan liar yang dipamerkan di lobi pejabat
Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan, Perak
Lawatan berakhir sekitar jam 4 petang. Pusat Konservasi Tuntung ini menerima lawatan pada hari Isnin hingga Jumaat, sekitar jam 2:00 hingga 4:00 petang sahaja. Ia juga ditutup pada waktu cuti umum. Ini bertujuan menjaga kepentingan tuntung agar dapat dipulihara dengan sempurna.
Sebelum bertolak meneruskan program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak, kami mengabadikan gambar kenangan di pintu pejabat Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak. Ia pengalaman menarik yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama.
Moh kita ke Perak!!!
Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan, Perak Kredit Gambar : Fb Tourism Malaysia Perak
Artikel ini dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk info terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my
Like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk info serta aktiviti terkini:
Tuntung ni seiras dengan labi-labi (bukan labu-labi tau)… segan lak rasanya biler pusat konservasi ni ada di kampung halaman aku tapi baru ari tu berkunjung ke sana….ekekekekeke… biasanya lalu lalang jer kat sini biler nak ke bota kanan…ekekeke… nice sharing bro… tunggu entri aku up lak… skrg ni busy ngan dengan demam lagi..mmg takde mood nak menulis… :D..
Hehee.. bukan sedara labu labi juga ke ahahaa.. Tak pelah bro, atleast dpt juga singgah sini kan skrng. Semoga cepat sembuh demam.. pelan2 mengarang tu takut2 bertambah demam pulak hehee… 😀 😀
Singgahlah Zila.. bawa sekeluarga sekali tengok tuntung. Waktu dia je yg agak terhad dari jam 2pm hingga 4pm. Klu dah dekat boleh je singgah.. seronok.. 🙂 🙂
Tuntung ni ramai anak-anak generasi sekarang ni dah tak kenal. Lagi satu spesis yang hampir serupa, labi-labi. Ni, masa kecik-kecik selalu saya terjumpa kat tepi bendang masa balik kampung. Sekarang ni, jangankan labi-labi, nak jumpa sawah padi pun dah jarang-jarang.
Itulah… kdg2 bila pembangunan rancak dimajukan, tanpa kita sedar bnyak perkara semulajadi mula berkurangan. Semoga masih dptlah ianya dipulihara utk kebaikan generasi akan dtg kan…
Oohh rupanya kita ada pusat konservasi tuntung juga ya. Ingatkan penyu je yang ada hehe. Good job abg khir, memang ini pengalaman yg sangat menyedarkan kita semua. Untung abg khir dapat jadi sebahagian darinya dan berpeluang melihat sendiri prosesnya.
Alhamdulillah Anim.. saya pun tak sedar ttg keseriusan perlunya konservasi tuntung ni hinggalah saya menjejakkan kaki ke sini.. seka tengok baby tuntung tu.. Comel & innocent je.. 😀
Mmg betul Raudzah.. klu tak tau mmg tak dpt nak cam kan. Apa yg saya tahu, tuntung ni kaparasnya lebih lebar dari kura-kura.. klu yg tahu tu mmg nampaklah bezanya… 🙂
Next time kena pergi lihat sekali tuntung di habitat semulajadinya. Itu lagi best! Tidak dinafikan…tuntung merupakan salah satu tarikan unik dinegeri Perak yg kurang dipromosikan. Tapi elok juga…kurang terganggu habitatnya.
Mmg betul tu BM.. ramai yg tak tahu bahawa tuntung ini juga merupakan haiwan yg patut kita hargai. Mmg patut dipromosikan sbg satu langkah kesedaran juga kan.. Satu pengalaman ilmu buat saya juga.. 🙂
Tuntung ??? macam kura2 jugak kan Khir ..ada iras ngan kura2 jer ni …wahh seronoknyerrr dapat pergi sana ..Gambar cantik cerita menarik … Best terjah sini ..All The Best Khir.
Mmg 4 beradik & sedara mara semua tu.. mungkin pada awalnya ada yg tersilap dengar tuntung tu lebih kurang sama dgn kera kot buka kura-kura.. tu yg automatik tergolong dlm spesis monyet tu hehee.. T kasih AA.. 🙂 🙂
Assalamualaikum encik, saya merupakan seorang pelajar daripada sebuah universiti dan kami bercadang untuk membuat aktiviti di sana. Tuan ada emel pihak pusat konservasi ini ke? Jika tidak keberatan saya ingin menghubungi mereka melalui emel rasmi
Br sy tau…selama ni sy igt ada kt phg n pd je
Kat sini lagi besar tempatnya Anies.. 🙂 🙂
hini, comei si tuntung ni,
Hehee.. mmg comel kan. Yg kecik2 tu mmg cute.. 🙂 🙂
Tuntung ni seiras dengan labi-labi (bukan labu-labi tau)… segan lak rasanya biler pusat konservasi ni ada di kampung halaman aku tapi baru ari tu berkunjung ke sana….ekekekekeke… biasanya lalu lalang jer kat sini biler nak ke bota kanan…ekekeke… nice sharing bro… tunggu entri aku up lak… skrg ni busy ngan dengan demam lagi..mmg takde mood nak menulis… :D..
Hehee.. bukan sedara labu labi juga ke ahahaa.. Tak pelah bro, atleast dpt juga singgah sini kan skrng. Semoga cepat sembuh demam.. pelan2 mengarang tu takut2 bertambah demam pulak hehee… 😀 😀
wah, balik kampung boleh menyinggah kat sini ni en khir, dah ada maklumat segala bagai, tak jauh dari kampung Gajah ni
Singgahlah Zila.. bawa sekeluarga sekali tengok tuntung. Waktu dia je yg agak terhad dari jam 2pm hingga 4pm. Klu dah dekat boleh je singgah.. seronok.. 🙂 🙂
laaaa…tuntung tu sepesen dengan kura-kura and penyu ke? selama ni saya ingat dia spesies monyet -.-
masa kat PLKN haritu ada lah ternampak signboard ke BOTA, tapi x berkesempatan nak g…
bab memancing je, memang kena gtau ayah ni. heee
Bunyi pun mmg mcm spesis monyet kan klu tak tau hehee.. Klu ke Bota boleh singgah sini sekali Amy.. 🙂
Tuntung ni ramai anak-anak generasi sekarang ni dah tak kenal. Lagi satu spesis yang hampir serupa, labi-labi. Ni, masa kecik-kecik selalu saya terjumpa kat tepi bendang masa balik kampung. Sekarang ni, jangankan labi-labi, nak jumpa sawah padi pun dah jarang-jarang.
Itulah… kdg2 bila pembangunan rancak dimajukan, tanpa kita sedar bnyak perkara semulajadi mula berkurangan. Semoga masih dptlah ianya dipulihara utk kebaikan generasi akan dtg kan…
Lama tak ke sini… Huraian bro sgt menarik…
T kasih sahabat.. bnyk pengetahuan yg saya perolehi juga.. 🙂
Mcm ala kura2 plak kan selama ni lya x taw ruppa tuntung
A ah.. mcm kura2 juga, cuma bentuknya lebih leper.. lowerd & sporty.. 😀
seronoknya dpat buat lawatan ke Perak…Tak pernah lagi jejak ke perak ni
Mmg seronok Aida.. lawatan yg penuh dgn ilmu & ukhwah juga.. 😀
Rupa tuntung ni serupa dengan kura2..comel pulak…Diana pertama kali nmpak ni…hehe..
Rupa tuntung ni serupa dengan kura2..comel pulak…Diana pertama kali nmpak ni…hehe..
Mmg ada iras2 kura2. Klu tak tau, mmg akan ingat kura2 kan.. 🙂
tuntung? mati-mati ingat tu kura-kura…hehe
Sedara mara mcm ni mmg susah nak bezakan klu tak tahu kan.. saya pun asalnya tahu nama je. Alhamdulillah, skrng dah jelas.. 🙂 🙂
Oohh rupanya kita ada pusat konservasi tuntung juga ya. Ingatkan penyu je yang ada hehe. Good job abg khir, memang ini pengalaman yg sangat menyedarkan kita semua. Untung abg khir dapat jadi sebahagian darinya dan berpeluang melihat sendiri prosesnya.
Alhamdulillah Anim.. saya pun tak sedar ttg keseriusan perlunya konservasi tuntung ni hinggalah saya menjejakkan kaki ke sini.. seka tengok baby tuntung tu.. Comel & innocent je.. 😀
comelnye anak tuntung..seronok juga kan dapat melawat tempat macam ni..
Mmg comel hehee.. Alhamdulillah Mar. Bnyk ilmu yg dipelajari juga.. 🙂 🙂
pandai tuntung tu smile kan hihi
menarik dan tertarik thanks..
Hihii.. mmg cute je kan… 😀
tuntun tu adik beradik kekura dengan penyu ek…?? comel !
A ah Tunsha.. kira sedara mara juga lah.. mmg comel kan.. 🙂 🙂
Apa beza tuntung dan kura-kura khir? Looks very similar kan…
Mmg betul Raudzah.. klu tak tau mmg tak dpt nak cam kan. Apa yg saya tahu, tuntung ni kaparasnya lebih lebar dari kura-kura.. klu yg tahu tu mmg nampaklah bezanya… 🙂
Orang cina percaya bela ni ada ong!
Oh.. baru saya tau. Tq uncle Gedek.. 🙂
Next time kena pergi lihat sekali tuntung di habitat semulajadinya. Itu lagi best! Tidak dinafikan…tuntung merupakan salah satu tarikan unik dinegeri Perak yg kurang dipromosikan. Tapi elok juga…kurang terganggu habitatnya.
Mmg betul tu BM.. ramai yg tak tahu bahawa tuntung ini juga merupakan haiwan yg patut kita hargai. Mmg patut dipromosikan sbg satu langkah kesedaran juga kan.. Satu pengalaman ilmu buat saya juga.. 🙂
Tak pernah tahu dan dengar pun ada haiwan nama tuntung..bagus, pengetahuan baru…
Alhamdulillah… baguslah mcm tu. Asal tuntung tak disangka monyet sudahlah huhu.. 😀
Pernah jugak terbaca tentang spesis hidupan yang menyerupai kura2 dan penyu ni…
Sebelum tu bunda pun ingat apalah binatang 'tuntung' ni…se.ab jarang sangat di dedahkan pasal spesis haiwan reptilia ni kan…
Sepatutnya pihak2 sekolah dan IPT juga boleh adakan satu lawatan dan kajian tentang haiwan ini…untuk pengetahuan generasi2 akan datang…
Khir tsk pulak pegang berselfie sama tuntung tu….atau mmg tak di benarkan…
Mmg betul tu Bunda.. mmg patut didedahkan sepenuhnya di peringkat sekolah & pengajian agar kita semua tahu ttg spesis yg terancam ni.
hehee.. saya pun tak pasti boleh pegang ke tak sbb tak ada sorang pun yg pegang.. semua tengok je & amik gambar.. 😀 😀
alahaii comelnya tuntung2 tu khir… pandai pulak posing tu… hik3x…
Hehee.. mmg cute.. boleh pulak dia berenang nak bergambar.. mcm paham je dia.. 🙂 🙂
Tuntung ??? macam kura2 jugak kan Khir ..ada iras ngan kura2 jer ni …wahh seronoknyerrr dapat pergi sana ..Gambar cantik cerita menarik … Best terjah sini ..All The Best Khir.
Mmg kaum kerabat kura2 jugak, cuma habitatnya bnyk yg dah terancam & membuatkannya semakin pupus. T kasih Lya.. 🙂 🙂
Kat Perak memang banyak tempat untuk kita lawati. Seminggu pun tak cukup ^_^
Mmg betul tu Zumal.. FAM trip ni pun dah padat jadualnya ke sana sini.. 🙂 🙂
tuntung.. xpernah tgk lagi la…mcm kura2 ja…
A ah.. mmg mcm kura2 kan.. klu tak kenal mmg ingat kura2. Saya pun mc tu jugak mulanya.. 🙂 🙂
Laaa… tuntung tu macam penyu atau kura-kura rupanya… huhu..
A ah KM.. sedara mara dia tu semua… 😀
Ingatkan AA sorang yg je salah faham tuntung tu spesis monyet.
So penyu, kura2, labi labi dan tuntung…dh 4 beradik
Mmg 4 beradik & sedara mara semua tu.. mungkin pada awalnya ada yg tersilap dengar tuntung tu lebih kurang sama dgn kera kot buka kura-kura.. tu yg automatik tergolong dlm spesis monyet tu hehee.. T kasih AA.. 🙂 🙂
Wah…jalan²..baru tau psl tuntung..
Saya pun selama ni hanya dengar nama je Kathy, tak pernah tengok betul2… kali nilah baru dapat tengok.. 😀
Tak pernah lagi tengok depan2 ni..hehe..bagus la usaha yang mereka lakukan ni..hehe
Tuntung?..pertama kali denganr nama ni..pernah tengok?..ofcoz lah tak pernah tengok..mcm mana nk beza dgn kura-kura eh..lebih kurang sama je
Thanks for the info, Baru tau rupa tuntung ☺
tuntung spesis kura-kura dan labi-labi..kene jaga takut makin pupus dan lenyap
boleh bagi no fon pejabat pusat suntong nie. ingat nak buat lawatan,..
No telefon Pusat Konservasi Bota Kanan Perak, berdasarkan maklumat yg saya perolehi spt di bawah.. 🙂
Tel : 05 371 2088 / 05 371 2014
Fax: 05 371 2089