Kenali Potensi eDagang, Online Shop dan Marketplace

Kenali Potensi eDagang, Online Shop Dan Marketplace – Perkembangan dunia digital pada hari ini telah mencapai tahap penting bagi peniaga dan usahawan memperkukuh pasaran digital. Memperluas prospek pasaran bukan sekadar memerlukan saluran digital untuk berkomunikasi dan menyebarkan informasi, tetapi juga bagi memudahkan proses urusniaga dan transaksi dalam talian juga dapat dilakukan dengan mudah oleh pelanggan.

Atas faktor tersebut, pasti kita pernah mendengar istilah-istilah seperti laman eDagang (eCommerce), Kedai Dalam Talian (Online Shop), Marketplace sebagai platform yang dapat membantu memudahkan lagi urusan pelanggan serta menyokong pengukuhan aspirasi pemasaran digital perniagaaan. Perlu untuk peniaga kenali perbezaan platform tersebut bagi memastikan pilihan platform yang bersesuaian dalam hubungan pelanggan dan prospek pasaran digital.

Terdapat 3 platform yang menjadi pilihan usahawan dan organisasi perniagaan bagi memudahkan urusniaga pelanggan tanpa memerlukan penglibatan atau transaksi secara fizikal. Secara tidak langsung, ia membuka peluang untuk mendapat lebih ramai pelanggan dan memperkukuh prospek pasaran digital dengan berkesan dan kos efektif.

Kenali Potensi eDagang, Online Shop dan Marketplace

Potensi eDagang, Online Shop Dan Marketplace

Laman eDagang merupakan platform yang dimiliki sepenuhnya oleh sesebuah entiti perniagaan. Ia boleh dibangunkan melalui khidmat pengaturcara laman web bagi memudahkan pelanggan berurusniaga atau membeli produk secara langsung dengan syarikat tanpa melibatkan pihak lain.

Kesan daripada krisis pandemik juga telah mendorong sebahagian besar perniagaan untuk menambahbaik laman web rasmi dengan turut menyediakan kemudahan premis eDagang kepada pelanggan. Strategi ini juga telah turut membantu dalam meningkatkan keyakinan pasaran terhadap penjenamaan produk dan kredibiliti perniagaan.

Membina sebuah laman eDagang melibatkan kos pembangunan dan pengurusan platform. Namun ia membolehkan syarikat mengawal segala pengaturan mengikut kehendak perniagaan dan kesesuaian prospek pasaran tanpa perlu menanggung kos premis fizikal.

Kedai Dalam Talian (Online Shop) pada dasarnya adalah platform penjualan produk yang dibangunkan dengan tujuan yang hampir sama dengan eDagang. Namun ia tidak memerlukan peniaga untuk membangunkan sebuah laman sesawang yang kompleks kerana ia boleh diwujudkan melalui platform media sosial seperti Facebook, Facebook Page dan Instagram.

Online Shop memerlukan peniaga memuatnaik status, gambar atau pautan secara berkala sebagai elemen promosi bagi membina interaksi dan engagement pelanggan. Ia boleh didaftarkan percuma, namun peniaga tidak memiliki kawalan terhadap platform media sosial tersebut dan perlu mematuhi syarat polisi komuniti yang ditetapkan oleh pemilik platform.

Instagram dan Facebook Page menjadi platform Online Shop pilihan kebanyakkan peniaga online kerana terbukti memberi impak permintaan pelanggan. Peniaga boleh berhubung dengan pelanggan di ruangan komen, Messenger atau Whatsapp untuk berurusniaga atau perbincangan lanjut.

Marketplace pula memiliki konsep seperti sebuah pusat membeli belah. Ia menawarkan platform yang mempertemukan penjual dan pembeli secara dalam talian sepenuhnya. Salah satu Marketplace tertua di dunia adalah eBay dan kini, platform seperti Shopee dan Lazada menjadi pilihan peniaga Malaysia.

Ia juga boleh didaftarkan secara percuma. Para peniaga berpeluang memasarkan produk tanpa perlu menanggung kos sewaan tapak selain membayar peratusan kecil caj komisyen kepada pemilik Marketplace daripada hasil pendapatan produk yang dijual.

Kini semakin ramai usahawan yang berjaya memperkukuh pasaran melalui potensi Marketplace ini. Ia juga terus menjadi platform yang dipercayai dengan jumlah pengunjung yang terus meningkat.

Kenali potensi eDagang, Online Shop dan Marketplace

Pengukuhan Aset Digital Era Internet Kebendaan

Kini, hampir kesemua urusan memerlukan internet. Malah pembangunan ekonomi pada masa kini juga memerlukan internet sebagai ‘life blood’ bagi memperkukuh nilai daya saing yang strategik. Begitu juga dengan penerimaan masyarakat kini yang menjadikan urusan dalam talian sebagai gaya hidup.

Justeru itu, ia bergantung kepada kesesuaian perniagaan dalam memilih platform yang paling tepat dengan aspirasi yang disasarkan. Malah terdapat juga yang memanfaatkan kesemua platform dengan pengurusan sistematik untuk capaian pelanggan dan prospek pasaran dengan lebih efektif.

Kenali potensi eDagang, Online Shop dan Marketplace agar ia dapat dimanfaatkan untuk meluaskan lagi prospek pasaran dan menyokong daya saing digital.

Baca lagi: Trend Pasaran Dan Pemerkasaan Digital 2021

Subscribe Newsletter untuk artikel-artikel terkini:

3 Thoughts to “Kenali Potensi eDagang, Online Shop Dan Marketplace”

  1. hendak xhendak nampaknya kini semua kita terpaksa terlibat dgn edagang n mesti bijak menguruskannya dgn ilmu

  2. […] lagi: Kenali Potensi E-Dagang, Online Shop Dan Marketplace       […]

  3. […] Baca lagi: Kenali Potensi E-Dagang, Online Shop Dan Marketplace […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.