Kepentingan Pengkalan Data Pelanggan – Cabaran dalam menempuh dugaan disebabkan krisis pandemik yang terus berlarutan ini telah memberi implikasi yang sangat besar kepada masyarakat. Begitu juga dari perspektif ekonomi yang merangkumi pelbagai sektor perniagaan dan industri, sektor perusahaan kecil dan sederhana sehinggalah golongan peniaga mikro.

Kini, keupayaan untuk terus berdaya saing dan operasi kebanyakkan perniagaan amat bergantung kepada kekuatan sumber dalaman, sokongan pelanggan dan kreativiti dalam menggalakkan penglibatan prospek pasaran secara berterusan. Selain itu, inisiatif dari kerajaan dan institusi terkait juga menjadi elemen yang diharapkan dalam merangsang pengukuhan ekonomi.

Antara inisiatif lain dalam usaha untuk terus memperkukuh prospek pasaran oleh peniaga, usahawan dan organisasi perniagaan itu sendiri adalah dengan memanfaatkan kelebihan pengkalan data pelanggan. Ia turut menjadi landasan hubungan pelanggan dalam melonjakkan lagi impak perniagaan.

Memanfaatkan Pengkalan Data Pelanggandalam krisis pandemik

Memperkukuh Potensi Perniagaan

Pada perbincangan bersama rakan pemasar dan industri baru-baru ini, kami turut membincangkan beberapa perkara. Antaranya melibatkan kepentingan pengkalan data pelanggan dalam menerobos potensi dan mendepani krisis pandemik. Terdapat pelbagai input dan pandangan dalam menjelaskan kepentingan tersebut.

Terdapat juga persoalan yang turut dibincangkan berkaitan kenyataan bahawa, ‘perniagaan akan mati jika tiada pengkalan data pelanggan’. Kenyataan ini turut disangkal ramai pemain industri atas alasan agak keterlaluan. Terdapat banyak lagi faktor lebih utama yang mampu menyumbang cabaran untuk sesebuah perniagaan itu ‘gulung tikar’.

Pengkalan data pelanggan adalah landasan dalam memperkukuhkan lagi kredibiliti dan potensi perniagaan. Ia merupakan sistem simpanan data tersusun yang menghimpunkan maklumat berkaitan pelanggan untuk kegunaan perniagaan dalam memperkukuhkan lagi prospektus pasaran.

Ia pada kebiasaannya merangkumi senarai maklumat perhubungan bagi tujuan komunikasi dan penyampaian informasi kepada pelanggan secara terus sehinggalah data maklumat yang lebih terperinci untuk menyokong strategi pemasaran dan promosi pelanggan dengan lebih berkesan.

Memanfaatkan Pengkalan Data Pelanggan

Namun secara realiti, tidak semua perniagaan sebenarnya memiliki pengkalan data pelanggan, terutama bagi mereka yang terlibat dalam sektor perniagaan sederhana, kecil dan mikro. Tetapi jangan disalah ertikan kekuatan mereka kerana ada diantaranya telah bertahun-tahun berniaga malah bertapak kukuh.

Bila ditanya tentang database pelanggan, jawab mereka “tak ada… customer semua kawan-kawan kita saja, macam family pun ada”.

Golongan peniaga seperti ini adalah diantara yang tetap dapat terus bertahan kerana mengamalkan principle ‘root of business’ dalam menjana pelanggan setia. Walaupun tiada pengkalan data pelanggan yang tersusun, mereka sudah mempunyai kredibiliti perniagaan yang sangat baik. Ibarat kata, “tidak buka kedai pun, pelanggan tetap mencari atas kepercayaan dan hubungan produk serta khidmat yang memuaskan”.

Ia antaranya disebabkan hasil kerja yang telah mereka lakukan bertahun-tahun sebelum itu sehingga berjaya mencapai tahap kepuasan pelanggan yang baik. Secara tidak langsung, ia telah berjaya membina ‘circle of trust’ iaitu kepercayaan yang kukuh dikalangan pelanggan setia yang ada.

Jika diteliti dari perspektif yang lain pula, tidak kurang juga perniagaan yang sudah pun mempunyai pengkalan data pelanggan yang lengkap tetapi masih terus bertarung dalam memperkukuh prospek dan pelanggan. Tidak kurang juga yang terpaksa gulung tikar dalam menghadapi krisis pandemik ini.

Memanfaatkan pengkalan data pelanggan dalam krisis pandemik

Kenapa Perlu Pengkalan Data Pelanggan?

Atas semua perkara tersebut, pengkalan data pelanggan tetap menjadi kepentingan bagi setiap perniagaan untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Apa yang lebih diperlukan adalah bagaimana seseorang peniaga, usahawan atau organisasi perniagaan itu dapat memanfaatkan pengkalan data pelanggan sebagai aset yang dapat menjana perolehan perniagaan dan membuka lebih banyak peluang serta potensi pasaran dengan lebih mampan.

Pengkalan data pelanggan dapat dijadikan sebagai sumber landasan dalam menjaga hubungan pelanggan untuk pengukuhan jangka panjang pasaran, produk dan perkhidmatan serta kredibiliti penjenamaan.

Melaksanakan strategi pemasaran berdasarkan data segmentasi pelanggan yang tepat merangkumi lokaliti dan demografi turut menyokong perniagaan untuk berkembang lebih jauh. Malah dengan lebih memahami selera pelanggan berdasarkan pilihan peribadi, minat dan gaya hidup mereka adalah aset yang menyokong elemen komunikasi yang lebih berkesan kepada pelanggan.

Terdapat pelbagai kaedah dalam membina pengkalan data pelanggan serta memanfaatkannya melalui landasan digital yang tersedia dalam era digitalisasi kini. Ia akan dibentangkan lebih lanjut dalam artikel-artikel akan datang sebagai panduan para peniaga memperkukuh potensi pasaran.

Justeru itu, manfaatkan pengkalan data pelanggan sebaiknya kerana ia juga merupakan landasan dalam mendepani cabaran ekonomi sewaktu krisis pandemik dan memperkukuh daya saing era digital kini.

Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow

4 Thoughts to “Kepentingan Pengkalan Data Pelanggan Kepada Perniagaan”

  1. perlu peka dengan cabaran menguruskan perniagaan era semasa agarterus sukses

  2. Sekarang seterusnya masa akan datang semuanya perlu dihargai dan diurus dengan sebaik-baiknya.

  3. […] Pengkalan Data Pelanggan Pada artikel terdahulu ada menjelaskan kepentingan Memanfaatkan Pengkalan Data Pelanggan bagi memperkukuh prospek pasaran. Ia merupakan sistem simpanan data berkaitan maklumat pelanggan […]

  4. […] menjana peluang perniagaan dan meneroka potensi pasaran yang tepat disamping turut membantu dalam membina data base dan hubungan pelanggan yang […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.