Terowong Sejarah Pasir Salak
 

Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak – Pasir Salak satu nama yang tidak asing dalam lipatan sejarah tanah air kita. Peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch yang telah mencetuskan peperangan diantara pentadbiran Kolonial British dengan orang-orang Melayu pastinya tidak akan lekang dari ingatan bila memperkatakan tentang sejarah yang telah berlaku di sini.

Sempena FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourisam Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 – 18 Ogos 2014, kami berpeluang menghayati kronologi sejarah negara melalui lawatan ke Terowong Sejarah Pasir Salak di negeri Perak.

 
Terowong Sejarah Pasir Salak, Kompleks Sejarah Pasir Salak
 

Terowong Sejarah Pasir Salak

 
Terowong Sejarah Pasir Salak terletak di dalam kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak, kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ia merupakan antara memorial terpenting yang dibina bertujuan memelihara sejarah peristiwa berdarah Pasir Salak yang merupakan pencetus tertubuhnya sistem demokrasi berparlimen di Malaysia pada hari ini.
 
Terowong Sejarah ini sebenarnya bukan hanya mempamerkan peristiwa yang berlaku di Pasir Salak, tetapi menjelaskan kronologi sejarah negara melalui konsep diorama, bermula dengan penempatan awal di Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi sehingga 1000 masihi. Ia juga memuatkan rentetan peristiwa sewaktu era Kesultanan Melayu Melaka, perjuangan era penjajahan, kemerdekaan dan pasca kemerdekaan.
 
Ia bertujuan memberi pemahaman berpandukan fakta rentetan peristiwa bersejarah di Tanah Melayu serta hubungkaitnya dengan peristiwa Pasir Salak yang merupakan kemuncak gerakan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris di Perak. Disamping itu, ia juga dibina untuk menghargai jasa serta pengorbanan para pahlawan masyarakat terdahulu dalam mempertahankan maruah bangsa dan negara demi menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme.
 

Gambar-Gambar Terowong Sejarah Pasir Salak

 
Terowong Sejarah Pasir Salak
Jalan masuk ke Terowong Sejarah Pasir Salak
Terowong Sejarah Pasir Salak
Penerangan yang disampaikan oleh en Fauzi, Penolong Kurator Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak
Catatan ringkas yang terdapat di pintu masuk Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak
Suasana dalam yang gelap mempamerkan diorama bersejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak, Kesultanan Melayu Melaka
Diorama Kesultanan Melayu Melaka sebelum era penjajahan
Terowong Sejarah Pasir Salak, Penentangan Melaka terhadap Portugis
Diorama pahlawan Melaka menentang Portugis
Terowong Sejarah Pasir Salak, Perjanjian Pangkor
Diorama sewaktu Perjanjian Pangkor
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Abdullah bermesyuarat dengan pembesar Perak dan peguam F.W. Duke
di rumah Dato’ Sagor, Kg Gajah. Baginda menyatakan tidak puas hati terhadap
JWW Birch dan meminta F.W. Duke memaklumkan kepada gabenor.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Pembunuhan J.W.W. Birch : Pandak Indut, Panjang Bur, Kulup Ali, Dato’ Sagor
dan Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah J.W.W Birch yang sedang mandi
di rumah mandi, Pasir Salak pada pagi 2 November 1875
p/s: Tidak dapat memasukkan gambar kerana kawasan dioramanya agak luas.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksmana Wan Muhammad Amin
dan Syahbandar Uda Mansor menaiki kapal Cartheston pada 20 Julai 1877
ke Pulau Seychelles bagi menjalani hukuman buang negeri.
Manakala Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Idris menggesa kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
memulangkan kuasa kepada negeri dalam mesyuarat DURBAR
(Majlis Raja-Raja) di Kuala Lumpur pada Julai 1903.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama kemerdekaan
Terowong Sejarah Pasir Salak, Pusat Bandar Seri Iskandar
Pelan pembangunan Pusat Bandar Seri Iskandar, Perak
Menyelami rentetan sejarah tanah air meninggalkan kesan mendalam. Kami seterusnya dibawa ke bahagian lain yang menempatkan pelbagai jenis keris berserta maklumat mengenainya.

 

Kami difahamkan, selain keris yang diperolehi oleh pihak muzium, terdapat juga yang diserahkan oleh waris untuk disimpan dan dipamerkan di sini. Terdapat pelbagai keris dari seluruh pelusuk Nusantara. Kami dinasihatkan agar tidak mengambil gambar keris-keris tersebut secara dekat disebabkan telah berlaku pelbagai kejadian sebelum ini yang sukar untuk diperjelaskan.

 
Melalui maklumat yang disampaikan juga, banyak pengetahuan baharu yang kami perolehi tentang keris merangkumi aspek pembuatan, penjagaan dan penggunaan. Setiap keris juga sebenarnya menampilkan perwatakan pemakainya yang boleh dikenalpasti melalui kaedah-kaedah tertentu.

 

Teknik yang dilakukan dalam aspek pembuatan keris-keris ini juga sebenarnya melangkaui kemajuan sains pada waktunya dan tersenarai antara senjata yang paling berbahaya di dunia. Walaupun kecil, pendek, berbengkok-bengkok… tetapi ia bukan senjata yang boleh diperlekehkan. Kajilah sendiri…

 
Terowong Sejarah Pasir Salak, Mohd Fauzi Mohd Razali, Penolong Kurator
Bahagian lain di Terowong Sejarah yang menempatkan pelbagai keris
Terowong Sejarah Pasir Salak
Terdapat pelbagai jenis keris dari seluruh pelusuk Nusantara
Terowong Sejarah Pasir Salak
Mendengar penerangan tentang pembuatan keris.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Masing-masing mendengar dengan khusyuk
Terowong Sejarah Pasir Salak
Antara teknik pembuatan besi yang dipamerkan
Terowong Sejarah Pasir Salak
Kembali ke dunia kini…
Terowong Sejarah Pasir Salak
Menikmati suasana pemandangan Sungai Perak yang menyaksikan banyak peristiwa silam.
Terowong Sejarah Pasir Salak, Mohd Fauzi Mohd Razali, Penolong Kurator Kompleks Sejarah Pasir Salak, Khir Khalid
Kenangan bergambar bersama En Fauzi, Penolong Kurator Terowong Sejarah Pasir Salak
 
 
Waktu Lawatan Ke Terowong Sejarah Pasir Salak:
Dibuka setiap hari Isnin – Khamis (9:30 pagi – 5:00 petang)
Hari Jumaat (9:30 – 11:45 pagi) (2:45 – 5:00 petang)
Sabtu, Ahad dan Cuti Am (9:30pagi – 5:00 petang)
Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
 
Bayaran masuk
Dewasa : RM 4.00
Kanak-kanak (7-12 Tahun) : RM 2.00
 
Terowong Sejarah Pasir Salak Warisan Sejarah Malaysia
 
Saya berpendapat, Terowong Sejarah Pasir Salak ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk generasi muda agar dapat menyelami pengorbanan generasi terdahulu mempertahankan maruah tanah air melalui diorama kronologi sejarah yang dipamerkan. Justeru kepada yang ingin menghayati sejarah negara, Terowong Sejarah Pasir Salak merupakan tempat yang terbaik.
 
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak terutama yang bersekolah menengah. Adalah disarankan membawa anak-anak menyelami warisan sejarah yang dipamerkan di sini. Ia membantu kefahaman pembelajaran sejarah secara praktikal. Tidak ketinggalan juga, kepada sesiapa jua yang melancong ke
Perak, Terowong Sejarah Pasir Salak adalah salah satu lokasi yang harus dilawati.
 
Terowong Sejarah Pasir Salak, Tourism Malaysia Perak, Jom Mancing Udang 2014, Emas Putih, Eshamz Halim, Khir Khalid
Kredit Gambar : Tourism Malaysia Perak
 
Artikel ini dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan yang terdapat di negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk info terkini pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.
 
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my
 
Anda juga dipersilakan like facebook rasmi untuk mengikuti maklumat dan aktiviti terkini di Perak.
 
Like Facebook : Tourism Malaysia Perak
 
 
 

39 Thoughts to “Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak”

  1. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah Jumaat Khir…bestnya dapat pergi ke tempat yg bnyak menyimpan sejarah negeri Perak…Diana ada tag Khir tau….jemput singgah yer….

    http://mardiahdiana.blogspot.in/2014/09/liebster-award-tagged-by-bbwana.html

  2. Eshamz Halim

    Memang menarik apabila mengimbau kembali sejarah2 dahulu dan juga melihat sendiri koleksi2 keris yang terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak ni….. paling seronok apabila penerangan yang disampaikan oleh En. Fauzi penuh dgn ilmu dan mistik…. 😀

  3. Norhasniza Khalid

    mama pernah lalu.. tak pernah singgah…

  4. Ainim Suju

    lamanya tak pegi pasir salak..masa sekolah dulu selalu org kata kawasan tu mmg misteri dan mistik

  5. Tngin lama da nk ke sini lps tgk documentari kt tv

  6. Menarik dan teruja klau melihat sejarah dari dekat. Lya pernah gi Melaka je setakat ni

  7. tak pernah lagi berkesempatan ke sana..

  8. Sylarius Yusof

    Berkenaan Pasir Salak ni, teringat dulu dengan projek filem Pasir Salak arahan Jins Shamsudin yang tak siap-siap lagi. Rasanya terbengkalai terus kot filem tu.

  9. bagus melawat tempat sejarah macam ni..tambah ilmu..

  10. petama kali tau pasal terowong sejarah ni..dan pertama kali tau diorama tu ape..hehe..nmpk sgat kurang ambil tau pasal sejarah..terima kasih bro khir atas info ni..

  11. selalu ajak suami singgah, tapi belum singgah2 lagi…insya Allah…satu hari nanti…

  12. Bunda orang Perak pun tak pernah sampai kesana lagi…dengar cerita jer…

  13. Pasir salak dulu nak buat movie kan? Tapi tak jadi eh?

  14. TunSha Ayunie

    seronok sha tengok patung2 lilin tu bro khir 🙂 best kalau dapat pergi tempat2 macam ni…

  15. Bestnyer kalau dapat pergi. Dapat juga zumal menyelami sejarah tanah air kita ^_^

  16. Belog Santai

    Menarik..Warisan sejarah tinggalan zaman…gambar pun cun..

  17. Belog Santai

    promoted content for your breakfast..

  18. Yumida Huda

    pasir salak tu glamour dlm buku sejarah
    tp bab2 sejarah selalu je dpt markah rendah..haha..kantoi!
    pernah keje kah ipoh dulu, x sempat nak pergi ke tempat2 bersejarah ni
    syoknye klo blh ke situ balik, kat perak byk tempat menarik utk dilawati

  19. Teringat sejarah masa sekolah menengah. Bagus ni kalau cikgu bawa student nya datang sini. Lagi senang untuk faham, baca buku dan lihat sendiri. best! 🙂

  20. CN pernah ke sini masa form 2, lawatan skolah ! mmg cantik tempat ni kan ? best 😉

  21. tempat bersejerah yang perlu kita ketahui dan lawati

  22. Anonymous

    belum ada rezeki nak ke sana…

  23. Cheq Eem

    kalau ambil juga gambar keris tu agak-agak apa yang jadi eh khir…. huhuhu…..

  24. Seronoknya join lawatn bersejarah mcm ni..

  25. Seronok tengok sejarah melayu zaman dahulu, Ada benda yang mungkin kita tidak tahu atau mungkin terlupa. Semoga sejarah ini tidak akan terus dilupakan sampai bila-bila.

  26. Salam Khir ..Lya lum lg berkesempatan jalan2 kat sini …Semoga warisan sejarah Malaysia ini akan terus terpelihara untuk anak cucu kita akan datang .InsyaAllah ..

  27. alamak, saya kalau bab tempat macam ni, lemah sikit. haritu pergi Muzium Perang, balik terus mimpi ngeri. so, macam a bit scary dah nak pergi tempat sejarah macam tu

  28. Pernah dulu menjejakkan kaki kesini, namun amat kecewa krn masa tu kompleks sejarah ini bagaikan terbiar dan tidak terurus. Rumah2 kutai terbiar dan ada yang langsung tidak boleh dinaiki. Tak tahulah kini…lihat pd gambar, mungkin semuanya sudah dibaik pulih dan diuruskan serta dijaga dgn baik semula. Satu lokasi sejarah yang cantik dan menarik di perkampungan tradisional melayu perak asli!

  29. Penulisan entry yang menarik dan blog yang kemas.if you dont mind, our green warriors really need your support. Do click the link below and support us.

    http://ridoma.blogspot.com/2014/09/todays-youth-is-tomorrows-future.html

    the founder: Today’s youth is tomorrow’s future
    ridoma.blogspot.com

  30. acik idah

    Pembuatan keris?? woww… pasti en.suami ku teruja kalau tau nie… 😀

  31. rupanya benda yang selalu saya nampak dekat muzium tu, diorama
    penah ku tahu lah pula
    tapi saya suka tengok, saya juga meminati sejarah
    seronok pada saya memasuki tempat seperti ni

  32. last baca pasal pasir salak masa sekolah dulu,
    terima kasih byk2 berkongsi info…

  33. saya baca pasir salak dalam buku sejarah sahaja ..sekarang senang pergi ke blog pun boleh

  34. memmet lenggeng

    Selamat datang. Hanya beberapa kilometer dari kampung suami saya. Tempat yang bagus untuk mendidik generasi muda, terutama mengenai sejarah perjuangan melayu. Honestly saya sangat kagum dengan Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya. Mereka adalah orang-orang yang bijak lagi berani. Kalau tidak kerana pengorbanan mereka, sejarah melayu tidak akan sama seperti yang sekarang ini. Keberanian Dato' Maharaja Lelalah yang menyebabkan penjajah tidak berani mengusik institusi keagamaan di Tanah Melayu. Kita selamat, tidak seperti Indonesia dan Filipina

  35. thanks for the info khir..noe suka juga pergi tempat2 macam ni…kenali sejarah negara kita..

  36. Vee Sandi

    saya dah byk kali melaluinya tapi … HP pavilion berlegar2 di awal pagi .

  37. […] kapal, termasuk sejarah Tanjung Balau dan sejarah penangkapan ikan. Turut menarik perhatian adalah diorama perkampungan nelayan dan rumah nelayan contoh yang turut terdapat di […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.