Genovasi Malaysia
 
Program Duta Inovasi bersama Genovasi – Pagi hujung minggu (20/9/2014), saya telah diberi kepercayaan untuk berkongsi aspirasi dan pengalaman dalam sesi pemerkasaan modal insan dan keusahawanan sosial kepada peserta program ‘Innovation Ambassador Development Program‘ (IADP) di Genovasi Malaysia. Program ini diadakan bertujuan menambahbaik segmen sosio ekonomi dan pendidikan di Malaysia, antaranya melalui pendekatan akademik-industri.
 
Genovasi adalah gabungan perkataan Generasi dan Inovasi. Berpusat di Petaling Jaya, ia ditubuhkan untuk menggilap kreativiti dan inovasi minda ‘design thinking’ agar menjadi generasi yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam persaingan arus kemajuan negara. Antara lain, Genovasi Malaysia juga terlibat dalam pengkajian menangani permasalahan berkaitan isu sosial, ekonomi dan alam sekitar melalui penglibatan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kemajuan dapat dicapai dengan seimbang dari segenap aspek kehidupan.
 
Sebagai ahli pemasaran, tujuan saya diundang ke sini adalah untuk berdialog dan berkongsi input berdasarkan pengalaman serta pandangan merangkumi aspek pengalaman kerjaya, keusahawanan sosial serta isu-isu berkaitan pembangunan kreativiti modal insan. Ia juga merangkumi cadangan penambahbaikan peranan kelompok sokongan sosial berdasarkan realiti masa kini. Segala perlu dikenalpasti dari akar umbi bagi memperolehi gerak kerja yang strategik.
 
 

Program Duta Inovasi Genovasi Malaysia (IADP)

 
Sesi Perkongsian Pengalaman Di Genovasi, Genovasi, Khir Khalid
 
Program duta inovasi Genovasi Malaysia
Genovasi, Khir Khalid, Aziz Jalil, Azman Ismail
Bersama En. Aziz dan Pengurus Program Genovasi, En. Azman.
 
Menyokong Usaha Masyarakat Berinovasi

Secara peribadi saya berpendapat, pembangunan inovasi dan kreativiti adalah asas penting dalam pembangunan modal insan. Ia bukan sahaja penting diperingkat akademik, tetapi amat diperlukan di pasaran pekerjaan atau keusahawanan. Usaha yang dilakukan oleh Genovasi Malaysia ini adalah selaras dengan dasar untuk melahirkan lebih ramai individu yang cakna dengan realiti serta mampu mencipta solusi melalui inovasi dan kreativiti untuk berdaya maju.

 
Saya berbesar hati kerana berpeluang menyampaikan perkongsian input yang bermanfaat di Genovasi Malaysia ini dan akan sentiasa menyokong segala usaha murni yang dilakukan. Adalah diharapkan agar sesi dialog dan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyumbang idea dan nilai tambah dalam mencipta solusi terbaik melalui inovasi, daya intelek serta keperihatinan terhadap kepelbagaian sosio ekonomi dan budaya demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
 

Baca lagi > Program Hollywood Inside Out | Urban Village

 

Subscribe Newsletter untuk input terkini.

32 Thoughts to “Program Duta Inovasi (IADP) Bersama Genovasi Malaysia”

  1. Norhasniza Khalid

    mama turut menyokong sebagai rakan blogger… semoga segalanya dipermudahkan..

  2. Alhamdulillah…semoga sokongan dan usaha yang murni ini akan bertambahlah pengalaman…

  3. Belog Santai

    I like the word "Genovasi".. Macam best je..nway tahniah Khir…tak jemu berkongsi ilmu…

  4. Belog Santai

    promoted content untuk hujung minggu…

  5. Cheq Eem

    bila baca entri ingatkan apa lah genovasi tu.. rupanya gabungan generasi inovasi… tahniah khir..! semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh generasi muda…..

  6. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan singgah hujung minggu…baru tahu apa itu Genovasi….semoga usaha murni ini dapat melahirkan ramai lagi belia yang bergenovasi di masa akan datang…terima kasih atas perkongsiaan ini.

  7. Semoga dapat melahirkan insan yang berinovasi tinggi di masa depan…

  8. Alhamdulillah.. Perkongsian yg bermanfaat..

  9. Semoga matlamat dan objektif tercapai..amin…

  10. asalam alhamdulillah Etuza dah link kan balik blog ni. Blog Pesona ada masalah klik blog baru saya ya..http://madey09.blogspot.com/

  11. wahh sangat bagus ^_^ tahniah bro khir

  12. Salam hujung minggu Khir…tahniah…semoga terus maju jaya…

  13. TunSha Ayunie

    perkataan baru bagi sha.. Genovasi ya… Generasi + Inovasi… kira ilmu baru la nih…. beruntung bro khir dapat mengikuti perkara2 macam ni kan….

  14. Lynn Munir

    Alhamdulilah, moga perkongsian ini akan lebih memantapkan perjuangan. Salam sukcess isnin Khir.

  15. GENOVASI ..Mula2 dengar rasa nak terjah cepat2 jer sebab tak tahu apa benda la maksud di sebalik GENOVASI tu ..Lepas terjah danbaca OK dah tahu apa dia ..Thanks Khir sudi berkongsi ilmu….emoga perkongsian ilmu ini dapatlah kita manfaatkan bersama ..InsyaAllah ..All the best ..

  16. ain diyana

    bestnyer.
    semoga matlamat tercapai. 🙂

  17. agak ilmiah tuan…semoga aktiviti ini ada lagi pada masa-masa yang akan datang

  18. kenapa pelik sangat koreksional bunyinya tu…

    saya lebih suka membaca daripada pergi tempat macam ni… tak tahulah kenapa… hmm..

  19. Semoga anda berjaya mencapai matlamat yg disasarkan dari progam yang amat baik ini.

  20. acik idah

    Penyertaan dari berbilang bangsa… pasti banyak manfaat yang diterima oleh belia2 ini… 🙂 good job bro…!

  21. saya masuk blog en khir ni kan
    banyak betul perkataan baru saya belajar
    genovasi ni first time juga dengar

    apapun, all the best ye en khir

  22. Anonymous

    program yang baik…

  23. bgs ada program2 sebegini…lbh2 lg penyertaan semua bangsa

  24. memmet lenggeng

    Sebenarnya saya teringin untuk membawa anak-anak saya untuk aktiviti sukarelawan dan pendidikan yang seumpamanya supaya suatu hari nanti mereka menjadi insan yang dipenuhi dengan sivik yang tinggi. Tetapi saya tak tahu samada aktiviti macam ni akan perlu mengeluarkan belanja sendiri atau tidak, kerana itu adalah satu kekangan buat saya

  25. hebat! bukan calang2 org boleh bg talk mcm nu, jm salute sama bro khalid

  26. Wah…bagus Khir…teruskan usaha k…
    asyik churp je yg kuar 🙂

  27. Vee Sandi

    semoga niat murni demi generasi y yang penuh innovasi dipermudahkan …

  28. Ija Rased

    all the the best mr.kk

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.