Pusat Rawatan Holistik Islamiah Al-Qayyum – Sesungguhnya setiap musibah atau penyakit yang menimpa seseorang itu adalah penghapus dosa. Namun, kita sebagai manusia perlulah berikhtiar agar dapat mengubatinya dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT. Justeru, aku ingin memperkenalkan tentang Pusat Rawatan Al-Qayyum yang pakar dalam penyembuhan holistik Islamiah kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian.
Pengenalan Pusat Rawatan Al-Qayyum
Pusat Rawatan Al-Qayyum telah diasaskan oleh Cikgu Indera Saifullah Tahir yang juga merupakan Ketua Perawat dan dibantu oleh Cikgu Abdullah Ibrahim pada 1 Februari 2011. Ia berkonsepkan sebuah ‘Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah’ (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre) yang mengamalkan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah; iaitu merupakan gabungan variasi Perubatan Islam (mendominasi), Perubatan Tradisional, Perubatan Alternatif, Perubatan Komplimentari dan Perubatan Suplimentari.
Terdapat 8 bidang perkhidmatan rawatan, iaitu;
1 – RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN (Perkhidmatan Utama)
2 – BEKAM SUNNAH
3 – RAWATAN JARAK JAUH
4 – RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN
5 – PRODUK KESIHATAN ISLAM
6 – KELAS MENGAJI AL-QURAN
7 – PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
8 – PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK
Pusat Rawatan Al-Qayyum memperjuangkan Perubatan Islam yang terjamin suci dan bebas dari segala unsur yang bertentangan dengan Syariat Islam. Ia juga berperanan sebagai sebuah ‘Pusat Komuniti Setempat’ dalam hal-hal berkaitan Perubatan Islam, demi menyedarkan dan mengelakkan masyarakat Islam dari terlibat dan terjerumus dengan perkara-perkara yang merosakkan aqidah; terutamanya dari tukang-tukang sihir, bomoh, pawang, dukun dan golongan sesat.
Jemaah Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum |
“Kami bukan bomoh mahupun dukun tradisional. Kami juga bukan ‘Penyembuh’ kerana yang layak digelar ‘Penyembuh’ hanyalah Allah SWT; Tuhan Maha Esa bagi seluruh alam dan Maha Pencipta segala-galanya yang ada di langit dan di bumi.”
“Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah yang diamalkan dan diusahakan oleh kami bukanlah bermaksud untuk mengambil alih tugas, peranan dan tanggungjawab yang sedang dilaksanakan oleh para doktor di hospital-hospital dan klinik-klinik. Kehadiran kami adalah sebagai ‘Penyambung Ikhtiar’ agar Pesakit tidak berputus asa didalam mencari kesembuhan. Sesungguhnya, keserasian antara Ilmu Perubatan dan Pesakit itu amat penting bagi memastikan kesembuhan sesuatu penyakit atau masalah.” – Pusat Rawatan Al-Qayyum
Gambar-Gambar Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan Jarak Jauh |
Rawatan Bekam Sunnah |
Rawatan Sedutan Cas Negatif |
Pengasas / Ketua Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum, Cikgu Indera Saifullah |
Pusat Rawatan Al-Qayyum Terjamin Suci Dan Mengikut Landasan Syariat Islam
Justeru, anda dipersilakan melawat laman blog Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang segala usaha perawatan holistik Islamiah yang dilakukan. Jika anda memerlukan khidmat rawatan, adalah disarankan agar menghubungi jemaah perawat melalui maklumat yang disediakan di ruangan Hubungi Kami untuk temujanji. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.
Segala maklumat lanjut boleh diperolehi di link blog yang disediakan di sini:
Anda juga boleh mengikuti di laman facebook:
www.facebook.com/alqayyum2u
Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar yang anda lakukan
menjadi ibadah serta beroleh kesembuhan dengan sepenuh keberkatan dari Allah
SWT… aamiin.
menjadi ibadah serta beroleh kesembuhan dengan sepenuh keberkatan dari Allah
SWT… aamiin.
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur
Emel di : alqayyum.holistic@gmail.com
EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
bagus adanya pusat rawatan Islam di Malaysia ni…
Alhamdulillah mmg bagus.. boleh rujuk di blog & fb page Al-Qayyum.. Mudah2an membantu jika ada yg memerlukan.. 🙂
Alhamdulillah dengan pusat rawatan sebegini dapat memberi alternatif kepada masyarakat terutàmanya umat Islam. Kalau dekat zumal pun nak juga mencuba ^_^
Alhamdulillah… sekiranya memerlukan boleh juga hubungi utk rawatan jarak jauh Zumal.. 🙂
Insha Allah ^_^
insya Allah memberi harapan kepada mereka yang memerlukan
In shaa Allah… mudah2an membantu yg memerlukan… aamiin.
menarik sangat ni…. nanti kalau nak buat rawatan, boleh datang kat sini..
dah lama teringin nak buat bekam. tapi tu lah, adik lagi memerlukan. so, biarlah dia je dulu buat….
Alhamamdulillah Amy.. bolehlah hubungi mereka nnti. Maklumat ada kat blog alqayyum.blogspot.com & fb page Al-Qayyum. Boleh berinteraksi terus di blog & fb page utk lebih mudah.. 🙂
Elok sgt ada perubatan cara Islam mcm ni ada tmpt rujukan
Mmg betul.. memudahkan. Rujukan yg bermanfaat utk semua. Kita pun tak tau mungkin memerlukannya nanti kan..
assalam…baru tau teringin juga nk mencuba rawatannya..tq
Waalaikummussalam… alhamdulillah, mudah2an info ini dpt membantu kpd yg memerlukan. Dipersilakan hubungi jemaah perawat Al-Qayyum ye.. 🙂
Sekarang ni semakin banyak pusat rawatan alternatif yg berteraskan islamik ditubuhkan. Perlu bijak memilih namun biasanya ianya dipantau oleh majlis agama islam negeri. Tidak semua penyakit boleh dirawat secara moden dan fizikal kerana ada juga penyakit batin yg tidak dapat diubat secara lahiriah maka pusat2 perubatan seperti ini dapat mengelakkan orang ramai dari menggunakan perkhidmatan bomoh yang diragukan cara perubatannya.
Mmg betul tu.. waktu skrng ni kita perlu bijak memilih dlm mencari jln ikhtiar terbaik. Itu menjadi satu asbab mengapa perubatan berteraskan rawatan Islam spt ini perlu disebarkan, agar msykt kita tak terpesong dgn perubatan2 yg meragukan lagi syirik.. nauzubillah. Mudah2an perkara yg baik beroleh keberkatan bersama.. in shaa Allah..
Bole rekemen utk kawan2 yg kat KL.
Mmg boleh rekemen AA.. boleh tengok pelbagai rawatan di blog & fb page Al-Qayyum tu.. 🙂
bagus jugak kalau boleh buat rawatan jarak jauh nie..teringat kakak ipar yang terkena sesuatu..nak ubatkan dia punyalah payah…
Mmg bagus kan Aida.. satu usaha dlm mencari penyembuhan penyakit yg sukar dipulihkan oleh perubatan moden.. Mudah2an sembuh sepenuhnya… aamiin.
Rawatan jarak jauh? woww… menarik nie… btw, cara2nya ada sedikit persamaan dengan perguruan budi suci sejati…
Oh.. kaedah perawatan Islamiah tu rasanya akan ada persamaan cuma perlaksanaannya mungkin berbeza kan.. Klu ada yg memerlukan bolehlah beritau Idah.. dh dekat je tu.. 🙂
sekarang banyak pusat rawatan alternatif begini
bagus juga sebab bukan semua boleh dirawat dengan perubatan moden
nice info en khir =)
Mmg betul.. selagi ada jln kita kena usaha utk mencari penyembuh terhadap sesuatu penyakit kan.. 🙂
Ia menjadi pilihan alternative untuk mereka yang memerlukan rawatan kan ?
Betul tu kak Lynn.. mudah2an membantu menyampaikan informasi kpd yg memerlukan.. 🙂
Wah.. Bgus ni… Ada bekam…
Bolehlah hubungi utk rawatan.. bekam sunnah tu..
Usaha yg murni, dpt membantu yg memerlukan.
In shaa Allah.. mudah2an bermanfaat buat semua.. aamiin.. 🙂
bagus pusat rawatan mcm ni 😉
Mmg bagus.. patut kita sokong CN.. 🙂
Assalamualaikum dan salam singgah pagi Khir…Allahamdulillah dengan adanya perubatan cara islam ini dapatlah membantu kepada golongan yang sangat memerlukan sebab tidak semua ubat moden dapat menyembuhkan ada kalanya kita juga perlu pengubatan cara islam…semoga usaha murni ini dapat di perkembangkan ke seluruh Malaysia…
Waalaikummussalam Mardiah.. mudah2an dpt membantu kpd sesiapa jua yg memerlukan.. in shaa Allah..
Terima kasih untuk maklumat ini…
Rasanya memang amat memerlukan rawatan seperti ini dalam masa terdekat.
http://www.broframestone.com
In shaa Allah… mudah2an dpt membantu utk kebaikan.. t kasih kembali Bro.. 🙂
Alhamdulillah.. boleh menjadi alternatif kepada sesiapa yg memerlukan….
In shaa Allah… mudah2an membantu… aamiin.
tahu mana nak tuju jika memerlukan khidmat mereka..
In shaa Allah.. mudah2an membantu Mar.. 🙂
terima kasih atas perkongsian yg menarik
In shaa Allah.. mudah2an membantu kpd sesiapa jua yg memerlukan.. 🙂
Bagus sebenarnya perubatan Islam ni, cuma kadang-kadang ada orang tersalah anggap.
Mmg bagus kerana disinilah penyerahan sepenuhnya kita kpd Allah SWT.. mudah2an berkat kehidupan di dunia & akhirat… aamiin.
boleh di cuba untuk yang memerlukan…tq khir..
In shaa Allah.. mudah2an membantu Kathy… aamiin.
Alternatif perubatan Islam yang baik..
Semoga membantu kpd yg memerlukan… aamiin.
kat blog mn ya…sy jumpa perkongsian yg sm…thumbs up!
Rawatan islamik ..senemangnya mendapat tempat dihati pengguna islam yg mengharapkan kesembuhan dgn cara uang menjurus ke arah islamik..salah satu alternatif terbaik untuk pengguna islam diluar sana..semoga puasat rawatan jni akan terus berbakti untuk masyarakat islam dluar sana..insyaallah..
Berubat secara alternatif tidak salah selagi ia masih dilandasan benar dan tidak syirik. Bahkan ia perlu juga, bila sesuatu terjadi diluar kemampuan perubatan sains fizikal
nice info…
semoga diberkati selalu..
terima kasih d atas perkongsian dan boleh d terjah blog mereka nanti
Kadang-kadang bila tiada hasil daripada perubatan moden, haruslah mencuba rawatan islam pulak kan.. TQ for sharing bro.. teringin rasanya nak cuba bekam tuu.. 😀
Bagi pendapat bunda kedua2 rawatan dan perubatan penting…rawatan secara modern pun perlu dan rawatan alternatif dengan pakar rawatan islam yang bertauliah juga perlu…
[…] yang sukar diterjemah melalui kaedah perubatan konvensional.Pusat Rawatan Al-Qayyum mengamalkan kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang menggabungkan variasi perubatan Islam sebagai elemen utama bersama perubatan tradisional, […]