Amalan Rasulullah Ketika Sa'i
Amalan Rasulullah ketika Sa’i – Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang amalan ketika tawaf haji dan umrah. Pada artikel kali ini pula, saya berhasrat berkongsi secebis pengetahuan yang mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi keyakinan diri ketika melaksanakan Sa’i. Amalan ketika sa’i ini dikongsi berdasarkan pengalaman, kursus dan juga pembacaan untuk kemudahan bersama.. in shaa Allah.
 
 

Apa itu Sa’i

 
Sa’i merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilaksanakan dengan berjalan kaki (berlari-lari anak) berulang alik sebanyak 7 kali dari bukit Safa ke bukit Marwa dan dimulakan dari bukit Safa.
 
Kedua-dua bukit tersebut mempunyai jarak sekitar 405 meter antara keduanya. Ketika jemaah melintasi Bathnul Waadi iaitu kawasan yang ditandakan dengan lampu berwarna hijau, (kawasan yang terletak di perjalanan antara bukit Safa dan Marwa) adalah disunatkan kepada jemaah lelaki untuk berlari anak manakala jemaah wanita sebaiknya berjalan cepat.
 
Berdasarkan penerangan, Rasulullah saw membaca ayat ke 158, surah Al Baqarah ketika menghampiri bukit Safa. Ia bermaksud, “Sesungguhnya Safa dan Marwa itu adalah sebahagian dari syiar agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa’i di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala , lagi Maha Mengetahui.”
 

Amalan Rasulullah Ketika Sa’i

 
1 – Rasulullah memulakan Sa’i dengan naik ke bukit Safa hingga kelihatan Kaabah dari bukit tersebut. Di situ Baginda menghadap ke kiblat lalu membaca tahlil,
 
Lailahaillallahu wahdahu la syarikalahu, lahumulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli saiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa’dahu wa nashara abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu.”
 
Seperti yang dinyatakan pada artikel sebelum ini, adalah digalakkan agar anda merujuk kepada penulisan jawi tentang pembacaan tersebut bagi memastikan tetepatan tajwid bacaan.
 
2 – Selesai membaca, Rasulullah saw berdoa kerana di situ adalah tempat makbulnya doa. Setelah habis berdoa, Baginda membaca tahlil “Lailaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli syaiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa’dahu wa nashara abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu.” Kemudian berdoa sekali lagi sehingga selesai dan membaca tahlil yang sama sekali lagi hingga selesai. Ini bermakna, Rasulullah membaca tahlil sebanyak 3 kali dan berdoa 2 kali ketika berdiri di bukit Safa.
 
3 – Setelah selesai tahlil dan doa, barulah Baginda turun menuju ke Marwa. Bacaan doa pula tidak ada yang dikhususkan dan mintalah apa sahaja yang baik dan terniat di hati. Justeru jika benar-benar mengikut cara Rasululah ini, maka sa’i yang dilakukan akan mengambil sedikit masa yang lama.
 
4 – Berjalan ketika sa’i tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa, sebaliknya buatlah dengan tenang dan khusyuk. Tambahan pula rukun itu tidak diberatkan dengan bacaan yang panjang. Apa sahaja bacaan boleh dibaca sama ada zikir, tahlil, tahmid mahu pun berdoa. Ketika sampai di Marwa, Baginda mengulangi perbuatan yang sama ketika di bukit Safa iaitu membaca tahlil sebanyak 3 kali dan berdoa 2 kali. Semua perbuatan ini dilakukan 7 kali ulang-alik Safa dan Marwa sehingga selesai sa’i.
 
 

Kemanisan Sa’i Dalam Ibadah Haji Dan Umrah

 
Sesungguhnya sa’i mempunyai kemanisan tersendiri ketika kita mengerjakannya. Selain merupakan satu penghormatan kepada peristiwa Siti Hajar yang berusaha mencari sumber air dengan meninjau di bukit Safa dan Marwa ketika puteranya (Nabi Ismail) masih bayi. Kisah tersebut serta peristiwa yang berkait rapat sehingga terbitnya mata air (zamzam) pastinya membuatkan kita sedar betapa kuatnya erti keimanan dan berpegang teguh kepada Allah SWT.
 
Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah haji kepada semua jemaah haji sekelian. Semoga dipermudahkan segala urusan dan ibadah serta beroleh haji yang mabrur. Jangan sesekali mensia-siakan panggilan Illahi kerana sesungguhnya jemaah haji dan umrah adalah dikalangan yang terpilih menjadi tetamu Allah SWT. Subhanallah walhamdulillah…

 

p/s: Kepada sesiapa jua yang membaca artikel ini. Saya memohon dapatlah kiranya mendoakan agar dipermudahkan saya sekeluarga untuk menziarahi Baitullah lagi sama ada mengerjakan haji atau umrah, in shaa Allah. Semoga anda beroleh haji dan umrah yang mabrur… aamiin.

 
 

62 Thoughts to “Amalan Rasulullah Ketika Sa’i”

  1. alhamdulilah dapat ilmu lagi.. terima kasih ilmu ..moga bermanfaat kepada kita terutama yang pergi haji

    1. In shaa Allah.. mudah2an bermanfaat Acik.. T kasih kembali.. 🙂

  2. Anonymous

    moga dapat juga kathy dan keluarga menunaikan rukun islam ke 5 ini suatu hari nanti…

    1. Aamiin.. in shaa Allah Kathy.. bersama2lah kita semua mendoakannya.. aamiin.. 🙂

  3. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah rabu….semoga satu hari nanti dapat pergi juga bersama keluarga..terima kasih atas perkongsiaan ini Khir.

    1. Waalaikummussalam Mardiah.. in shaa Allah.. semoga dimakbulkan doa.. aamiin. T kasih kembali.. 🙂

  4. Belog Santai

    In Shaa Allah pasti akan ke sana lagi. Moga-moga amalan yang kita lakukan diterima Allah..

    1. In shaa Allah.. aamiin. Bersama2lah kita mendoakannya..

  5. Alhamdulillah perkongsian abg Khir boleh buat rujukan… Moga zumal dapat juga menunaikan Haji nanti ^_^

    1. Alhamdulillah… mudah2an Zumal.. semoga dipermudahkan… aamiin.. 🙂

  6. ya..selamat mengerjakan haji kepada mereka yang berkenaan..

    1. Selamat menunaikan fardu haji serta beroleh haji yg mamrur… aamiin.. 🙂

  7. Moga ada rezeki buat kita semua menunaikan ibadah

    1. Aamiin Lya.. aamiin ya Rabbal alaamiin…

  8. perkongsian yg sangat bermanfaat

    1. Mudah2an membawa berkat.. aamiin. T kasih Mar.. 🙂

  9. Terima kasih atas pencerahan ini..

    1. Mudah2an bermanfaat.. t kasih kembali Bunda.. 🙂

  10. Perkongsian yang baik dan berguna. Terima kasih KK..:)

    1. In shaa Allah.. mudah2an bermanfaat SP.. aamiin.. 🙂

  11. berbahagialah mereka yg mendapat haji yg mabrur…bersih umpama bayi yg baru dilahirkan,kan..

    1. In shaa Allah.. aamiin. Semoga beroleh haji yg mabrur… aamiin.

  12. terima kasih..
    jom kita berpuasa sunat 1-9 zulhijjah

    1. In shaa Allah.. t kasih juga atas peringatan ini Haslinda.. 🙂

  13. InsyaAllah semoga dapat ke sana bersama keluarga..

    1. In shaa Allah.. aamiin. Bersamalah kita mendoakannya… aamiin..

  14. terima kasih di atas info berguna ini Tn Khir…saya tag Tn Khir 🙂

    1. Alhamdulillah.. mudah2an bermanfaat.. T kasih tag Linda.. 🙂

  15. sy suka sai bla lps lampu hijau tu… 😉

  16. Alhamdulillah dapat pencerahan mengenai Sa'i..bg yg tak berapa nak faham mcm lya ni boleh jdkan rujukan entry Khir ni..Semoga mendapat sedikit ilmu dalam post ini..thanks khir untuk perkongsian hebat ini..

    1. In shaa Allah.. mudah2an bermanfaat Lya. T kasih.. 🙂

  17. Alhamdulillah diatas ilmu yang dikongsikan ini..sangat bermanfaat

    1. In shaa Allah, mudah2an bermanfaat.. t kasih Rokiah.. 🙂

  18. memmet lenggeng

    Belum pernah sampai dan belum ada rezeki nak ke sana. Mohon Tuan Khir mendoakan saya untuk sampai di sini dan memperolehi umrah/haji yang mabrur

    1. In shaa Allah.. semoga tercapai segala yg dihajati & beroleh haji/umrah yg mabrur.. aamiin.

  19. Info yg bagus Khir..thanks..
    Semoga kita semua dapat ke sana..aamiin

    1. In shaa Allah.. mudah2an.. aamiin. T kasih Fidah.

  20. terima kasih atas perkongsian…bila la agaknya nak sampai ke sana…

    1. In shaa Allah sis.. sama2lah kita mendoakannya.. aamiin. T kasih kembali.. 🙂

  21. berdasarkan pengalaman? en khir pernah sampai ke?
    untunglah. bilalah pula saya boleh sampai

    1. Alhamdulillah.. tp, lama dah Yana.. semoga kita semua dipermudahkan utk menjadi tetamuNya.. aamiin.

    1. In shaa Allah… mudah2an bermanfaat.. aamiin.. 🙂

  22. semoga anda diberkati kerana ilmu yang berguna.

    1. In shaa Allah.. mudah2an bersama kita semua beroleh keberkatanNya.. aamiin.

  23. terima kasih d atas perkongsian ilmu yg bermanfaat

    1. Mudah2an bersama beroleh berkat JM.. t kasih kembali.

  24. terima kasih atas perkongsian ilmu…
    semoga satu hari nanti sy berpeluang menunaikan ibadah haji dan umrah…
    teringin sangat nak tengok kaabah…

    1. In shaa Allah.. mudah2an bermanfaat & semoga dipermudahkan serta dimakbulkan hajat… aamiin. T kasih kembali Sha.

  25. perkongsian yang sangat bermanfaat 😉

  26. Bagus sgt ada artikel mcm ni.senang nk terangkan pd anak2 kalai mereka tanya.thanx KK

    1. In shaa Allah.. mudah2an bermanfaat AA.. T kasih.. 🙂

  27. teringin sangat-sangat nak ke sana…. mudah-mudahan satu hari…

  28. Vee Sandi

    semoga diizinkan melakukan ibadah umrah sekurang – kurangnya sebagai permulaan … proton iriz bkn main lagi menayang nya .

  29. acik idah

    Idah memang dah lama letakkan umur 40 utk mengerjakan haji… tapi nampaknya macam tak kesampaian niat tu… apa pun insyaallah sebelum 45… doakan yer khir… 🙂

  30. Eshamz Halim

    Terima kasih diatas pengkongsian ilmu bro… semoga kita semua akan menjadi tetamuNya nanti… InshaaAllah.. 😀

  31. Ija Rased

    baca entry ni teringat kenangan buat umrah dengan mak yang tak berapa sihat. saya sgt kagum dengan semangat waktu saie, semua itu dengn izin allah swt.

    insyallah,moga amalan rasullah jadi panduan hidup dan ikutan

  32. Terima kasih sebab share ilmu amalan mengerjakan saie ni. saya tak belajar pun ni masa kat dalam kursus umrah. Semoga tuan khir dimurahkan rezeki utk ke sana lagi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.