Data Center di Malaysia

Assalamualaikum. Pusat Data atau Data Center merupakan antara keperluan yang sangat penting dalam pengembangan teknologi digital hari ini. Kini negara kita Malaysia, merupakan salah satu tumpuan utama dunia dalam pembangunan data centre secara besar-besaran.

Sebelum ini, saya pernah terlibat dalam sesi dialog bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tentang kepentingan data center dalam merealisasikan transformasi digital yang sedang giat diusahakan sekitar 2017. Anda boleh rujuk artikel tersebut di sini > Kepentingan Data Centre Pemacu Ekonomi Digital.

Melalui dialog tersebut, ia jelas menyatakan mengapa Malaysia perlu mendepani prasarana ini. Ia bukan sahaja untuk pengukuhan sektor industri dan keperluan masyarakat, tetapi melibatkan kepentingan ekonomi era baharu sehinggalah pengurusan dan keselamatan negara dalam cabaran digitalisasi global.

Sejak itu data center menjadi platform penting memacu transformasi digital negara.

Namun, disebalik berkembangnya amalan pendigitalan dalam gaya hidup hari ini, tidak ramai menyedari bahawa data center memainkan peranan penting dalam memastikan setiap proses komunikasi digital yang kita nikmati berjalan lancar, pantas dan sempurna.

Oleh itu, pada artikel ini saya ingin jelaskan peranan dan kepentingan tersebut

Data center di Malaysia

Apa itu Pusat Data (Data Center).

Data center adalah tempat data-data anda disimpan, diproses dan diedarkan.

Apabila anda berkongsi emel atau status media sosial, Whatsapp dan seumpamanya, atau menyimpan fail di google drive, hatta memuatnaik artikel seperti yang saya lakukan di sini, kesemua data ini sebenarnya akan dimuatnaik server ke data centre yang besar.

Ia kemudiannya disimpan dan diedarkan kepada setiap pihak yang kita kongsikan.

Antara contoh, apabila anda membaca artikel saya ini, ia sebenarnya telah terlebih dahulu saya muatnaik ke server pengaturcaraan laman web saya. Ia seterusnya disalurkan ke data center untuk disimpan, dijaga dan diproses sebelum diedarkan ke peranti anda untuk dibaca.

Kesemua arahan dan aliran trafik digital ini adakala melibatkan jarak lokasi beribu kilometer. Namun semua capaian ini berlaku tanpa kita sedar dalam masa hanya kurang sesaat.

Tanpa kewujudan data centre, hampir kesemua urusan online yang kita nikmati tidak dapat berfungsi. Google tidak akan berfungsi, Facebook hinggalah Whatsapp anda tidak dapat menyebar mesej kepada orang lain, termasuklah laman web ini juga tidak lagi berfungsi.

Pengurusan, sistem maklumat dan komunikasi setiap syarikat akan terganggu. Lebih memburukkan, sistem perbankan online tidak mampu berfungsi seperti hari ini. Begitu juga setiap sektor perusahaan, perkilangan sehinggalah perniagaan kecil. Segala promosi, komunikasi hinggalah online payment akan tergendala.

Data centre adalah infrastruktur paling penting bagi membolehkan dunia digital berjalan lancar dan terus berkembang. Maka semakin bertambah pengguna digital dan kapisiti trafik maklumat, semakin banyak pembangunan pusat pengkalan data center ini diperlukan.

Kenali apa itu Data Center serta fungsinya

Sistem Penting Dalam Kemajuan Digital

Sesebuah data center perlu direka dengan perancangan yang rapi. Ia perlu dilengkapi dengan lapisan sistem-sistem keselamatan yang maksimum kerana ia merupakan tempat penyimpanan kelengkapan sensitif seperti server, stor penyimpanan dan peralatan jaringan (network equipments). Tidak semua orang dibenarkan masuk dengan mudah.

Server adalah kelengkapan paling utama yang beroperasi secara berterusan selama 24 jam, 7 hari seminggu. Ia sistem pengkomputeran berkuasa tinggi yang berfungsi menyimpan dan memproses pelbagai maklumat, dari keperluan data-data biasa hinggalah yang diklasifikasi sebagai high-end dengan pengiraan data yang lebih berat. Ia memerlukan tenaga berkuasa tinggi bersama sistem penyejukan yang efisyen pada setiap masa.

Setiap server juga perlu dilengkapi sistem backup, sistem keselamatan firewall canggih berserta UPS (uninterrupted power supply) bagi memastikan operasi berterusan. Peralatan penting lain seperti router, switch dan kabel-kabel juga penting bagi mengawal aliran data dari satu server ke server yang lain. Data center juga mempunyai jaringan (networking) di pelbagai lokasi yang saling terhubung setiap masa untuk keselamatan jangka panjang.

Bermulanya Cyberjaya sebagai pelopor pengkalan data center di Malaysia, kini hab pusat data terbesar adalah di Sedenak Tech Park (STeP) di Kulai, Johor. Ia menempatkan kampus pusat data berskala hiper dengan infrastruktur paling terkini buat masa ini.

Justeru, setiap kali anda melihat peranti anda dan melakukan pelbagai urusan secara online, data center memainkan peranan penting dalam melengkapkan segala keperluan tersebut.

Baca lagi> Kepentingan Big Data Untuk Pemasaran Digital

3 Thoughts to “Data Center Serta Fungsinya Dalam Dunia Digital”

  1. Husin Ramli

    Terima kasih atas pencerahan. Bila difikirkan, data center ni rupanya memainkan peranan penting dlm kehidupan seharian kita dlm dunia digital skrng ini.. sgt penting

  2. Rin

    Bila negara mempunyai infra data center yg mantap, secara tak langsung menarik ramai pelabur luar..

  3. Azfar Mansur

    Pernah beberapa kali lalu di Sedenak.. mula2 tak tahu tempat tu nak dibangunkan pusat data, ingatkan lot2 kilang. Patutlah bila dah siap nampak lain macam sikit tempat tu. Thanks sharing

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.