1. PENGENALAN
1.1. Ini adalah polisi privasi data peribadi (“Polisi”) Khirkhalid.com (“kami” atau “kita”) dan Khir Khalid Resources.
1.2. Polisi ini terpakai kepada maklumat peribadi mengenai individu (pembaca, subscriber, pengomen, pelanggan, peserta, rakan industri) kami. Proses Data Peribadi ini mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, peraturan, garis panduan, perintah yang dibuat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebarang pindaan berkanun atau enakmen yang diperbuat daripada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dari semasa ke semasa (secara kolektif dirujuk sebagai “APDP”) serta Polisi ini.
1.3. APDP memerlukan kami memaklumkan kepada anda tentang hak-hak berkenaan Data Peribadi untuk tujuan ‘database’. APDP juga memerlukan kami untuk mendapatkan kebenaran terhadap pemprosesan dan penyebaran Data Peribadi mengikut APDP. Kami komited untuk melindungi dan menjaga setiap Data Peribadi anda.
1.4. Dengan membekalkan Data Peribadi anda kepada kami dan / atau dengan mengakses laman web kami (“Laman Web”), anda mengisytiharkan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi ini dan bersetuju agar kami sentiasa menjaga Data Peribadi mengikut cara dan prosedur yang ditetapkan Polisi.
2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
2.1 Istilah “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat dalam pemilikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada individu yang boleh dikenalpasti dari maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon, pengenalan / pasport, tarikh lahir, gambar, alamat e-mel, url, maklumat IP, dan sebagainya.
2.2 Data Peribadi anda boleh dikumpul melalui sebarang transaksi dan / atau komunikasi yang dibuat daripada / dengan kami, termasuk daripada pelbagai sumber seperti program intervensi, kajiselidik yang dianjurkan dan / atau ditaja, serta dari sumber yang tersedia secara umum.
2.3 Kami juga boleh menerima, menyimpan dan memproses Data Peribadi yang dibekalkan atau disediakan oleh mana-mana pihak ketiga, badan rujukan, pihak berkuasa pengawalseliaan dan undang-undang.
3. TUJUAN PEROLEHAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada kami atau yang dikumpulkan oleh kami dari anda atau melalui sumber-sumber lain yang mungkin diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pada masa ia dicari atau dikumpulkan, boleh diproses untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”):
• untuk berkomunikasi dengan anda;
• untuk mengekalkan dan meningkatkan jalinan hubungan;
• untuk menilai, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan dan / atau kemudahan kepada anda;
• untuk memproses sebarang bayaran berkaitan produk, perkhidmatan dan / atau kemudahan yang diminta;
• untuk mewujudkan identiti, profil dan latar belakang anda;
• untuk bertindak balas kepada pertanyaan, aduan, masalah dan pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan sebarang urusan dengan kami;
• untuk memberi anda maklumat dan / atau kemas kini mengenai produk, perkhidmatan, promosi yang ditawarkan oleh kami dan / atau acara anjuran kami dan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda;
• untuk tujuan pemasaran melalui mana-mana saluran komunikasi yang sesuai mengikut persetujuan;
• untuk mengekalkan dan mengemas kini penyimpanan rekod dalaman;
• untuk menghantar mesej ucapan bermusim dari semasa ke semasa;
• untuk menghantar jemputan menyertai program dan promosi kami;
• untuk memantau, mengkaji dan memperbaiki perkhidmatan kami;
• untuk memproses apa-apa bayaran berkaitan transaksi komersial dengan kami;
• untuk menjalankan kaji selidik, analisis pemasaran, aktiviti profil, analisis corak, statistik dan trend;
• untuk tujuan lain yang diperlukan, mengendalikan perniagaan dan hubungan anda dengan kami.
Sekiranya anda tidak membenarkan kami memproses Data Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada satu Tujuan di atas, sila maklumkan pada kami di butiran perhubungan di bawah.
4. AKIBAT TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA POLISI INI
Pengumpulan Data Peribadi anda oleh kami mungkin bersifat mandatori atau sukarela bergantung kepada Tujuan Data Peribadi dikumpulkan. Di mana ia wajib bagi anda membekalkan Data Peribadi kepada kami, dan anda gagal atau pilih untuk tidak memberikan data tersebut, atau tidak bersetuju dengan Polisi, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan / atau perkhidmatan atau berurusan.
5. PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA
Kami tidak akan menjual, menyewa, memindahkan atau menzahirkan mana-mana Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami boleh menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga berikut, untuk satu atau lebih daripada satu Tujuan di bawah:
• pengganti dalam hakmilik kepada kami;
• mana-mana orang di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah berjanji memastikan kerahsiaan Data Peribadi anda telah kami lantik untuk melaksanakan urusan dengan anda;
• mana-mana pihak berhubung dengan prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang yang berpotensi;
• mana-mana pihak yang dilantik untuk tujuan mewujudkan dan mengekalkan pangkalan data yang sah;
• pusat data dan / atau pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia untuk tujuan penyimpanan data atau sebaliknya;
• agensi-agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, tribunal, badan pengawal selia, pengawal selia industri, kementerian, dan / atau badan berkanun atau badan, pejabat atau perbandaran dalam mana-mana bidang kuasa, jika dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkenaan;
6. KETEPATAN DATA PERIBADI ANDA
6.1 Kami berhasrat untuk menyimpan semua Data Peribadi dengan tepat, lengkap, tidak mengelirukan, terkini dan boleh dipercayai setakat mana yang boleh. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi anda bergantung pada sebahagian besar ke atas maklumat yang anda berikan.
7. HAK ANDA
7.1 Tertakluk kepada pengecualian di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk meminta akses, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau meminda, Data Peribadi anda yang kami pegang. Kami mungkin mengenakan bayaran kecil (jumlah yang dibenarkan APDP) untuk menampung kos memproses permintaan mengakses Data Peribadi.
7.1 Berhubung hak mengakses dan / atau meminda Data Peribadi, kami berhak menolak permintaan anda untuk mengakses dan / atau meminda Data Peribadi atas alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang.
7.2 Anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda (sebagai contoh, meminta kami untuk berhenti daripada menghantar sebarang bahan pemasaran dan promosi atau menghubungi anda untuk tujuan pemasaran).
8. PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA
Mana-mana Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami akan disimpan selagi tujuan yang mana Data Peribadi dikumpulkan berterusan; Data Peribadi anda kemudiannya dimusnahkan dari rekod dan sistem kami mengikut dasar penyimpanan kami sekiranya Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan.
9. KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA
9.1 Kami komited memastikan Data Peribadi anda disimpan dengan selamat. Untuk mengelakkan akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau risiko lain yang serupa, kami berusaha melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan prosedur sesuai selaras undang-undang dan peraturan standard industri untuk melindungi dan mencegah pihak yang tidak dibenarkan atau pemprosesan yang menyalahi undang-undang, pemusnahan secara tidak sengaja, kerosakan, pengubahan, pendedahan atau akses tanpa kebenaran kepada Data Peribadi anda.
9.2 Kami akan membuat kemas kini kepada langkah-langkah keselamatan dari semasa ke semasa dan memastikan Data Peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini.
9.3 Internet bukan medium yang selamat. Walau bagaimanapun, kami komited menyediakan pelbagai prosedur keselamatan berkaitan Laman komunikasi elektronik dan menghormati kerahsiaan Data Peribadi anda.
9.4 Sila maklum, komunikasi melalui Internet, seperti e-mel / emel web tidak selamat kecuali telah disulitkan. Komunikasi anda mungkin dihalakan melalui beberapa negara sebelum dihantar – ini adalah sifat World Wide Web / IoT.
9.5 Kita tidak boleh dan tidak menerima tanggungjawab untuk sebarang akses tanpa izin atau pemintasan atau kehilangan Data Peribadi yang berada di luar kawalan kami yang munasabah.
10. LAMAN WEB
10.1 Pautan luar
a. Jika mana-mana bahagian Laman Web ini menghubungkan anda ke laman web lain, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah Polisi ini dan kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang timbul daripada laman web tersebut.
b. Begitu juga, jika anda melanggan aplikasi, kandungan atau produk dari rakan industri kami dan kemudiannya memberikan Data Peribadi anda terus kepada pihak ketiga, Data Peribadi itu akan tertakluk kepada dasar perlindungan privasi / privasi pihak ketiga tersebut (jika ada polisi sedemikian) dan bukan kepada Polisi ini.
c. Kami mengesyorkan anda membaca dasar perlindungan data peribadi / privasi yang dipaparkan di laman web yang lain untuk memahami prosedur mereka dalam mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi sebelum menyerahkan ke laman web tersebut.
10.2 Cookies
a. Kami menggunakan standard teknologi industri yang dipanggil “cookies”. Cookie adalah maklumat kecil yang disimpan pada cakera keras komputer atau peranti anda untuk tujuan penyimpanan rekod dan digunakan oleh kami untuk mengesan kunjungan anda ke Laman. Cookies boleh digunakan untuk kemudahan semasa menggunakan Laman ini. Rangkaian pengiklanan pihak ketiga boleh mengeluarkan Cookie berasingan ke cakera keras anda semasa memaparkan iklan mereka.
b. Jenis data aliran klik tidak diperibadikan yang dikumpul oleh kami melalui cookie mungkin termasuk alamat Protokol Internet anda, perisian pelayar web, tarikh dan waktu lawatan ke Laman Web, dan sama ada permintaan anda (termasuk permintaan carian dan klik pautan ke bahagian Laman ) dipenuhi dengan berjaya. Semua maklumat yang dikumpulkan melalui cookie bukan Data Peribadi dan anda tidak boleh dikenal pasti dari maklumat ini. Maklumat sedemikian hanya digunakan untuk tujuan mengurus dan menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih baik di Laman Web.
c. Penggunaan cookie kini merupakan piawai industri, dan anda akan mendapati ia digunakan di kebanyakan laman web utama. Kebanyakan pelayar menerima cookies. Jika anda lebih suka, anda boleh menetapkan semula pelayar anda sama ada untuk memaklumkan, atau menolak untuk menerima cookie. Anda harus faham bahawa ciri-ciri tertentu di Laman tidak berfungsi dengan baik jika anda menetapkan pelayar untuk tidak menerima cookies.
d. Setakat mana yang cookie dianggap sebagai Data Peribadi, kami boleh memproses maklumat seperti yang ditetapkan dalam Dasar Cookie selaras dengan syarat-syarat Polisi ini.
11. MAKLUMAT HUBUNGAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi ini, atau mempunyai pertanyaan lanjut, atau ingin membuat aduan atau akses data atau permintaan pembetulan berkenaan dengan Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di butiran perhubungan di akhir polisi ini.
12. KONFLIK
Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Polisi Privasi Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Polisi Privasi Data Peribadi Bahasa Inggeris akan mengatasinya.
Salam Hormat
Hubungi terus Admin di sini;