Sepanjang berkecimpung dalam segmen pembangunan sosial, saya sering berhadapan isu kemurungan. Sewaktu terlibat dalam isu koreksional sekitar 2011 hingga 2013 juga terdapat beberapa masalah kemurungan yang terkait dengan subjek mahupun ahli keluarga disebabkan dugaan yang dihadapi. Namun ia tidak berhenti setakat itu, kerana dalam segmen gaya hidup masyarakat juga, kemurungan terus berlaku disebabkan pelbagai faktor cabaran kehidupan.
Penyakit Kemurungan Dalam Kehidupan Insan
Kemurungan adalah penyakit yang disebabkan pengaruh emosi. Ia mempunyai kesan yang amat kuat hingga mampu menyebabkan penyakit
fizikal, kronik, mental mahupun stress yang mengancam kesihatan jiwa dan nyawa.
fizikal, kronik, mental mahupun stress yang mengancam kesihatan jiwa dan nyawa.
Apa yang lebih membimbangkan, kemurungan mampu menjadikan individu yang mengalami sanggup memudaratkan keluarga, orang ramai mahupun membunuh diri sendiri, nauzubillahiminzalik.
Atas faktor tersebut mendapati masyarakat di Barat khususnya kini lebih serius dalam menangani isu kemurungan ini. Terdapat pelbagai platform perundingan atau khidmat nasihat pakar yang disediakan untuk merawat mereka yang menghadapi penyakit kemurungan. Mereka sedar implikasi sosial yang telah dilalui serta bakal dihadapi masyarakat sekiranya perkara tersebut tidak ditangani dengan sebaiknya sebelum membarah.
Kemurungan Dan Kaedah Penyembuhan Perawatan Islam
Solusi kepada penyakit kemurungan sudahpun terkandung dalam perawatan Islam sejak dahulu lagi. Bacaan ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah rukyah penyembuhan sememangnya telah terbukti lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah saintifik dan therapeutic yang dilaksanakan dunia moden Barat. Faktor tersebut jugalah yang menjadi asbab penghijrahan ramai masyarakat Barat memeluk Islam.
Perkara ini diakui para saintis dan profesional Barat yang menyelidiki agama dalam solusi menangani pelbagai penyakit. Melalui perbandingan serta kajian, kebanyakkan mereka akhirnya akur dan menerima Islam. Sesungguhnya, Al-Quran mendahului kehebatan saintifik masa kini dalam pelbagai aspek kehidupan. Antara ilmu yang terkandung merangkumi kaedah penyembuhan terapi Al-Quran dalam merawat penyakit kemurungan.
Penjelasan lanjut tentang penyakit kemurungan
boleh di rujuk dan di baca di laman ini >
boleh di rujuk dan di baca di laman ini >
Merawat Kemurungan Di Pusat Rawatan Al-Qayyum
Kini masyarakat kita mula sedar hakikat tekanan emosi yang boleh membawa penyakit kemurungan seterusnya mengundang pelbagai lagi kemudaratan kesihatan diri dan jiwa. Pusat Rawatan Al-Qayyum juga kerap menerima pesakit yang mengalami masalah kemurungan. Sama ada pesakit lelaki mahupun wanita, kaedah penyembuhan holistik Islamiah adalah solusi terbaik dalam merawat kemurungan.
Usaha yang istiqamah sepenuh keyakinan dari pesakit adalah resepi penting penyembuhan. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan berkesan memerlukan kerjasama erat antara pesakit dan perawat melalui sesi rawatan terapi Al-Quran antara 3 hingga 5 kali. Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya disembuhkan atau ditingkatkan kesihatan dengan izin Allah swt.
Justeru, sekiranya ada dikalangan pembaca yang dihormati berhasrat mendapatkan rawatan kemurungan diri atau mereka yang anda sayangi, adalah disarankan menghubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk rawatan
dari perawat yang berkelayakan dan berpengalaman.
dari perawat yang berkelayakan dan berpengalaman.
PUSAT
RAWATAN AL-QAYYUM
RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-k10 Ground Floor, Sri Meranti Apartmen
Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
Telefon:
Pejabat: 03 6263 7006
Ustaz Shakir Aqmal: 017 211 4745
Mu’alij Zain Misbah: 017 765 1747
Puan Hasnizan Razak: 017 297 9856
E-Mel: alqayyum.holistic@gmail.com
FB: Facebook.com/alqayyum2u
Blog: www.alqayyum2u.com
Waktu Rawatan
Isnin – Khamis: 9:00 pagi – 11:00 malam
Jumaat: Tutup
Sabtu: 9:00 – 6:00 petang

Seorang Digitalpreneur dan Content Writer. Berkongsi perspektif industri digital disamping jurnal peribadi, editorial dan dakwah. > PROFILE
Kaedah rawatan cara islam sekarang dah banyak kan. Memang digalakkan guna rawatan islam ni 🙂
pusat rawatan islam tidak hanya tertumpu kepada masalah yg melibatkan alam ghaib semata.. masalah rohani, masalah spiritual seperti ini juga boleh dirawat berlandaskan ajaran agama.. cuma bila masuk bab2 kesihatan jasmani dan alami, better ruju' kepada ahlinya..
macam macam boleh rawat ni.. 😀
jemput jenguk sini ya.. :D"
Terbaik informasi
perkongsian yg menarik.. harap x ada lagi mereka yg ambil jalan mudah bila hadapi kemurungan.. selain tu, boleh belajar tangani stress dengan sihat..
saya selalu juga murung tetapi saya lebih gemar untuk mengadu kepada Allah SWT dalam doa
alhamdulillah..
kaedah rawatan yang bagus..dulu masa dulu-dulu..pernah juga alami sebab mempunyai masalah keluarga..tapi alhamdulillah semakin okey.
kita manusia x kan dapat pernah lari dari masalah.. yg penting bagaiman cara kita menanganinya.. 🙂
terima kasih dengan info berguna ni..terbaik
mmg thorbaek..
nice sharing
terima kasih
Apakah ayat2 al-quran yang bole kita baca untuk memulihkan emosi di sebabkan kemurungan…sebab sy juga ada masalah kemurungan dan masih menjalani rawatan doktor tiap2 bulan…mohon ustaz saran kan ayat2 al-quran yang bole mengembalikan kesihatan rohania dan batiniah.