Kenji Chai Nippon Paint Malaysia

Seni Grafiti merupakan trend kreativiti yang semakin popular dikalangan generasi hari ini. Walaupun dikatakan telah bermula sekitar 1970an, tetapi kini ianya semakin diterima sebagai wadah kesenian dan kreativiti yang perlu dihargai dan diperkasa. Begitulah aspirasi Kenji Chai, artis grafiti profesional yang mula menempa nama dalam dunia seni tanah air dan persada antarabangsa.

Pada 30 Ogos 2016, saya telah bertemu Kenji Chai dalam sesi temuramah personaliti dari Sandakan, Sabah ini. Ia juga bertujuan mengetengahkan hasrat Nippon Paint Malaysia dalam menyokong usaha dalam memperkasa bakat dan aspirasi positif terutamanya kepada generasi muda terhadap kreativiti seni ini dalam pembangunan sosio-masyarakat kini.

Nippon Paint Malaysia,
 

Seni Grafiti Kenji Chai Dan Nippon Paint Malaysia

 
Rakan Nippon Paint Malaysia turut menjelaskan keistimewaan cat semburan Pylox yang diguna untuk menghasilkan grafiti. Pylox memenuhi pelbagai keperluan untuk kerja-kerja semburan cat yang berkualiti serta selamat untuk alam sekitar. Melalui ekspresi seni grafiti, ia mampu menyuntik semangat positif terutamanya kepada remaja berdasarkan teknik dan bimbingan sewajarnya.
 
Selain itu, Kenji Chai turut berkongsi aspirasi dan pengalaman pahit manis, bermula dari sekadar minat sehingga beliau mengambil keputusan berani untuk terlibat secara sepenuh masa dalam memartabatkan kreativiti seni ini sebagai kerjaya profesional.
 
Pelbagai cabaran yang dihadapi termasuk berhadapan dengan persepsi sesetengah masyarakat yang adakalanya menganggap ianya sebagai budaya vandalisme atau jenayah, namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.
 
 
Pylox, Kenji Chai, Nippon Paint Malaysia,
Kenji Chai, Nandos,
 
Saya juga berpeluang berkunjung ke salah satu lokasi seni grafiti hasil ciptaan Kenji Chai selepas sesi penerangan berakhir. Kami teruja melihat kehalusan hasil tangan beliau yang menjadi penghias dinding di salah satu lorong pusat perindustrian Ara Damansara. Berpeluang juga bergambar dan wefie berlatarbelakangkan graffiti sebelum memulakan sesi seterusnya.
 
Kenji Chai, Khir Khalid, Perspective Strategies,
 
Di sini, kami diberi penerangan lanjut tentang asas seni grafiti dan berpeluang mencuba teknik yang dikongsikan untuk merasai sendiri pengalaman melukis menggunakan cat semburan Pylox ini. Menghasilkan satu senilukis grafiti yang berkualiti bukan perkara mudah jika tiada ‘passion’ dan kesungguhan untuk mempelajari bakat dan menjiwai keseniannya.
 
Kenji Chai, Pylox,
Khir Khalid, Pylox, Nippon Paint Malaysia,
Kenji Chai, Grafiti, Pylox,
Kenji Chai, Grafiti, Pylox,
Mural, Kenji Chai, Grafiti, Pylox,
 
 
Antara hasil grafiti Kenji Chai yang hebat dan menginspirasikan adalah bangunan Nandos dan pelbagai lagi yang bertaraf profesional. Justeru, bagi anda yang meminati dan menghargai kesenian grafiti, jom berkunjung ke laman media sosial Kenji Chai untuk mengenali dan mengikuti perkembangan terkini karya seni daripada insan hebat ini.
 
Seni Grafiti Kenji Chai, Khir Khalid,
 
Kenji Chai
Fb Page: Kenji Chai
Instagram: mr_kenjichai
www.kenjichaistudio.com
 

Baca lagi > Kempen Clean Air Seni Mural Sunway REIT

 

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

19 Thoughts to “Seni Grafiti Kenji Chai Dan Nippon Paint Malaysia”

  1. Perghh..kalau dpt jie tgk cara beliau buat seni grafik ni..awesome la..

    1. Yup… bukan senang nak buat grafiti ni Jie… tangan, mata, minda dan hati kena kreatif.. 🙂

  2. grafity.. tapi apa yg membezakan antara seni dan vandalisme..

    1. Grafiti itu sendiri adalah cabang seni, dlm kata lain ialah seni mural… seni mencantikkan manakala vandalisme merosakkan.. klu cat bangunan plain je pun tak syok gak.. kena ada grafiti sikit baru cool hehee 🙂

    1. Tulah… bagi saya spray mmg takkan jadi la hehee 🙂

    1. Mmg kena ada bakat dan menjiwai apa yg nak di lukis kan… mmg cantik 🙂

  3. Hasil kreativiti lukisan graftiti menggunakan cat yg sgt cantik berseni…pelukisnya berbakat tinggi

    1. Betul tu.. cat yg bagus dengan bakat yg tinggi… kasilnya mmg boom! kan.. 🙂

  4. Mau tak seronok dapat tengok diorang nukis.. Memang teruja habis kalau dapat tengok dengan mata sendiri ni..hehe

    1. Betul tu… kdg2 mcm tak percaya bila tengok lukisan mcm ni hasil kerja tangan… mmg berbakat… seronok.. 🙂

  5. ya Allah cantiknya, anugerah dan bakat diberikan kpd sesorg harus tidak disiakan….

  6. Comelnya ekin pun minat grafiti ni hihihihihi

  7. pergh, nak lukis yang atas kertas pun x mampu. ni lagi grafiti sebesar alam tu. hebatnya!

  8. […] Baca lagi: Seni Grafiti Kenji Chai Dan Nippon Paint Malaysia […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.