Colours of Life usahasama Nippon Paint dan Urbanscapes

Baru-baru ini saya berpeluang menjelajah ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur yang memaparkan hasil kesenian mural usahasama Nippon Paint Malaysia dan Urbanscapes bertemakan Colours of Life.

Mengetengahkan hasil seni ‘masterpiece’ artis-artis tempatan seperti Suzy Sulaiman, Fritilldea, Nassuha dan Condimentstrings, dengan adunan trend warna dalam siri Nippon Paint Trend Beyond Colours 2020/21 yang baru dilancarkan.

Ia juga diadakan bersempena Festival Seni Urbanscapes yang ke-17 bermula 16 sehingga 24 November 2019.

Nippont Paint and Urbanscapes - Suzy Sulaiman, Fritilldea, Nassuha, Condimentstrings @ Lorong Panggung, Kuala Lumpur.

Inspirasi Warna Colours Of Life

Saya turut berpeluang mengenali artis-artis yang terlibat serta mendengar penjelasan tentang mesej setiap mural yang dihasilkan.

Seni mural ini juga bertujuan menghargai dan menceriakan persekitaran yang mempunyai sentimen bersejarah seperti di Medan Pasar, Lorong Panggung, Lorong Bandar 13 dan Jalan Tun HS Lee.

Selain itu, ia juga menjadi satu platform pendekatan unik dalam menyuntik inspirasi kepada masyarakat terhadap seni dan kreativiti. Teruja melihat hasil seni mural yang insta-worthy ini.

Colours of Life - Main-Main Media: Interactive Park by Suzy Sulaiman @ Medan Pasar, Kuala Lumpur.

Main-Main Media: Interactive Park – Suzy Sulaiman

Taman permainan interaktif oleh Suzy Sulaiman terletak di Medan Pasar. Dihasilkan dengan kombinasi kayu, plywood dan trend warna ‘Raw Beauty’, ia direka untuk menghubungkan pelbagai lapisan masyarakat dan umur, disamping menceriakan persekitaran kotaraya.

Balance – Fritilldea

Terletak di Lorong Bandar 13, seni mural oleh Fritilldea ini melangkaui dinding dan lantai dan memberi maksud keseimbangan. Ia dihasilkan menggunakan trend warna ‘Precious Tale’, mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia merangkumi makanan dan masyarakat.

Colours of Life usahasama Nippon Paint dan Urbanscapes - Balance by Fritilldea @ Lorong Bandar 13, Kuala Lumpur.
Colours of Life Nippon Paint and Urbanscapes - ReconnectKL by Nassuha @ Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.

Reconnect KL – Nassuha

Seni mural oleh Nassuha mencerminkan budaya warga kota berjudul ‘ReconnectKL’. Terletak di Jalan Tun HS Lee menggunakan trend warna Gentle Wisper. Ia selaras dengan penyampaian mesej melalui warna yang lembut tetapi terselit misteri menarik untuk dirungkai.

B-Loom – Condimentstrings

Kombinasi rangka besi dan berbagai jenis tali yang dihasilkan melalui pelbagai teknik dan warna, ‘B-Loom’ menyerlahkan keceriaan Lorong Panggung menggunakan trend warna ‘Pop Life’ seterusnya mengubah suasana lorong yang suram dengan aura warna bertenaga.

B-Loom by Condimentstrings @ Lorong Panggung, Kuala Lumpur.

Nippon Paint Trend Beyond Colours 2020/21

Sebagai individu yang meminati seni, ia antara input menarik buat diri ini dalam mengenali bakat-bakat seni disamping melihat hasil karya berdasarkan siri Nippon Paint Trend Beyond Colours 2020/21.

Ia turut mengetengahkan komitmen Nippon Paint Malaysia dengan usahasama Urbanscapes dalam pembangunan masyarakat melalui inspirasi seni. Seronok juga bergambar untuk diabadikan di Instagram.

Justeru, hasil seni Colours of Life ini boleh dikunjungi bermula 16 hingga 24 November 2019. Info lanjut di Urbanscapes.com.my/events.

Baca lagi: Seni Grafiti Kenji Chai Dan Nippon Paint Malaysia

5 Thoughts to “Colours Of Life: Aspirasi Seni Nippon Paint Dan Urbanscapes”

  1. cantik nian perpaduan warna warni itu mungkin cocok aku aply in my classroom wall

  2. Marzuki Rmn

    Inisiatif mcm ni mmg bagus, secara tak langsung suntik suasana positif pada tempat2 yg suram dan mungkin terbiar. Mmg cantik juga utk bergambar ni.

  3. Cantik semua lukisan artis bermain warna harmoni menyeri suasana kotaraya

  4. Mainan warna atau pemilihan warna melambangkan jiwa atau peribadi seseorang..itu kata cikgu seni PC dulu zaman sekolah.Sangat berseni.Cantik.Suka tengok.

  5. warna2 menarik bukan sahaja membantu menceriakan suasana tp juga dpt menaikkan mood seseorg

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.