Wukuf Arafah, Kenangan Haji dan Umrah,
Kenangan musim Haji, bilakah dapat bertamu lagi. Setiap kali hadir Aidiladha, hati ini pasti sayu. Tambahan pula diwaktu kini, internet dan laman sosial begitu cepat membawa perkhabaran berserta
gambar yang bercerita tentang suasana. Bertambah sayu melihat ribuan umat yang berpeluang menyahut seruan Illahi, melaksanakan ibadah Haji dengan sepenuh tawaduk dan kekhusyukkan.
 

Kenangan Ibadah Haji Dan Umrah

 
Kenangan musim Haji tahun 1989 menjadi titik ingatan apabila aku berpeluang untuk bertamu ke Baitullah. Waktu itu saya masih muda. Baru berusia 13 tahun.. begitu pantas masa berlalu…
 
Wukuf Arafah
Gambar kenangan wukuf di Arafah
 
Justeru itu, pada tahun ini bersempena hari mulia Aidiladha, saya berkongsi sedikit gambar kenangan bukanlah bertujuan riak, sebaliknya untuk memahat doa kami sekeluarga agar dipermudahkan untuk menyampai bertamu sebagai tetamu Allah pada waktu yang mendatang… in shaa Allah.
 
Pembesaran Masjid An Nabawi, Madinah,
Pemandangan dari balkoni hotel melihat
Masjid An Nabawi, Madinah Al Munawwarah
yang sedang dalam pembinaan untuk diperbesarkan dan
Kubah Hijau (bulatan) yang menempatkan makam Rasulullah saw.
Kubur Para Sahidin, Madinah Al Munawarrah,
Permandangan perkuburan para syuhada di zaman Rasulullah saw
Madinah Al Munawwarah
 
Sempena Aidiladha yang mulia ini juga, saya memohon dan berdoa semoga kita semua dapat dipermudahkan dan beroleh jalan yang terbaik untuk mengerjakan haji nanti.
 
Kepada sahabat-sahabat dan juga para pembaca yang sedang berjuang menjalankan ibadah haji pula, didoakan semoga diberi kemudahan serta beroleh haji yang mabrur.. amin.
 
 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
 
 

5 Thoughts to “Kenangan Musim Haji, Moga Dapat Bertamu Lagi”

  1. Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

  2. Vee Sandi

    aaamin . insha Allah akan sampai masanya utk kita nanti jadi tetamu Nya di sana … proton again .

  3. Wan

    Rindu kepada bumi anbia’,
    Tanam tekad terus berusaha.
    Apabila sampai saat dan ketika,
    Jejak jua kaki ke sana.

  4. nusa penida tour

    ya rabb.. semoga saya pun bisa kesana… aamiin…

  5. […] Berkaitan : Amalan Rasulullah Ketika Sa’iArtikel Berkaitan ; Kenangan Musim Haji, Moga Dapat Bertamu Lagi.    Khir […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.