Hollywood Inside Out. Petang tadi, saya terbaca satu artikel tentang pelakon Hollywood yang pernah saya jumpa. Lantas terpanggil berkongsi pengalaman lebih setahun yang lalu. Saya menghadiri satu program temubual bersama seorang pelakon Hollywood bernama Reshad Strik dalam segmen Hollywood Inside Out anjuran Crescent Collective sebuah badan amal yang diadakan di Urban Village, Bangsar.
Hollywood Inside Out | Urban Village
lain, namun beliau adalah seorang Muslim. Hollywood merupakan tapak percaturan kerjaya untuk maju mengasah bakat dalam bidang yang diminatinya sejak kecil.
Antara filem lakonannya adalah Hill Have Eyes 2 (2007), 3 Apartments (2010), Cross Roads(2013) dan banyak lagi yang boleh dirujuk di SINI. Beliau juga pernah bergandingan bersama Jessica Simpson didalam klip videonya, A Public Affair.
Di Hollywood, walaupun masyarakat bersikap toleransi dalam menghormati amalan kebebasan beragama, namun peranan media dan politik yang meletakkan kesangsian terhadap Islam kerana
isu-isu keganasan global, sedikit sebanyak membuatkan ramai yang sangsi terhadap Islam.
Peranan Kita Sebagai Khalifah Dalam Menyuburkan Islam
Pada masa kini Muslim di Hollywood sedang bertungkus lumus berusaha menyuburkan syiar Islam melalui prestasi bakat dan contoh tauladan kepada masyarakat yang majoritinya tidak langsung memahami Islam. Kita di sini pula ada diantaranya yang terlebih-lebih terpengaruh dengan ideologi dan budaya bebas Hollywood sebagai ‘trendy’ moden. Ia amat memalukan!
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.
Sama2 ambil iktibar =) bguslah..dng minat dia tu..tp ttp pntgkn agama islam..muslim di sini..rasanya agak terkilan la..pengaruh dan ikutan yg xelok suka sgt diikut..rsanya semua tu perlu diubah kalau nk tunjuk contoh yg baik kpd kaum serta agama lain
Mmg betul tu.. semoga kita semua ttp berada diatas jalan yg lurus & diberkati.. amin.
kita ambil iktibar dari semua ini..
In shaa Allah Kathy.. semoga kita semua juga ttp berada diatas jln yg lurus & diberkati.. amin.
salam en khir….cerita cross road yg berlakon dengan britney spear tu kan….
xsangka ye dia islam….hensem juga ye….heheh mcm maher zain
A ah betullah tu.. hensem mcm maher zain eh hehee.. tp orgnya pemalu juga rupanya 😀
Baru tahu yang dia ni islam Khir. Apa budaya, apa bangsa tetap ada yang buruk dan baiknya. Ambik yang baik dan positif saja, Yang negetif kita tinggalkan. Info-info di sini best .
Betul tu.. perkara yg baik kita ambil tak kiralah dari siapa pun, tp klu yg buruk walaupun dari org baik, patut kita jauhi.. T kasih kak Lynn.. 🙂