Seminar CIIS di Langkawi – Pada 18 dan 19 Disember 2013, saya terlibat menguruskan seminar antarabangsa di Hotel Bayview, Pusat Bandar Kuah, Langkawi. Saya amat berbesar hati apabila ditawarkan peluang oleh pakcik saudara, seorang yang berpengalaman dalam bidang ‘event management’ untuk menimba pengalaman dalam menguruskan acara rasmi seperti ini.
Seminar antarabangsa “Centre of Interdisplinary and Integritive Studies” (CISS) ini adalah yang pertama kali dianjurkan. Ia merupakan seminar ilmiah bertukar pandangan dan pendapat tentang elemen yang boleh mempengaruhi kestabilan dan keharmonian masyarakat serta negara. Ia dikupas dan dibentangkan dari sudut sains tentang ekonomi, perniagaan, kewangan, kesihatan dan sosial berdasarkan kajian serta fakta oleh ahli-ahli pemikir yang mengambil bahagian.
Peserta seminar terdiri daripada ahli akademik, profesor, doktor dan pensyarah berpengalaman dari universiti tempatan dan antarabangsa. Turut serta memberi hujah pandangan adalah Prof. Dr. Chandra Muzaffar yang merupakan ahli pemikir dan aktivis yang dihormati.
Seminar CIIS – Centre of Interdisplinary and Integrative Studies
Kenangan Seminar CIIS Di Langkawi
Mengimbau kembali kenangan, kami bertolak ke Langkawi pada 17 Disember dan tiba pada sekitar jam 11:30 pagi melalui penerbangan MalindoAir. Persiapan untuk acara tersebut terus dilakukan sejurus tiba. Ada diantara kami yang perlu berpengkalan di lapangan terbang untuk menunggu ketibaan peserta-peserta seminar demi memudahkan mereka ke tempat penginapan masing-masing. Sebagai satu perkidmatan yang terbaik, dua rakan kami sentiasa menunggu ketibaan peserta sehingga penerbangan yang terakhir pada hari itu.
Urusan saya pula berpusat disekitar hotel dan dewan seminar bagi membantu memastikan segala persiapan. Setelah selesai, saya bergerak semula ke lapangan terbang untuk mengambil rakan-rakan di sana. Dengan memandu MPV sewa jenis Avanza, jalanraya Langkawi kami redah.. pehh seronok memandu kenderaan sewa di tempat orang.. Sempat juga pekena cendol Langkawi.. memang best.. senggattt lah!
Segala persiapan kami selesai diawal pagi 18 Disember, tidur sekadar yang cukup untuk acara yang akan bermula jam 8 pagi. Berdoa didalam hati agar segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar serta terurus seperti yang diharapkan…
Selesai solat subuh, bersiap dan bersarapan dengan hidangan hotel yang “marvelous”, seminar bermula dengan sesi pendaftaran dan dirasmikan oleh Yang Berhormat kawasan Langkawi. Seminar hanya berhenti seketika untuk minum ringan, makan tengah hari dan minum petang sebelum berakhir pada jam 6 petang dengan penuh intipati ilmiah. Tidak habis disitu, pada sebelah malamnya, kami membawa tetamu seminar beramai-ramai untuk menikmati hidangan makan malam yang sungguh menyelerakan di FishFarm Restaurant. Makanannya hebat, suasana tempatnya juga sungguh menawan dan cukup mempersonakan… pelanggan puas, kami pun lega.. 😀
Pada keesokan hari, seminar berlangsung semula tepat jam 9 pagi dengan pelbagai isu yang cukup membuka minda, sehingga melabuhkan tirai pada jam 1:30 petang. Maka dengan itu, urusan kami untuk sepanjang acara itu dijalankan juga berakhir dengan jayanya.. alhamdulillah. Apa lagi.. dengan waktu yang terluang, sempat juga menerjah ke kompleks bebas cukai Haji Ismail Group (HIG), beli coklat, buah tangan dan bersiar-siar ke kawasan berdekatan sebelum ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat Air Asia jam 10:30 malam.
Rambang mata tengok coklat kat sini.. murah-murah.. Tak nak letak gambar coklat, takut kempunan bila tengok hehee 😀 |
Di lapangan terbang, kami dapat berita bahawa penerbangan kami telah ditunda. Lebih 2 jam juga kami menunggu. Terkial-kial duduk di “boarding room”, menunggu pesawat yang lewat disebabkan masalah cuaca di tempat lain. RM 10:00 duit aku habis melayan kerusi urut yang disediakan di situ.. layan mengurut untuk mengisi masa menunggu dengan penuh kesabaran. Sehingga hampir jam 1 pagi, barulah kami dapat menaiki pesawat untuk pulang.
Pampasan Air Asia kepada semua penumpang akibat kelewatan pesawat.. bijak marketing dia orang sebelum customer naik angin 😀 |
Penghargaan Seminar CIIS di Langkawi
Kesempatan ini saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan untuk terlibat menguruskan seminar ini. Selain menimba pengalaman dalam mengendalikan acara rasmi bertaraf antarabangsa, saya juga dapat menimba ilmu “first hand information” tentang ideologi insan, konsep Islam dalam kehidupan dan pandangan sahih tentang isu-isu masa kini dari para cendakiawan yang berkelayakan. Disebabkan saya berada di dalam dewan hampir sepanjang seminar untuk memudahkan segala keperluan peserta, ia secara tidak langsung mencetus inspirasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga satu hari nanti.. in shaa Allah. Manalah tau, ada rezeki boleh dapat gelaran Prof. Dr Khir Khalid huhu.. 😀
Terima kasih juga buat sahabat-sahabat seperjuangan Arif, Nazri dan Ina diatas kerjasama penuh kemesraan sepanjang acara seminar ini dijalankan. Semoga ukhwah silaturrahim kekal dan sentiasa subur dengan keberkatan yang berpanjangan.. aamiin.
Selain itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih untuk rakan-rakan para pembaca sekelian diatas kesudian membaca catatan pengalaman ini.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
pengalaman yg berguna dan menyeronokkan….akak tumpang gembira dah lah…hehe
T kasih kak Ozie.. 🙂
wahh langkawi.. ada ole2 coklat tak? hehe..
first time dengar air asia bagi pampasan utk flight delay.. harap2 dapat jugak la nanti kalau flight sy delay nanti.. hehehe
Mesti ada coklat hehee… & klu boleh jngnlah delay2 apa2 flight pun.. letih menunggu.. 😀
pengalaman yg menarik En.Khir…
T kasih Ikhwan.. 🙂
Alhamdulillah…selesai sudah…semoga semuanya bermanfaat dan mendatangkan kebaikan
In shaa Allah.. aamiin. T kasih Zila.. 🙂
En khir pg lngkawi..ada bwk blik coklat x..hehe.mesti serono, dpt berkumpul di seminar dgn kawan2 seperjuangn kan ^_^
Klu ke langkawi, x sikit bnyk mesti beli coklat.. klu x akan rasa rugi je tau hehee.. 😀
wow..best,,sekurang2nya dapat gak melihat2 tmpat orng
Alhamdulillah kak Tie.. tengok tmpt org smbil tmbah2 kenalan.. 🙂
wahh pengamalan yang berharga bro khir lalui.. respect ^_^
T kasih Acik.. 🙂 😀
langkawi. pos sikit coklat. hehe pengalaman yang indah 🙂
Hehee.. mmg bnyk coklat.. t kasih Asha.. 😀
wah en khir, sambil menyelam minum air… 🙂 bestnya langkawi, mama belum pernah sampai pun lagi..
Hehee.. nasib baik x sempat nk menyelam scuba diving je kt sana tu.. 😀 😀
alhamdulillah..selesai sudah..moga khir terus berjaya..
In shaa Allah.. aamiin.. T kasih Kathy.. 🙂
pengalaman yang menarik…tahniah.
T kasih saudara Khairuddin.. 🙂
selamat berblogging…salam Ukhwah selalu…
Salam ukhwah juga.. 🙂
alhamdulillah, pengalaman yang sangat berguna kan khir…
bestnya….semoga khir terus maju dalam bidang yang diceburi….amiinnn 🙂
In shaa Allah, aamiin.. t kasih Ika.. 🙂
nampak memang menarik.. menuggu lama mmg boleh buat customer marah, tp gaya mcm tu nak mrh pun xjadi. hehe.. semoga sukses selalu en.khir.. :))
Mmg betul.. jadi seronok pulak dpt makanan hehee.. T kasih Wawa.. 🙂
Well Done Khir…Experience that you can never be bought at somewhere else….
Thanks Raudzah.. mudah2an membawa kebaikan.. in shaa Allah.. 🙂
Churp-chrup, INTI and Ilovemobile for you!!!!
Thanks Raudzah.. 😀
datang lagi…datang lagi…hehe 🙂
Thanks Sue.. 😀
pengalaman terbaik tu. Aduhaii, rindu nak balik kampung. mak hari ni baru je gerak ke Langkawi jenguk Tok -tak sihat katanya… nak daim! hehehe
Hehee.. orang Langkawi rupanya.. sy suka langkawi, coklat banyak & cendolnya pun sedap.. best.. 😀
Terima kasih aas lawatan tempoh hari..semoga persahabatan kita terus kukuh…
Ukhwah kukuh dgn penuh berkat.. aamiin. T kasih juga.. 🙂
beruntung abg khir dapat pi sana. Pengalaman berharga itu sudah pasti kan. By the way, marrybrown tu nampak macam best jee hehehe. Dah mula kempunan dah ni hahahah 😀
Alhamdulillah.. mudah2an membawa kebaikan.. aamiin.
Hehee.. sedap juga melayan marrybrown tu.. 😀 😀
lama fizi x datang singgah sini 🙂 salam hujung minggu..padahal esok dh kerja..huhuh
X pe.. ukhwah ttp berkekalan & t kasih sudi singgah.. 🙂 🙂
Wah best banget uncle gi langkawi hee~~~ 😀
Hehee.. mmg best, cuma sayang sbb waktu terlalu singkat.. klu x lagi jauh berjalan2.. 😀
mendengar dan memahami pemikiran mereka dpt beri motivasi serta kesedaran . itulah yg plg mahal dan berguna . x tunjuk coklat ? waaaa x aci tul .
Mmg betul tu Vee.. bersemangat pulak..
X smpi hati nk tunjuk coklat hahaa.. 😀 😀
Dapat pengalaman. Dapat ilmu. Menarik. moga dapat berkongsi ilmu juga. Hehe.
In shaa Allah, mudah2an.. t kasih IM.. 🙂
salam..
wow bestnya bro khir..dpat experince pngurusan event..saya pun suka kerja mcm tu..walaupun rumit tapi puas..yg penting dpat bjalan ke tempat lain luaskan padangan..
jumpa Prof. Dr. Chandra Muzaffar ..selalunya tgok tngok prof kat tv..suka ulasan mngenai isu politik yg diberikan..bertuah badan ya.. bro khir 🙂
ha..ha,, bab pujuk2 memujuk air asia memng terbaik..:)
Alhamdulillah..mudah2an pengalaman tu dpt membawa kebaikan dimasa2 akan dtg.. in shaa Allah.. 🙂
Air asia bijak memujuk rayu hehee.. 😀
Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan jayanya. Tahniah En Khir.
Alhamdulillah.. t kasih Fidah.. 🙂
dapat attend event macam nie memang terasa nak sambung belajar…. sy doakan suatu hari nnt dpt lah title prof dr… sy tak terfikir lagi nak buat phd plak… hehe….
Entah ye ke tak saya boleh dpt title tu huhu.. in shaa Allah, mana tau kan hihii.. 😀
Assalammualaikum.. khir.
wah seronok dapat jalan2 gi langkawi naik kapal terbang.. mselim3 naik kapal terbang sekali pun tak pernah.. heheh
mselim3
pls: kena cuba gak naik kapal terbang tak tahu bila..
Waalaikummussalam Mselim3… alhamdulillah.. seronok juga. Skrng tiket bnyk waktu yg dah murah, ada waktu2 yg hanya RM57/-, bila ada sambar je.. jln2 kat awan hehee.. 😀
wah pengalaman yg terbaik ni..ilmu dpt pengalaman bertambah..bestnyer..:)
Mmg betul tu Mime.. alhamdulillah.. jadi satu kenangan juga.. 🙂
moga impian terlaksana..yumida doakan yg terbaik buat saudara khir
tringin nak ke langkawi..honeymoon ker…hihihi
Tempat yg bagus juga utk honeymoon.. brg2nya pun x berapa mahal.. mmg berbaloi.. 🙂
ilmu dapat, pengalaman pun dapat… 🙂
Alhamdulillah pn Maria.. 🙂
kalau pergi langkawi, kalau x ke ismail group tu, x sah.. heheh
betul tu Pha Is.. minyak gamat pun murah2 jugak hehee.. 😀
bnda wajib beli kat langkawi:minyak gamat, coklat, dan rokok.. hahaha
Mmg betul.. yg x merokok pun kena bawa rokok kekawan sbb quota hahaa.. 😀
bestnya
tak lama lagi dpt jadi prof
insyaallah
Aamiin.. in shaa Allah.. kena mulakan dgn angan2 kan.. 😀
semoga tercapai hasrat untuk dapat gelaran Prof. Dr Khir Khalid…
huh.. in shaa Allah.. aamiin.. 🙂 🙂
owh…Air Asia delay dia ade bagi pampasanek..Thats god..dia kena jaga penumpang yang dia ada sebelum dorang semualari naik Malindo..hahaha
Regards,
-Strider-
Hahaa.. mmg Air Asia pandai memujuk.. 😀 😀
hahaha..datang lagi klik inti…hehehe
last skali dtg sana sbb ada kursus usahawan.. memang menarik program ni. melancong sambil kutip ilmu 🙂
Alhamdulillah nina.. kerja smbil belajar & jln2.. 😀
dapat timba pengalaman kan khir..seronok !
Alhamdulillah.. kenangan yg mmg menyeronokkan.. t kasih eda.. 🙂
Hebat! Bukan calang-calang orang Tuan Khir ni.
hehee.. biasa2 je cikgu Helmi.. t kasih.. 😀
Lepas ni boleh sambung semula aktiviti berblogging la Khir 🙂
Alhamdulillah, in shaa Allah kak Lynn.. 😀
lame juga delaynye ye.. seb baik di beri pampasan juga bagi penumpang2x tak 'panas'
syukur semuanya mudah & selamat selesai kan
Alhamdulillah.. selesai semua dgn jayanya.. 😀
sungguh menarik pengalaman yang dilalui oleh khir di sana ya.. hebat dapat hadiri seminar itu.. menabung 10 inti & 2 transitions untuk khir.. terima kasih menabung untuk birthday aiza.. tak sangka tarikh lahir kita sama ya.. 😀
wah……best.
CISS ni kalau join CoP (Committee of Practice) Knowledge Management mesti best. Banyak idea dikupas dan boleh di share. Bagus seminar macam ni.