1 September 2020 bermula penglibatan saya sebagai Kolumnis Utusan Malaysia.
Alhamdulillah, artikel pertama saya telah pun diterbitkan pada tarikh tersebut di akhbar Utusan Malaysia. Secara tidak langsung, ia menjadi salah satu lagi fokus penulisan dalam berkongsi perspektif dan realiti pemasaran di aliran perdana sebagai saya kolumnis Utusan Malaysia.
Penglibatan ini merupakan satu peluang untuk saya menambahbaik aspirasi penulisan dan profesionalisme dalam lapangan kerjaya yang diceburi lebih 20 tahun ini.
Selain itu, ia turut menjadi platform untuk melatih kemahiran menulis melalui penyampaian yang lebih baik. Malah, ia juga satu pendedahan yang berbeza dari beberapa portfolio menulis sebelum ini.
Kini, selain menulis di laman web ini dan beberapa platform digital industri, saya juga akan berkongsi input pemasaran untuk terbitan Utusan Malaysia pada setiap Selasa dalam segmen Ekonomi.
Kolumnis Utusan Malaysia
Sejak sekitar penghujung 2019, saya telah memulakan inisiatif baharu dalam mengintegrasi arah tuju penulisan blog kepada fokus penglibatan kerjaya sepenuhnya.
Ia juga atas saranan dan inspirasi daripada beberapa rakan industri yang turut memanfaatkan ruangan digital seperti laman web dan blog untuk berkongsi perspektif dalam niche tertentu.
Maka saya mula memanfaatkan potensi ruangan digital seperti laman web dan blog ini kepada pengisian yang lebih releven dengan aspirasi kerjaya. Penglibatan sebagai kontributor Marketing In Asia, juga membantu menyokong ‘niche’ yang sama.
Selain itu, pengalaman mengendali beberapa laman web pelanggan industri dan perniagaan juga menjadi faktor pencetus untuk sentiasa menambahbaik usaha penulisan untuk capaian prospek pasaran. Melalui peluang ini, ruangan akhbar dan portal Utusan Digital juga turut menjadi landasan berkongsi perspektif kepada pembaca industri dan masyarakat umumnya.
Implikasi krisis pandemik juga turut menjadi faktor untuk memperkukuhkan lagi penglibatan menulis apabila ia menyaksikan pelbagai kesan terhadap kita dan masyarakat seluruhnya, termasuklah peralihan budaya kerja dan trend pasaran tempatan serta global.
Perspektif Pemasaran
Kini, sebagai antara individu yang pernah melalui beberapa fasa perubahan pasaran daripada dunia analog kepada era ekonomi digital hari ini, ia juga satu penghormatan atas peluang menulis di akhbar berbahasa Melayu yang tertua ini.
Justeru itu, penghargaan terima kasih atas kepercayaan semua. Segala amanah dan sokongan menjadi inspirasi untuk terus maju.
Mudah-mudahan setiap pengisian mempunyai nilai tambah yang bermanfaat kepada pengukuhan modal insan semua pembaca, in shaa Allah.
Baca lagi: Fb Live: Mahasiswa Dan Sistem IR 4.0
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
HEBAT Tahniah dik KK Alhamdulillah moga makin sukses dan pembaca beroleh manfaat perkongssiannya…amat berbangga mengenali persona insan hebat tapi amat low profile
Tahniah tuan. Sudah baca dan terima kasih atas input yg dikongsikan. Dengan bakat dan landasan yg ada ini, insyaAllah akan terus maju.
Alhamdulillah.Tahniah Tn.Satu lagi langkah baru.
wahhhhh hebatnyaaaa… acaner dlm jd kolumnis ni? cite laa sket… sy minat jg nk jd mcm ni 😉
tahniah bro KK.. satu lagi tahap pencapaian yang membanggakan.