BioNur, Virtus Global Sdn Bhd

Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi input dalam sesi pemasaran digital untuk sebuah syarikat pengeluar sabun pencuci jenama BioNur. Antara fokus pengisian adalah tentang elemen pemasaran media sosial ‘Through the Line Marketing’.

BioNur adalah jenama sabun pencuci serbaguna keluaran Virtus Global Sdn Bhd. Merupakan produk keluaran bumiputera yang sedang berkembang maju dan mensasarkan untuk menjadi pengeluar produk kegunaan harian tersohor di Malaysia dan global.

Sesi pengisian pemasaran digital ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh pengetahuan warga Virtus Global Sdn Bhd tentang realiti pemasaran digital terkini.

Sesi Pemasaran Digital

Pemasaran digital mempunyal landasan dan cabang yang semakin berkembang dalam arus kemajuan era Revolusi Perindustrian 4.0.

Pengurusan pemasaran kandungan, platform digital dan media sosial merupakan faktor yang perlu dirangka sebaiknya. Melalui sesi ini, saya turut berpeluang mengetengahkan pelbagai struktur dan elemen yang terkait dalam perkembangan pemasaran terkini.

Penjelasan menyeluruh tentang segmen pemasaran merangkumi Above the Line’, Below the Line’ dan Through the Line’ juga menjadi faktor penting dalam merangka pemasaran yang kos efektif dan membantu capaian prospek pasaran yang strategik.

Aspirasi Pemasaran Bersama BioNur, Virtus Global Sdn Bhd, Agen Pengedar Rasmi BioNur.

Sabun BioNur Kualiti Bermutu Tinggi

Penghargaan terima kasih kepada Virtus Global Sdn Bhd atas kepercayaan yang diberikan. Moga input ini dan seterusnya dapat memberi nilai tambah dalam memperkukuh potensi pasaran.

Selain itu, saya turut berpuas hati dengan hasil cucian sabun BioNur ini setakah mencubanya di rumah. Selain mencuci kotoran degil pada pakaian, ia juga boleh membersih lantai, perabot, rantai basikal, enjin kereta serta pelbagai lagi tanpa perlu penat menyental.. sangat berbaloi dan menjimatkan.

Produk yang bermutu dengan hasil yang terbukti berkesan, mampu membuka potensi untuk berkembang lebih jauh. Ingin mencuba? Anda juga boleh dapatkan sabun BioNur secara online di Shopee melalui pautan di bawah.

Order di sini > [Ready Stock] BIONUR Sabun Pencuci Serbaguna.

Baca lagi: Membina Potensi Pasaran Media Sosial

Subscribe Newsletter untuk artikel-artikel terkini.

4 Thoughts to “Sesi Pemasaran Digital BioNur (Virtus Global Sdn Bhd)”

  1. Perkongsian ilmu dimanfaatkan bersama Alhamdulillah

  2. belum penah jupa pulak produk BioNur ni di pasaran… ke cuma jual online je?

  3. Pemasaran digital sekarang menjadi satu kunci yang membukan banyak pintu pada apa sahaja bidang dan cabang perniagaan.

  4. […] masyarakat sejagat. Kini, permintaan produk atau jenama yang menyokong faktor kesejahteraan seperti penggunaan bahan organik dan pemuliharaan alam sekitar semakin meningkat drastik di pasaran […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.