Peralihan Trend Pasaran Era Internet Kebendaan (IoT) – Sejak bermula krisis Covid-19 sehingga ke hari ini, kita telah melalui pelbagai dugaan yang membawa kepada perubahan ‘norma baharu’ dalam rutin kehidupan dan bermasyarakat. Krisis ini juga turut mengubah landskap cara kerja global dalam kemunculan era Internet Kebendaan (Internet of Things – IoT).
Era IoT telahpun bermula sekitar tahun 2016 selaras kemunculan revolusi perindustrian ke-4 (IR 4.0) yang menjadikan platform digital sebagai nadi ekonomi dan industri. Ia menggantikan era teknologi informasi (IT) dan eletronik dalam arus revolusi industri ke-3 sebelum ini.
Peningkatan kesedaran orang ramai terhadap potensi kemudahan digital juga merupakan kesan drastik daripada krisis ini. Kini, semakin ramai sudah mula menerima kelebihan platform ‘online’ bagi memudahkan pelbagai komitmen kerjaya dan kehidupan.
Peralihan Trend Pasaran
Jika sebelum ini ramai pihak memandang sebelah mata tentang kelebihan dunia digital. Sehinggalah krisis Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita dipaksa memahami kepentingan dunia digital ini.
Sebenarnya, sejak bermula IR 4.0 lagi telah menandakan fasa baharu kepentingan digital dalam peralihan era IoT yang dicetuskan oleh kemajuan teknologi seluruh dunia. Kemunculan krisis wabak ini sebenarnya telah merancakkankan lagi peralihan trend tersebut secara drastik.
Dalam tempoh kurang tiga bulan sahaja, penglibatan orang ramai terhadap webinar, mesyuarat, perniagaan dan pembelajaran melalui platform seperti Zoom, Google Classroom, dan media sosial menjadi perkara biasa. Tanpa memerlukan perjumpaan secara fizikal, ia adalah pilihan komunikasi terbaik yang menjimatkan dan selamat.
Suka atau tidak, dunia hari ini memerlukan kuasa internet sepertimana kuasa enjin, eletronik dan informasi yang telah dicetuskan oleh IR pertama hingga ke-3. Ia juga antara faktor yang menyumbang kepada tiga asas perubahan tingkahlaku pengguna dan peralihan trend pasaran era IoT dan norma baharu.
Pendedahan Fizikal Kepada Pengalaman Maya – Pengalaman PKP atau kuarantin di sesetengah negara dunia telah menjadi pemangkin menyuburkan lagi potensi perhubungan dalam talian. Ia secara tidak langsung telah mendidik sebahagian besar pengguna untuk beralih dari pendedahan secara fizikal kepada pengalaman maya dalam pelbagai urusan kerja dan kehidupan.
Melalui (physical exposure to virtual experience) ini telah memberi cabaran besar bagi kebanyakkan para peniaga tempatan semasa PKP disebabkan ketidaksediaan mereka dalam menyediakan kemudahan e-dagang berbanding pasaran antarabangsa. Ini menyaksikan kenaikan produk dari luar seperti China melalui kemudahan online marketplace yang telahpun bersedia sebelum krisis berlaku. Persediaan mereka pada awalnya adalah bagi memenuhi keperluan IR 4.0 dalam mendepani era IoT.
Namun, ia telah membantutkan permintaan produk-produk tempatan sehingga memaksa sebahagian besar usahawan dan para peniaga kita untuk mempelajari dan memanfaatkan potensi digital dengan lebih komited sebagai inisiatif penting demi kelangsungan perniagaan.
Keperihatinan terhadap kesejahteraan – Sebahagian besar pengguna hari ini semakin sedar terhadap faktor kesejahteraan sebagai kepentingan gaya hidup berbanding sekadar menjaga kesihatan seperti sebelumnya. Peralihan ‘health-oblivious to wellness-conscious’ turut mempengaruhi daya tarikan dalam memilih jenama, produk atau perkhidmatan melalui pelbagai carian sumber informasi digital.
Melalui kempen-kempen sosial yang semakin banyak diketengahkan turut mempengaruhi kesan jangka panjang keperihatinan masyarakat sejagat. Kini, permintaan produk atau jenama yang menyokong faktor kesejahteraan seperti penggunaan bahan organik dan pemuliharaan alam sekitar semakin meningkat drastik di pasaran dunia.
Pasaran tempatan kepada akses global – Setiap perniagaan kini perlu lebih giat meneroka potensi pasarann global melalui kreativiti dalam memperkukuh strategi dan jaringan pasaran kepada platform marketplace yang strategik.
Kini, usahawan kita bukan lagi hanya bersaing dengann skala pasaran tempatan, tetapi terpaksa bersaing dengan penawaran dan promosi produk-produk luar negara yang masuk dan mendapat tempat di hati pengguna disebabkan akses pembelian yang mudah.
Sudah masanya para pengusaha tempatan terutamanya sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu lebih fokus dalam membangun bakat digital agar dapat bersaing meneroka potensi pasaran global.
Justeru itu, tiga faktor di atas menjadi asas persediaan dalam memperkukuh strategi mendepani trend pasaran era IoT dan norma baharu. Pada masa pemulihan ini juga menjadi ruang bagi ramai pihak mempelajari potensi platform digital bagi memastikan penjimatan kos dan menjana pendapatan yang lebih efektif.
Selain meneroka potensi pasaran baru, adalah juga digalakkan menjaga hubungan pelanggan sedia ada kerana ia adalah aset berharga dalam ketidaktentuan pasaran disebabkan krisis wabak dan pengembangan trend era Internet Kebendaan kini.
Baca lagi: Kepentingan Pemasaran Digital Era IR 4.0
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Mahu tidak mahu masing-masing perlu celik dan mendasari teknologi kekinian yang kian pesat.
[…] Baca lagi: Peralihan Trend Pasaran Era Internet Kebendaan (IoT) […]
Saya juga telah menggunakan internet untuk perniagaanlori sewa saya. Kalau tak, ramai tak akan tahu perniagaan saya wujud.
[…] Baca lagi: Peralihan Trend Pasaran Era IoT […]
[…] pengalaman kami dalam mengurus pemasaran pelanggan industri dan komersil sepanjang mendepani peralihan trend pasaran disebabkan krisis pandemik yang berterusan ini. Menjaga usahasama organisasi dan jabatan pemasaran […]
[…] Baca lagi: Peralihan Trend Pasaran Era Internet Kebendaan (IoT) […]
Walaupun selepas pandemik, orang ramai kini terpikat untuk menggunakan platform digital bukan sahaja kerana kebimbangan bahaya kesihatan tetapi kerana kemudahan dan kebolehcapaian.
Memang tak dinafikan, krisis Covid-19 telah mempercepatkan peralihan ke arah digital dan IoT. Banyak perniagaan terpaksa beradaptasi dengan cepat, dan ini membuka peluang besar bagi mereka yang bersedia meneroka potensi platform online.
Sebelum wabak, IoT kebanyakannya meningkatkan kemudahan di rumah pintar dan tempat kerja. Sejak COVID-19, peranannya telah berkembang ke kawasan penting seperti penjagaan kesihatan, pemantauan jarak jauh dan keselamatan awam. IoT kini menyokong penjagaan kesihatan maya, penghantaran tanpa sentuh dan pemantauan alam sekitar, menjadikan kehidupan kita lebih selamat, lebih cekap dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.
Perkhidmatan bergerak yang cekap dan kumpulan orang yang hebat!IoT merevolusikan kehidupan harian kita dengan meningkatkan kecekapan dan ketersambungan. Ia membolehkan pengumpulan data masa nyata, menambah baik pembuatan keputusan dan automasi merentas industri. Daripada rumah pintar kepada rantaian bekalan yang dioptimumkan, IoT memupuk inovasi, mengurangkan kos dan meningkatkan pengalaman pengguna, menjadikannya teknologi penting untuk kehidupan moden dan operasi perniagaan.