BioNur, Virtus Global Sdn Bhd

Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi aspirasi dalam sesi pemasaran digital bersama BioNur. Antara fokus pengisian adalah tentang pemasaran media sosial dalam segmen ‘Through the Line Marketing’.

BioNur merupakan jenama sabun pencuci keluaran Virtus Global Sdn Bhd. Ia produk keluaran bumiputera yang sedang berkembang maju dengan mensasarkan untuk menjadi pengeluar produk kegunaan harian yang tersohor di Malaysia dan global.

Sesi pengisian pemasaran digital ini merupakan salah satu misi dan inisiatif dalam memperkukuh strategi mendepani era digitalisasi kini.

Sesi Pemasaran Digital

Pemasaran digital sememangnya mempunyal landskap dan cabang yang luas. Begitu juga potensi pasarannya dalam arus kemajuan era Revolusi Perindustrian 4.0.

Pengukuhan aspek pemasaran kandungan, pengurusan digital dan media sosial merupakan faktor yang perlu dirangka. Atas aspirasi tersebut, saya bersyukur kerana dapat menyampaikan struktur tersebut dalam sesi bersama BioNur ini.

Penjelasan menyeluruh tentang segmen pemasaran ‘Above the Line’, Below the Line’ dan Through the Line’ juga menjadi faktor penting sebagai landasan dalam merangka strategi pemasaran jangka panjang yang kos efektif dan berkesan.

Memanfaatkan segmen pemasaran juga membantu capaian yang strategik.

Penghargaan

Penghargaan terima kasih kepada Virtus Global Sdn Bhd atas kepercayaan yang diberikan. Moga segala input yang dikongsikan dapat memberi nilai tambah dalam memperkukuh strategi pemasaran dan aspirasi perniagaan.

Justeru itu, pemasaran adalah landasan strategik yang perlu sentiasa ‘fleksible’ mengikut kepentingan perniagaan terhadap trend pelanggan dan prospek pasaran.

Info lanjut BioNur di sini: www.woww.my

Baca lagi: Membina Potensi Pasaran Media Sosial

3 Thoughts to “Sesi Pemasaran Digital Bersama BioNur”

  1. Perkongsian ilmu dimanfaatkan bersama Alhamdulillah

  2. belum penah jupa pulak produk BioNur ni di pasaran… ke cuma jual online je?

  3. Pemasaran digital sekarang menjadi satu kunci yang membukan banyak pintu pada apa sahaja bidang dan cabang perniagaan.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.