Perbaiki URL Permalink WordPress

Assalamualaikum. Ini cara mudah nak perbaiki broken link di self-hosted WordPress.

Antara asas penting bagi setiap halaman pada sesebuah website dapat dikunjungi pembaca atau pelanggan adalah dengan melalui URL Permalink. Sekiranya URL Permalink untuk artikel atau halaman sedia ada diubah tanpa dikemaskini dengan cara yang betul, ia akan menjadi broken link dan tidak lagi boleh diakses.

Inilah yang pernah berlaku apabila saya menukar ‘permalink settings’ di laman web. Kesan penukaran URL tersebut telah menyebabkan analitik merundum dan halaman serta artkel-artikel blog tidak lagi dapat diakses seperti biasa. Ini masalah besar apatah lagi laman web tersebut telah pun berfungsi lebih 7 tahun.

Namun syukurlah, ia dapat saya selesaikan dengan plugin Link Fixer.

Perbaiki URL Permalink WordPress Dengan Link Fixer

Cara Perbaiki URL Permalink

Saya bukan pengaturcara atau pakar laman web.

Namun fungsi dan peranan laman web turut memainkan peranan penting dalam penglibatan industri. Rugi jika kita tidak ambil tahu perkara-perkara asas tentang laman web kerana setidaknya ia dapat membantu sekiranya berlaku hal-hal remeh yang tidak dijangka tanpa perlukan mengharapkan orang lain.

Masalah broken link ini berlaku semasa saya mengimport segala data blog terdahulu ke laman web ini. Mujur ada solusi dari rakan industri yang bertauliah dalam programming. Kata beliau, caranya mudah sebab web saya pun bukan jenis complex… so… settle!

Cuma ada beberapa hal yang kita perlu faham. Kita keep it simple…

So apa itu URL Permalink?

URL atau Uniform Resource Locator biasanya disebut sebagai alamat website.

Maka ketika anda membuka laman web, contohnya, https://khirkhalid.com, ia adalah URL web ini yang terdiri daripada protokol (https) dan nama host (www.khirkhalid.com).

Namun, URL ini hanya mengarah kepada halaman utama sahaja.

Berbeza dengan URL Permalink, ia berfungsi untuk capaian akses kepada halaman-halaman lain seperti ‘pages’ dan artikel blog di laman web tersebut. Berikut salah satu contoh URL permalink di laman web ini > https://khirkhalid.com/about.

Maka tambahan ‘/about’ pada hujung URL itu adalah URL permalink. Ini yang memisahkan keseluruhan laman web agar setiap fokus segmen dapat dicapai, diakses atau dikongsi dengan mudah. Memanfaatkan URL permalink juga membantu dalam optimasi enjin carian (SEO) bagi setiap halaman.

Plugin Link Fixer

Bagi kisah tadi, saya telah menukar ‘settings’ URL permalink dengan membuang bahagian tarikh dan kategori yang sedia ada.

Maka jika contoh URL permalink asal adalah;
‘https://khirkhalid.com/2020/01/01/cara-daftar-google-classroom’,

Kini ia telah berubah kepada;
https://khirkhalid.com/cara-daftar-google-classroom‘.

Ini telah menjadikan URL permalink asal sebagai broken link. Halaman dengan link asal tadi tidak akan dapat diakses (error 404) pada carian google mahu pun link yang pernah dikongsi di platform digital dan media sosial.

Atas faktor itu, ia juga boleh menjejaskan pengalaman pengguna yang mahu mendapatkan maklumat pada sesebuah artikel dengan broken link tersebut. Analitik pun boleh jatuh merundum.

Perbaiki URP Permalink WordPress Dengan Link Fixer

Tapi mujurlah dengan sedikit pengalaman dari rakan programmer, saya disarankan memasang plugin Link Fixer. Cuma masuk ke bahagian ‘Plugin > Add New‘ dan cari Link Fixer by Keith P. Graham, seterusnya install dan activate. Ia akan mengarahkan URL permalink yang telah rosak kepada akses yang baharu.

Alhamdulillah, semuanya kembali seperti biasa selepas beberapa hari.

Justeru itu, bagi anda yang menggunakan platform self-hosted CMS WordPress dan menghadapi masalah seperti ini, saya sarankan plugin Link Fixer by Keith P. Graham ini. Ia percuma dan membantu memperbaiki akses URL permalink dengan mudah.

Jika ada plugin lain yang dapat membantu untuk perbaiki URL permalink dan selesaikan masalah yang sama seperti ini, silalah kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.

Baca lagi: Tips Bina Kredibiliti Laman Web Dengan Google

Subscribe Newsletter untuk artikel-artikel terkini.

One Thought to “Perbaiki Broken Link WordPress Dengan Plugin Link Fixer”

  1. Terima kasih tuan. Info ini sangat bermanfaat bagi pengguna blog yang menggunakan platform WordPress. Keistimewaan WordPress ini sangat banyak jika ditinjau segala macam plugin yang disediakan termasuk cara perbaiki URL permalink dengan link Fixer yang tuan kongsikan ini. Biar pun WordPress bukan anak emas Google sebagaimana Blogspot. Namun kecanggihan SEO, mesra smart phone dan plugin yang hebat memikat semua pengguna.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.