Kepentingan Pemasaran Digital

Masyarakat kini semakin sedar tentang kepentingan pemasaran digital dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang terus berkembang pesat. Atas faktor itu, saya terpanggil memanjangkan artikel yang pernah saya tulis di akhbar Utusan Malaysia atas permintaan rakan subscriber sebagai rujukan.

Sama ada anda seorang usahawan, profesional, ahli akademik atau penuntut institusi, perubahan era IR 4.0 ini sememangnya perlu difahami dari dasar untuk kebaikan kerjaya dan kehidupan. Kemajuan teknologi hari ini semakin berkembang pantas dan turut mempengaruhi trend pasaran di seluruh dunia.

Imej diatas antara contoh yang menggambarkan perubahan norma baharu hasil manfaat pengembangan digital dalam IR 4.0. Pelbagai urusan kini dapat dilakukan secara dalam talian dengan mudah, pantas dan kos efektif.

Kepentingan Pemasaran Digital

Sejarah Revolusi Perindustrian bermula sejak penciptaan enjin berkuasa wap yang juga menandakan bermulanya era Revolusi Industri pertama (IR 1.0) sekitar tahun 1760, pemasaran sudahpun menjadi elemen penting dalam kemajuan industri.

Pengaruh pasaran juga berubah apabila peneraju dan pemain industri mula beralih kepada penciptaan enjin berasaskan petroleum pada IR 2.0, seterusnya penggunaan sistem eletronik, komputer dan teknologi informasi pada era IR 3.0 sehingga 2016. Pada IR 3.0 juga bermulanya pembangunan internet dan peralihan teknologi analog kepada sistem pendigitalan.

Kini, kita masih lagi diperingkat awal dalam era IR4.0 yang dikenali sebagai era Internet Kebendaan (Internet of Things). Revolusi industri kali ini dikuasai dengan penciptaan teknologi-teknologi baharu dalam pelbagai bidang merangkumi kecerdasan buatan, pembangunan teknologi robotik, bio dan nano, perkomputeran awan, data raya serta memacu sebahagian besar peralatan, jentera dan bangunan dalam integrasi pengurusan fizikal, digital dan robotik.

Kesemua ini didasari dengan capaian internet yang kini bukan sahaja diperlukan untuk tujuan berkomunikasi dan mencari maklumat, tetapi menjadi nadi terpenting dalam pembangunan sosioekonomi dunia.

Baca: Fb Live: Mahasiswa Dan Sistem IR 4.0

Perubahan Pasaran Dan Gaya Hidup

Arus perubahan gaya hidup yang kita semua rasai sekarang ini adalah kesan daripada perkembangan revolusi industri kini yang menjadikan ekonomi digital sebagai landasan untuk terus maju ke hadapan.

Krisis wabak Covid-19 juga mendorong mempercepatkan lagi pembangunan teknologi digital semakin meluas dalam tempoh masa singkat bagi memudahkan pelbagai urusan atas faktor keselamatan. Ia turut memberi pengaruh yang besar kepada trend pengguna sehingga merangsang perubahan dalam perlaksanaan strategi pemasaran dari pelbagai sektor industri dan komersil.

Pemasaran digital telah membuka potensi pasaran yang lebih luas, strategik dan kos efektif kepada para usahawan. Apatah lagi dengan bertambahnya sektor perniagaan yang terkesan akibat krisis Covid-19, ia secara tidak langsung memaksa sebahagian besar peniaga mikro, perusahaan kecil dan sederhana sehinggalah sektor komersil bertaraf multinasional untuk meneroka dan menambahbaik strategi pemasaran digital bagi mempertingkatkan lagi nilai daya saing dan kredibiliti perniagaan.

Kini, pada 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan industri meramalkan lebih 50 billion peranti eletronik akan terus berinteraksi antara satu sama lain dan akan terus bertambah. Ini menunjukkan jumlah peranti yang digunakan untuk saling berkomunikasi melalui ruangan digital adalah melebihi jumlah manusia pada skala 6.58 peranti setiap seorang.

Dunia maya kini menjadi ruangan pilihan untuk orang ramai berkumpul.

Kesimpulan

Justeru itu, perlaksanaan strategi pemasaran digital melalui platform laman web, edagang, blog, media sosial mahupun marketplace perlu sentiasa dimanfaatkan sebagai sales funnel dan aset digital perniagaan.

Melalui kandungan yang bersesuaian mampu memghubungkan pelanggan secara terus disamping membantu meluaskan prospek pasaran. Pemasarann digital menjadi tunggak utama yang perlu dikuasai setiap perniagaan agar tidak tenggelam dalam persaingan industri. Pemasaran digital sangat penting dalam era IR 4.0 atau era ekonomi digital ini. Ia turut menjadi faktor bagi kerajaan untuk terus berusaha dalam menjayakan dasar digital negara.

Memahami setiap elemen pemasaran digital dan perlaksanaan strategi yang terancang mampu membuka potensi yang sangat luas bukan sahaja untuk pasaran di Malaysia, malah ke seluruh dunia.

Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam IR 4.0

Subscribe Newsletter untuk artikel-artikel terkini.

8 Thoughts to “Kepentingan Pemasaran Digital Era Revolusi Industri (IR) 4.0”

  1. Era baru revolusi industri norma baharu yang perlu dipelajari agar tidak ketinggalan untuk dimanfaatkan kebaikannya dalam segala bidang

  2. Sebelum-sebelum ini pemasaran melalui digital memang sudah ada cuma di tahun 2020 ini pembangunan dan penggunaannya semakin rancak dan cepat sangat-sangat.

  3. […] Baca lagi: Kepentingan Pemasaran Digital Era RI 4.0 […]

  4. Setuju tuan, revolusi industri terus berkembang sejak bermula 1760 hingga sekarang. Perusahaan akan terus bertahan bilamana elemen revolusi industri ini turut dimanfaatkan bersama.

  5. […] Baca lagi: Kepentingan Pemasaran Digital Era Revolusi Industri 4.0 […]

  6. […] Baca lagi: Kepentingan Pemasaran Digital Dalam Era IR4.0 […]

  7. […] Antara rujukan lanjut berkaitan input Revolusi Perindustrian boleh di baca pada artikel bertajuk Pemasaran Digital Pada Era IR 4.0 dan juga di ruangan Portfolio web […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.