Kepentingan pendidikan digital dalam arus Revolusi Industri (IR 4.0) telah menjadi antara topik perbincangan pelbagai peringkat sektor termasuk dari kalangan rakan industri yang terlibat dalam pemerkasaan intervensi akademik-industri dalam aspek pendidikan, kerjaya dan keusahawanan.
Memang tidak dinafikan, dengan arus kemajuan teknologi digital yang semakin berkembang pesat, IR 4.0 membuka banyak peluang dan manfaat. Namun ia juga ada sisi keburukan terutamanya kepada generasi muda sekiranya mereka tidak disuntik dengan elemen digitalisasi yang betul sebagai persediaan.

Pendidikan Digital Dan Revolusi Industri 4.0
Berdasarkan maklumat dikalangan warga pendidik dan belia mendapati masih ada yang kurang faham kepentingan elemen pendidikan digital dan kewujudan Revolusi Industri 4.0 dalam konteks akademik dan realiti.
Bagi sesetengahnya pula, pendidikan digital dari perspektif akademik masih dianggap sekadar mengisi kegiatan kokurikulum di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.
Ya.. saya tidak menafikan akademik itu penting, tetapi tatkala teknologi dunia berkembang pesat, akademik juga perlu berkembang pantas selaras tuntutan modal insan industri agar pelajar dapat lebih bersedia menghadapi cabaran sebenar pasaran kerja dan keusahawanan.
Terpanggil untuk saya mengupas serba sedikit elemen pendidikan digital melalui intervensi akademik-industri dalam arus IR 4.0. Ia adalah modul pendedahan ‘streetwise’ melalui interaksi 3 hala (institusi pendidikan, sektor swasta/korporat dan pelajar/mahasiswa) melalui program yang telah dirangka.
Intervensi biasanya berkonsep mentoring yang terdiri daripada usahawan berjaya, pemimpin industri, pegawai tinggi, pengusaha berjaya, pelajar cemerlang atau individu tertentu, bergantung pada matlamat program.
Tujuan utama adalah menyuntik pendedahan kepada peserta terhadap realiti kerjaya dan kehidupan. Malah, ada program yang melibatkan masa berhari-hari, minggu dan bulan melalui tugasan dan penglibatan aktiviti, antaranya membawa sehingga ke peringkat global.
Baca ini> Startup World Cup Malaysia 2018

Apa Itu Revolusi Industri 4.0
Revolusi Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur pengurusan, industri dan komersil yang menekankan pembangunan teknologi digital bagi mengurangkan kos tenaga manusia dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi.
Pembangunan sistem digital yang semakin mampan mendorong pelbagai sektor industri seluruh dunia membangunkan mesin-mesin robotik berteknologi tinggi bertaraf super robots. Malah, persaingan industri dalam memperkukuh strategi pemasaran, pengurusan dan komunikasi seharian juga memerlukan kemahiran dalam pengendalian digital sama ada untuk skala individu mahu pun organisasi.
Sejarah Revolusi Perindustrian dan kepentingan untuk setiap pelajar hari ini memahaminya juga telah banyak saya kongsikan dalam pelbagai workshop dan sesi perkongsian anjuran institusi. Antara rujukan lanjut berkaitan input Revolusi Perindustrian boleh di baca pada artikel bertajuk Pemasaran Digital Pada Era IR 4.0 dan juga di ruangan Portfolio web ini.
Pengembangan kemajuan sistem teknologi digital juga memudahkan penggunaan data dalam skala meluas dan secara global bagi melancarkan pelbagai kerja dilaksanakan dengan pantas dan penjimatan kos yang efektif.
Namun disebalik kemudahkan dan manfaat kepada seluruh manusia, kemajuan era digital ini terdapat gangguan (digital disruption) yang mula mengubah keperluan pasaran kerja terhadap keperluan sumber tenaga manusia dan menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan.
Bagi sektor perniagaan dan keusahawanan pula, persaingan perkembangan teknologi digital juga turut mempengaruhi pelbagai faktor seperti pembuatan, pemasaran malah pengetahuan digital dikalangan kakitangan dan pengusaha.
Justeru, sama ada seseorang individu itu terlibat sebagai pekerja ataupun majikan, pengetahuan teknologi digital merupakan aspek penting dalam cabaran Industri 4.0.
Baca> Kepentingan Data Centre Pemacu Transformasi Digital Negara

Pemerkasaan Pendidikan Digital Dalam Akademik
Ada sesetengah pihak mendakwa yang akademik tidak menjamin kejayaan seseorang, tetapi kebanyakkan yang mengatakan hal tersebut biasanya ada kepentingan peribadi. Tak percaya, cuba minta mereka katakan pada anak sendiri setiap pagi.
Mengapa saya berkata demikian adalah kerana ramai dikalangan ahli perniagaan dan usahawan bertaraf billionaire di Malaysia dan antarabangsa telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memperkasa sektor pendidikan. Secara realiti, mereka membangunkan institusi-institusi pengajian walaupun ada diantaranya yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan kesempitan hidup satu masa dahulu.
Para usahawan dan ahli perniagaan berjaya berpendapat, akademik adalah aset penting yang perlu dibangunkan seperti mana aset-aset yang lain. Ia juga seperti membina kekayaan, rumah besar, harta yang banyak, belum tentu juga menjamin keselamatan. Penggunaan aset dengan cara yang betul dan bijak boleh membantu mencapai arah tuju untuk berjaya.
Saya ada berkongsi perspektif terhadap perkara ini yang boleh dibaca di sini > Benarkah Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan?
Begitu juga dengan kelulusan akademik masa kini. Kelestarian akademik harus ditambahbaik dengan menyerapkan elemen digitalisasi dalam ‘mainstream’ pembelajaran. Ia pastinya membantu pencapaian pelajar disamping mendidik minda mereka agar lebih bersedia terhadap persaingan kerjaya dan kehidupan.
Kesan IR 4.0 juga boleh kita lihat dengan lambakan graduan bersaing untuk peluang pekerjaan yang semakin meruncing. Pihak majikan mahukan lebih daya saing dan kos perniagaan yang efektif, manakala pekerja pula mahukan pelbagai tuntutan mengikut ’employment law’.
Maka bagi sesetengah perkara, majikan dan industri pasti mahukan yang terbaik dengan menyokong percambahan Revolusi Industri 4.0. Sistem robotik seperti A.I. tidak memerlukan cuti atau rehat seperti tenaga manusia dan bagi sesetengah perkara, ia pastinya menjadi persaingan dalam pasaran pekerjaan sekiranya seseorang individu langsung tidah mempunyai asas industri dalam memahami cara kerja dan pengendalian sistem robotik dan komunikasi digital.

Bagi sesetengah graduan pula, mereka memilih menceburi bidang keusahawanan sama ada berskala kecil atau sederhana. Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai inisiatif galakan keusahawanan dikalangan generasi muda sebagai antara solusi ekonomi dalam menangani cabaran IR 4.0 ini.
Namun apa jua hasrat dan aspirasi individu sama ada bekerja atau menjadi usahawan, kesemuanya perlu menerima hakikat bahawa pengetahuan pendidikan digital menjadi tunggak pengetahuan dalam memastikan pencapaian akademik dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk pengukuhan kerjaya satu hari nanti.
Dunia semakin hari semakin berubah, begitu juga dengan sistem pembelajaran.
Kepentingan pendidikan digital dalam arus Revolusi Industri 4.0 membantu meningkatkan daya persediaan melalui pendedahan realiti dan praktikal kepada bakal pemimpin masa hadapan negara dalam pelbagai sudut sektor dan industri.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Teknik pembelajaran sekarang bukan setakat di dalam kelas. Semoga pendedahan seperti ini dapat menjadikan pelajar kita lebih kompetitif.
Betul tu.. sekarang tak macam dulu. Generasi muda dah didedahkan dengan pelbagai info sedari usia muda melalui internet dan media sosial. Menjadi tanggungjawab kita juga untuk memberi pendedahan sewajarnya tentang realiti hidup bermula sewaktu mereka masih belajar lagi.
Memang berbeza teknik pembelajaran kita dengan generasi sekarang ni. Seingat Ana, masa darjah 6 dulu baru kenal komputer tu pun guna kongsi berdua. Silibus sekarang pun boleh buat mak ayah tergaru kepala nak mengajar. Hehe
Mmg betul tu, tambahan lagi pengiraan sekarang termasuk aktiviti kokorikulum seperti penglibatan sukan dan baju berunifom. Jadi sebaiknya diperkasakan pembelajaran sosio akademik sbg satu langkah pendidikan kini.
Semoga kemudahan yang tersedia dapat melahirkan ramai insan cemerlang…
Mudah2an juga generasi kini masyarakat kita tak ketinggalan dgn arus persaingan global, in shaa Allah.
moga manfaat yg tersedia ni dpt digunakan sepenuhnya utk raih ilmu sebyk yg boleh
Mudah2an, in shaa Allah.. moga ada manfaatnya utk pemerkasaan ummah.
Pendidikan merentasi kurikulum..mmg terbaik
Betul tu.. in shaa Allah, terima kasih.
Akademik Dan teknologi digital. Kalau dulu dapat menguasai Akademik itu yang terbaik. Namun seiring waktu banyak yang memilih khidmat teknologi dalam segenap urusan atau pengurusan..maka mahu tidak mahu menguasai teknologi digital itu bukan lagi kemahuan tapi keperluan. Lebih-lebih lagi ketika mahu mengisi peluang pekerjaan.
Setuju tu PC.. mmg sekarang perubahan cara kerja pun pantas berubah. Mmg susah juga jika tiada kemahiran digital ni apatah lagi jika tiada asas langsung.. setiap majikan pun pasti mahukan tenaga kerja yg efisyen dan kos efektif.
[…] Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus IR4.0 […]
[…] Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus IR 4.0 […]
[…] Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus Revolusi Industri 4.0 […]
[…] perniagaan dan industri semakin mula sedar tentang keperluan memahami elemen Revolusi Industri 4.0 dengan lebih […]
[…] Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus Revolusi Industri 4.0 […]
[…] Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus IR 4.0 […]
Mudah-mudahan inshaAllab