WSF National Bootcamp 2019 Program Usahawan Startup – Apa yang diperlukan oleh seorang pengasas dan usahawan dalam membina sebuah perniagaan bertaraf startup sehingga mampu berkembang kepada sebuah empire?
Memulakan aspirasi keusahawanan atau mengembangkan lagi potensi perniagaan sedia ada sememangnya memerlukan ilmu, niat, keazaman dan bimbingan melalui mentor, platform serta jaringan yang betul, bagi melonjakan daya usaha yang lebih mampan.
Itulah antara intipati pengalaman sepanjang terlibat dalam WSF National Bootcamp 2019 yang diadakan di Found8 CoWorking, KL Sentral pada 29 dan 30 Ogos 2019.
WSF National Bootcamp 2019
Sesungguhnya, mengasaskan dan mengembangkan lagi perniagaan memerlukan pengetahuan lebih dari sekadar kata-kata motivasi. Bagaimana sesuatu idea yang dijadikan model perniagaan itu dapat diperkukuh dan dikembangkan adalah realiti yang diketengahkan dalam bootcamp ini.
WSF National Bootcamp 2019 dianjurkan oleh World Startup Festival (WSF), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memperkasa ekosistem keusahawanan dan startup global. Ia selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional ke arah Negara Keusahawanan Unggul 2030.
Melalui kerjasama kerajaan, agensi dan sektor komersil dari pelbagai latar belakang industri, ia menyediakan landasan dan bimbingan kepada startup dan usahawan memperkasa perniagaan yang sistematik dan berdaya maju dalam era digitalisasi kini.
Pelbagai pendedahan praktikal diketengahkan dalam bootcamp ini.
Bermula dengan pencerahan pakar industri global, Alibaba Cloud menekankan kepentingan pemerkasaan digital dengan solusi jaringan digital yang kukuh dan efisyen untuk perniagaan.
Badan bertauliah seperti Bioeconomy Corporation, MaGIC dan Cradle Fund turut membentangkan pelbagai inisiatif yang disediakan merangkumi mentorship, permodalan serta sokongan untuk berkembang maju sehingga ke peringkat global.
Kami juga diperjelaskan tentang entiti pensyarikatan, perundangan harta intelek, elemen pengurusan, audit percukaian dan strategi pemasaran oleh para speaker profesional yang telah berjaya mencipta reputasi dalam industri yang diceburi.
Dr. A.J Minai juga antara speaker WSF National Bootcamp 2019. Beliau merupakan profesional marketer dan international speaker yang saya hormati. Perkongsian beliau tentang “Brandateering” memberi perspektif baru dalam menambahbaik strategi pemasaran.
Sebagai salah seorang contributor majalah online yang sama dengan beliau, ia satu penghargaan bila dapat bersua muka disamping mengukuhkan lagi perkenalan.
Tidak kurang juga para speaker dan peserta yang hadir. Setiap speaker mempunyai kepakaran profesional yang mewakili organisasi terkait dengan perkara yang dibentangkan. Maka mudah untuk kita merujuk setiap perkara terus kepada saluran yang layak dalam bidangnya.
Selain itu, sebahagian peserta pun ada yang sudah memiliki perniagaan yang aktif namun masih terus berusaha mengukuhkan lagi legasi keusahawanan. Banyak juga yang saya pelajari dari mereka disamping memperkasa jaringan keusahawanan.
Memperkasa Aspirasi Keusahawanan Dan Startup
Sekarang memang berbeza jika dibandingkan beberapa tahun dahulu. Terdapat pelbagai agensi yang bersedia berfungsi sebagai partner pembimbing keusahawanan dan startup. Sekiranya kita ada idea berpotensi, bisnes plan, rakan kongsi yang sepakat, akan dibantu bermula dari asas lagi.
Faktor permodalan juga diperjelaskan dengan lebih detail dari pelbagai sumber dan inisiatif gerak kerja yang disediakan termasuklah crowdfunding bagi tujuan perniagaan dan keusahawanan sosial.
Begitu juga dengan kepentingan menguasai kemahiran pitching yang diperjelaskan secara terperinci melalui sesi perkongsian dan penglibatan secara praktikal oleh peserta.
Sesi pitching beberapa minit itulah yang mampu memperkasa seluruh daya usaha perniagaan. Setiap peserta dibimbing dan diberikan peluang melatih pengalaman pitching dalam bootcamp ini.
Pengisian program selama 2 hari ini sememangnya padat dengan realiti dalam membuka jalan kepada startup dan usahawan membangun sebagai ‘industry players’ berdaya maju.
Jika ditanya, apakah yang diperlukan startup dan usahawan untuk memperkasa keusahawanan, WSF National Bootcamp 2019 telah menyediakan jawapan yang tepat bagi memastikan usahawan dapat berkembang ke peringkat yang lebih baik bersama bimbingan pemain industri diiktiraf global.
Selebihnya terletak pada kesungguhan diri sendiri dalam memastikan hasrat dapat direalisasikan ke arah matlamat yang disasarkan.
Penghargaan terima kasih kepada World Startup Festival (WSF) serta seluruh pihak yang terlibat menjayakan WSF National Bootcamp 2019 ini.
Menambah ilmu dan jaringan keusahawanan secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan diri untuk terus fokus memperkasa aspirasi keusahawanan. Satu platform yang saya sarankan kepada para startup dan usahawan memanfaatkan pengetahuan atas landasan yang tepat.
Semoga ilmu yang dimanfaatkan membawa kejayaan berterusan buat kita semua.
Baca lagi; Startup Worldcup Malaysia 2018
Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
best nya dpt tambah ilmu keusahawanan
Alhamdulillah, tambah ilmu dan idea, serta kenalan juga Anies 🙂
Bagus juga platform mcm ni.. cover perkara2 pnting utk usahawan mantapkan platform bisnes, means that, ada saluran utk mereka rujuk seterusnya.. bagus mcm ni.
Betul tuan.. saluran tu yg penting utk membangun, malah kembangkan lagi bisnes yg ada ke tahap yg lebih baik.. saluran pun diiktiraf dan dah terbukti pakar dlm bidangnya.
Saya setuju dengan selebihnya bergantung pada kesungguhan seseorang tu untuk berjaya mencapai matlamat sebagai seorang usahawan.
Ya tuan.. dgn kesungguhan yg ada lebih memudahkan bila ada saluran yg betul.. peluang depan mata yg boleh dimanfaatkan sebaiknya.
ilmu perniagaan amat bermanfat ditimba utk memulakannya r mengembangkannya
Betul tu kak PI.. bila dah tau saluran utk dirujuk lebih mudah utk membangun dgn lebih teratur lagi.
terima kasih info
terbaik
Salam sukses selalu!
semoga sukses selalu
hai, sy maaf saya tak dapat BW buat masa sekarang. tapi saya ada SPECIAL GIFT UNTUK EN KHIR. nanti CLICK LINK INI ya:
https://aniesandyou.blogspot.com/2019/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html