Terapi Stress Tekanan Kerja
Stress merupakan permasalahan yang tidak asing lagi pada kebanyakkan orang disebabkan bebanan kerja atau menempuh pelbagai komitmen yang dihadapi. Tambahan dengan cabaran ekonomi serta arus persaingan kehidupan yang serba serbi mencabar, stress merupakan salah satu punca permasalahan yang mengundang dan membuka pelbagai ruang kemudaratan sama ada kepada diri individu, keluarga mahupun seluruh masyarakat.
Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Kemudaratan Stress Dalam Kehidupan Manusia

Stress berpunca daripada pelbagai faktor yang mampu menimbulkan permasalahan dalaman seperti gangguan emosi, hati, jiwa dan perasaan hingga membawa kepada kemudaratan seperti membunuh diri mahupun gila. Stress merosakkan hubungan rumahtangga, nilai-nilai murni dalam hubungan kekeluargaan, persahabatan, rakan sekerja, jiran tetangga serta perpaduan ukhwah silaturrahim sesama insan.
Selain itu, stress juga adalah benih kepada suburnya pelbagai penyakit. Stress yang berlebihan boleh mengundang penyakit serius seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, sukar tidur malam, sakit tengkuk, belakang dan pinggang, migraine, penyakit saraf termasuk angin ahmar. Stress boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan pembuluh darah pecah serta menyebabkan kematian mengejut, nauzubillah.
Terapi Ruqyah Syariah, Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Rawatan Terapi Al-Quran Sebagai Penawar Stress

Islam agama yang cukup lengkap melangkaui pengetahuan seluruh kebijaksanaan manusia. Kitab suci Al-Quran yang diturunkan bukan hanya sebagai panduan tetapi juga penawar kepada pelbagai permasalahan manusia. Kita sebagai mukmin perlulah mengimani dengan sepenuh hati kelebihan Al-Quran sebagai penyembuh dengan izin Allah swt. Stress perlu dirawat sebelum ia membarahkan kemudaratan yang lebih sukar diubati kelak.
Atas faktor-faktor ancaman stress, ada diantara kita yang menyedari bahayanya sanggup mengusahakan pelbagai kegiatan pencegahan seperti beriadah malah sanggup membelanjakan wang ringgit untuk mengurangkan atau menghindarkan stress. Oleh itu, perlu kita ketahui tentang hikmah ayat-ayat suci Al-Quran juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah penyembuhan dalam merawat stress.
Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Terapi Al-Quran Pusat Rawatan Al-Qayyum

Pusat Rawatan Al-Qayyum menyediakan khidmat terapi Al-Quran sebagai usaha merawat stress dan tekanan. Ia dapat memberikan kesegaran minda, ketenangan jiwa, hati dan rohani melalui pelbagai kaedah terapi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang berlandaskan syariah Islamiah.
Justeru, sesiapa jua yang berhasrat mendapatkan kembali kekuatan dan ketenangan rohani serta jasmani melalui kaedah Rawatan Terapi Al-Quran, boleh dapatkan maklumat lanjut melalui rujukan yang disertakan di bawah.
Pusat
Rawatan Al-Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
Hubungi talian
017-211 4745 / 017 – 765 1747 / 03 – 6263 7007
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sesi
rawatan
Blog
Facebook
Waktu Rawatan:
Isnin – Khamis: 9:00 pagi – 11:00 malam
Jumaat: Tutup
Sabtu: 9:00 pagi – 6:00 petang
Pusat Rawatan Al-Qayyum,
Semoga segala usaha anda beroleh manfaat kesihatan rohani dan jasmani dan diberkati dengan jalan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.

25 Thoughts to “Merawat Stress Dan Tekanan Kerja Dengan Terapi Al-Quran”

  1. Apa pun…kembalilah kepada Al Quran. Moga menjadi satu ikhtiar untuk menghilangkan stress & tekanan kerja

    1. Ikhtiar yg sebaiknya, mudah2an beroleh keberkatanNYA, in shaa Allah.

  2. JMR

    boleh cuba gak ni..tak jauh dah

    1. Dipersilakan tuan JMR… boleh hubungan perawat di atas utk memudahkan appointment.

  3. bhyanya stress..

    biasanya diri kita jugak yang menacari masalah..

    1. Mcm2 stress ada kan… kita mmg tak boleh biarkan shj stress ni. Nasib tak baik boleh makan diri.

  4. Betul…stress ni kalau tidak di atas sedari awal…boleh menjadi virus..boleh melumpuhkan semangat…moga kita sentiasa dapat mengawal emosi…istighfarlah sentiasa moga ianya dapat meredakan sedikit kerisauan..

    1. Betul tu… stress kdg2 nampak mcm masalah kecil tapi kalau dibiar berlanjutan pasti memudaratkan diri, wallahualam.

  5. bahaya stress boleh menjemput mudah bermacam penyakit antaranya murung dan stroke

    1. Kalau strok tu bukan mudah nak pulih sbb melibatkan saraf… murung pula boleh membawa tekanan jiwa kan… semoga kita semua dilindungiNya.

    2. insyaallah semoga kita di lindungi…bila sakit kena berubat…sebelum sakit kena ambil langkah berjaga-jaga

  6. stress mesti dielak kalau hadapinya perlu dirawat segera

    1. Dunia sekarang ni mcm2 perkara boleh buat kita jadi stress… semoga kita semua sentiasa dilindungi, in shaa Allah.

    1. Semoga bermanfaat tuan MKL.

  7. Memang stress bila ada kerja yang tak settle.

    1. Tambahan kerja tu dah nak sampai dateline… mmg stress!

  8. el

    kat penang pun dah makin bercambah pusat rawatan cengini

    1. Ramai dah mula sedar ttg kebaikan rawatan Islam sebegini… kaedah yg patut kita semua sokong demi kebaikan bersama, in shaa Allah.

  9. sress yang buruk memang membahayakan diri.. Semoga kita semua sentiasa dalam emosi yang baik.. 🙂

    1. In shaa Allah, semoga kita sentiasa tabah menghadapi segala ujian kehidupan ini… aamiin.

  10. selalu kalau stress..layan ayat Al-quran

  11. SAtress mengundang berbagai penyakit..

  12. Zalikal-kitabu la raiba fih(i), hudal lil-muttaqin.

    (Kitab (Alquran) ini tidak ada keraguannya padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa,)

  13. insyaallah akan lebih lagi baca al-quran

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.