Pada Sabtu 12 Mac 2016, saya telah menghadiri seminar Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan yang menjelaskan tentang pengurusan kewangan dan pelaburan yang betul, sah disisi perundangan serta patuh syariah bagi menggandakan wang yang disimpan.
Seminar anjuran 9 Equity Wealth Creation Sdn Bhd ini mengetengahkan saranan pakar-pakar dalam bidang kewangan, pelaburan saham, hartanah dan muamalat syariah Islamiah.
EVO WANG : Evolusi Wang Dan Pelaburan
Kita perlu tahu mempelbagaikan sumber pendapatan demi mendepani cabaran ekonomi masa kini. Namun ramai yang tiada ilmu menguruskan kewangan dengan betul sehingga tiada sebarang simpanan untuk masa hadapan. Malah dengan kewujudan pelbagai jenis pelaburan membuatkan
kita alpa tentang halal haram, apatah lagi terlibat dengan skim-skim pelaburan yang tidak diluluskan dan ‘non-syariah compliance’.
kita alpa tentang halal haram, apatah lagi terlibat dengan skim-skim pelaburan yang tidak diluluskan dan ‘non-syariah compliance’.
Justeru, seminar Evo Wang menjemput mereka yang pakar untuk menjelaskan ilmu pengurusan wang, pelaburan saham dan hartanah patuh syariah. Key speaker yang hadir adalah Ustaz Dr Zaharuddin (Pakar Perbankan Dan Kewangan Islam), AbangAbu (Speaker, Trainer, Penulis, Jurulatih Kewangan), Ahyat Ishak (Pengarang buku terlaris ‘Buku Strategik Pelabur Hartanah’) dan Mohd Asri Ahmad (Mentor Pelaburan Saham No. 1 Malaysia).
Evolusi Pelaburan Dan Kewangan Patuh Syariah Islam
Ustaz Dr Zaharuddin menjelaskan asas halal haram kewangan Islam serta tips mengenalpasti pelaburan 100% patuh syariah. Turut menekankan pelaburan ‘non-syariah compliance’ seperti perbankan konvensional, insuran konvensional, forex trading, jualbeli emas berskim pulangan bulanan termasuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap. Terdapat juga jenis-jenis pelaburan yang disarankan dalam Islam yang akan saya kongsikan lebih terperinci pada artikel akan datang sebagai rujukan bersama.
Sesi diteruskan dengan perkongsian AbangAbu, pakar urus wang yang dikenali sebagai ‘Mekanik Wang’, berkongsi ilmu tarik wang dengan teknik cara yang betul serta patuh syariah. Antara formula beliau adalah 5 Rukun Wang, 6 Formula Kaya, Kompas Wang, 4 Langkah Capai Bebas Kewangan, Bina Aliran Wang Kekayaan dan Persiapan Menjadi Entrepreneur Investor.
Ahyat Ishak yang dikenali sebagai Pejuang Hartanah pula menjelaskan tentang ilmu pelaburan hartanah yang betul. Bagi beliau ia bukan sekadar pelaburan tetapi merupakan perjuangan dan menyeru masyarakat meningkatkan pemilikan hartanah bangsa yang amat jauh tercicir. Beliau berkongsi Formula 3S Hartanah, 8 Senjata Ilmu Pejuang Hartanah, 7 Langkah Pilih Aset dan membongkar sedikit lubuk rahsia hartanah mampu milik yang belum diserang pelabur hartanah.
Hj Mohd Asri Ahmad mengisi sesi petang dengan teknik dan formula pelaburan saham. Terdapat sebanyak 905 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan 667 daripadanya adalah patuh syariah. Beliau berkongsi ilmu bagaimana meraih pulangan luar biasa dengan modal yang rendah melalui pelaburan saham secara sah, selamat dan patuh syariah. Turut berkongsi tips membina kekayaan secara pasif sehingga boleh bersara atau pencen awal.
Kuasai Dunia Pelaburan Dan Kewangan Patuh Syariah
Seminar diteruskan dengan sesi forum yang membentangkan pelbagai perkongsian bermanfaat untuk pengetahuan peserta yang hadir. Seminar ini juga menawarkan peluang kepada peserta untuk mendalami dan menguasai ilmu urus wang, pelaburan saham dan hartanah patuh syariah dengan bimbingan mentor oleh Hj Mohd Asri Ahmad, Abang Abu dan Ahyat Ishak sehingga menjadi usahawan pelaburan yang berjaya.
Penghargaan terima kasih kepada 9 Equity Wealth Creation dan Denaihati Network atas peluang seminar Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah ini. Benarlah kata para ilmuan bahawa risiko itu wujud apabila manusia melakukan sesuatu yang mereka tidak mempunyai ilmunya.
Ilmu bertambah, harta berkurang. Ilmu lebih daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia. Ilmu yang bermanfaat bukan sahaja untuk kejayaan dunia malah kesejahteraan kehidupan di akhirat.

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Untung dunia…untung akhirat in sha Allah 🙂
Wahh bestnya. Nani dah lama teringin nak dengar talk macam ni 🙂
Izin berkunjung dan nyimak artikelnya ya gan? 🙂
uih..ramainya yang join…
Izin berkunjung dan nyimak langsung artikelnya ya gan? 🙂
mesti banyak ilmu yang diperolehi…
ramai juga yang hadir ya. untung semua orang
Wah menarik ni..seimbangkan dunia dan akhirat..all the best KK
Wah menarik ni..seimbangkan dunia dan akhirat..all the best KK
satu seminar yang sangat bagus dan bertuah tuan KHIR kerana dapat pergi ke seminar tersebut
nice sharing
Salam singgah sini KK….. Alhamdulillah…untung dapat pergi sebab banyak yang kita boleh belajar..
klu dapat kongsikan intipati yg dikongsikan dr zaharudin kan bagus … ngeeee
dpt byk info dri persidangan ni…
Alhamdulillah ada cara untuk atasi masalah ekonomi yang kita hadapi kini. Agar dapat mengubah kehidupan mereka yang menyertainya…
Moga terus suksess. Topik tentang pelaburan patuh shariah memang menarik dan suatu bidang yang boleh diexplore..
Hallo,
Nama saya Arif, partner manager program afiliasi untuk InstaForex
Group, broker terbaik di Asia.
kami sangat tertarik dengan website anda. Dan kami ingin menawarkan kerjasama dalam program afiliasi yang
memungkinkan Anda mendapatkan $ 1.5-2 pips dari setiap lot pasar standar
pelanggan Anda. Jika Anda tertarik, silahkan hubungi saya dan kita bisa negoisasi tentang komisi anda.
Menjadi afiliasi sekarang dan mendapatkan materi informasi untuk situs
web Anda dengan link afiliasi terintegrasi!
Kami berharap ada balasan dari anda segera dan Kami akan senang untuk
membangun kerjasama yang saling menguntungkan dengan Anda.Terima
kasih.
Customer relations manager
Skype: live:arif.ifx
Facebook: arif.ifxteam
WhatsApp: +628119056784
arif@mail4.instaforex.com
http://instaforex.com
[…] perjelaskan dalam seminar pelaburan dan kewangan yang telah saya hadiri dan boleh dibaca di sini : Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah. […]