Dunia online menyediakan prospek pasaran yang tidak wujud pada era sebelumnya. Bagi usahawan yang mempelajari teknik pemasaran online dan mempraktikkan kaedah tepat pasti merasai keberhasilan membina jenama, menaikkan jualan serta mengukuhkan perniagaan. Menyedari perniagaan online semakin mendapat perhatian, peniaga online termasuk facebook dan instagram kini diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Usahawan Online Dan Peniaga Dalam Talian
Pagi tadi saya terbaca artikel berkenaan arahan yang dikeluarkan SSM kepada peniaga online agar memastikan perniagaan mereka didaftarkan bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil kemudian hari. Sebagai usahawan dan perunding online networking, saya terpanggil berkongsi peringatan ini buat pembaca yang dihormati sekelian.
Menurut Datuk Seri Alias Ahmad selaku Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan menipu pembeli dengan menjual barangan tiruan. Selain itu, ia juga bertujuan mengawal dan membenteras kes penipuan seperti scam atas kemajuan IT dan media sosial.
Pendaftaran Syarikat Bagi Peniaga Online
Pendaftaran syarikat bukan sahaja untuk memastikan perniagaan secara online dapat dikembangkan di negara ini, tetapi untuk memastikan perlindungan kepada para pengguna. Langkah tersebut juga dapat memudahkan pengguna jika berhasrat memeriksa maklumat syarikat sebelum berurusan.
Menurut Datuk Seri Alias lagi, sebanyak 6,389 buah syarikat perniagaan online didaftarkan oleh SSM pada tahun lepas barbanding hanya 2,690 pada tahun 2014. Dalam tempoh 2015 juga, KPDNKK telah mengambil tindakan terhadap pemilik perniagaan online di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) kerana gagal mendaftar syarikat untuk perniagaan yang dijalankan.
Justeru, kesempatan ini juga saya mengingatkan pembaca yang berkecimpung sebagai agen jualan, stokis atau industri networking agar memastikan platform urusniaga yang diceburi menepati syarat-syarat sah di sisi perundangan negara.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Apa pun jenis perniagaan yg dijalankan..harus patuh pd undang2.
MV punya dah expired ni, kena pegi renew cepat la
memang ada hikmah tu..lebih didaftarkan..saya menunggu pula kalau menjadi blogger perlu didaftar dalam SSM..dan blog di trademark
kalau ada bisness online satu hari nanti,nak buat jugak..
Segala-galanya dicukai..:(
PERNIAGAAN ONLINE NI MENGUNTUNGKAN JIKA BETUL PENGURUSANNYA…TAPI SEBELUM MEMULAKANNYA KENALAH DAFTAR DULU YA…AMBIL LESEN HEH..HEH..
Assalammualaikum… khirkhalid,
perniagaan online ke dafttar SSM agar melindungi pengguna atau pembeli online…
mselim3
Saya tak pernah register. Sales pun tak lebat..sekadar part time malu-malu je.
saya belum register utk bekam dan spa. sales baru sikit2
Salam..kalau saya buat group kompang dan ada blog adakah wajib untuk saya mendaftar perkhidmatan group kompang itu?
Waalaikumussalam… klu servis tu berasaskan keuntungan mmg perlu daftar. Klu membentuk persatuan kompang perlu daftar persatuan dibawah ROS. Boleh rujuk pihak SSM untuk info sebaiknya yg bersesuaian dgn rancangan tuan.
Diharap mendatangkan kebaikkan kepada peniaga online dan pembeli kerana lately memang banyak kes2 penipuan online ni..
kalau nak berniaga perlu kejujuran…
saya ni suka2 share je,bagi info hihi
Apa2 pun lebih baik kita pergi mendaftar perniagaan kita, baik online atau tidak… jadi kita berniaga pun dalam keadaan tenang, tak perlu berasa was2 …
rasanya tindakan segera kena ambil oleh pihak berkuasa kiranya ada penipuan niaga di internet. Berapa dah yang kena..hilang pelaburan ..kan kesian tu mangsa ramai..duit di bekukan..syukurlah ada SSM ni KK.Terbaik