Hukum Forex Trading. Perdagangan Forex (Forex Trading) merupakan perniagaan pertukaran matawang asing yang diniagakan sama ada melalui entiti pensyarikatan mahupun persendirian bertujuan memperolehi keuntungan atas transaksi nilai matawang dalam kadar dan waktu tertentu.
Justeru, baru-baru ini saya terbaca hujahan Dr Zaharuddin Abd Rahman, penasihat Syariah kewangan Islam tempatan dan antarabangsa tentang hukum Forex Trading yang membuatkan saya terpanggil berkongsi di sini sebagai sebaran peringatan dan panduan bersama.
Pendapat Terseleweng Hukum Forex Trading Itu Harus
Implikasi dari individu yang mengatakan hukum Forex trading sebagai harus.
1. Dia anggap matawang sebagai komoditi yang boleh dijual beli untuk mendapat untung. ini adalah pandangan kapitalis Barat yang tamak harta serta tidak mengira halal haram.
2. Dia anggap matawang boleh disewakan. Hasilnya, tindakan itu sekalugus bakal menghalalkan riba di bank konvensional kerana akan dianggap semua bank konvensional diharuskan menyewakan wang kepada pelanggan dengan mengenakan kadar faedah tertentu dan diakhir tempoh perlu dipulang semula barang sewaan iaitu wang pokok pinjaman. Itulah implikasi apabila menganggap matawang sebagai komoditi, sedang ulama Islam silam dan kontemporari semua menolak anggapan matawang sebagai komoditi.
Dr. Zaharuddin Abd. Rahman
Itulah pendapat yang terseleweng dari kebenaran, tidak kiralah jika ia disebut oleh mana-mana ustaz pemain Forex (biasanya bukan specialist bab muamalat walaupun dia mengakui dia mengaji Syariah kerana itu hanya asas sahaja).
Justeru Forex trading adalah HARAM sama ada ia dilaksanakan oleh individu mahupun oleh bank yang bayar cukai kepada kerajaan. Islamic Banking tidak melakukan tidak melakukan forex trading, jika ada, maka Penasihat Syariah mungkin terlepas pandang.
Juga sebahagian Islamic Bank menggunakan Forex transaction sebagai hedging (lindungi nilai dan risiko bisnes untuk pelbagai pihak) dan perlu difahami bahawa FOREX TRANSACTION itu tidak sama dengan FOREX TRADING.
Hujah Membidas Matawang Sebagai Komoditi
Imam Ibn Qayyim dalam Al-Turuq al-Hukmiyah membidas tindakan menjadikan matawang sebagai barang komoditi dengan katanya;
Ertinya : Mesti ditegah bagi sesiapa menjadikan matawang sebagai barang dagangan kerana itu bakal menyebabkan kerosakan yang besar serta tidak diketahui kecuali Allah swt menyelusup masuk ke dalam masyarakat, bahkan apa yang wajib adalah, duit mestilah menjadi matawang yang orang berniaga melaluinya (sebagai perantaraan membeli komoditi) dan bukan pada matawang itu sendiri.
Imam al-Ghazzali juga sebelumnya di dalam Ihya ‘Ulumuddin (4/91) telah menyebut berkenaan kesalahan menjadikan matawang sebagai barang dagangan ini yang bakal merosakkan dan membawa mafsadah dengan katanya;
Manakala ulama besar mahzab Hanafi iaitu Ibn ‘Abidin mengatakan yang sama menegaskan matawang bukan dibeli untuk dirinya sendiri tetapi ia adalah harga bagi barangan, lalu ia bukan komoditi yang harus diperniagakan. Katanya;
Kepada sesiapa yang berkecimpung dalam pasaran saham pasti sedar bahawa ramai dikalangan kita yang beragama Islam terlibat dalam Forex Trading. Justeru, bersama kita dalami setiap perkara dengan rujukan ilmu dari mereka yang pakar dan bertauliah dalam bidangnya serta akur terhadap kebenaran terutama yang melibatkan hukum agama.
Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati setiap rezeki yang kita perolehi untuk kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.
pernah jugak nyaris bekerja dengan company Forex..diorang claim syarikat diorang ada pengesahan halal whatsoever..tapi tak jadi kerja sebab malas nak cari orang. tapi betul tu, matawang tu komodidti, bukan barangan yang boleh diniagakan
Masalahnya, benarkah hanya Malaysia yang mengharamkan Forex? Adakah Majlis Fatwa Malaysia/Dunia sepakat mengharamkan forex? Seperti rokok fatwanya haram, tapi Imam Masjid pun santai merokok. Dan biasanya di Malaysia, apabila tiada faedah dan keuntungan secara langsung kepada kerajaan, biasanya 'benda' tu akan diharamkan sepantas kilat. Apa pandangan KK?
ASSALAM…PELIK MEMBIARKAN MATA WANG SBG KOMIDITI YG BOLEH DINIAGAKAN…ISLAM TELAH MENGGARISKAN PANDUAN DAN HUKUMNYA KENAPA KITA MSH TERPENGARUH DGN CARA BISNIS YG MENYUSAHKAN INI….NILAI MYR AKAN TERUS DIPERMAINKAN SEHINGGA TIADA NILAINYA LAGI
Salam singgah petang KK….diana tak pernah dengar lah…lagipun diana tak minat…hihi…dengan penjelasan yang KK kongsikan ni dapat membantu masyarakat membuka mata dan minda mereka kan…
thanks khir khalid atas perkongsian.. dulu saya ada jugak ceburi bidang forex ni… tapi x lama, kejap je sbb tak pandai sangat.. skrg dah lama stop.. masa tu, yg saya dengar ianya harus.. kalau dah macam tu, eloklah ditinggalkan..
Pendapatan yang was-was ni baiklah dijauhkan. Banyak lagi sumber rezeki yang diyakini halal boleh dilakukan. Tak pernah pun dengar orang jadi kaya main forex ni!?
Ramai anak muda yg terikut dgn gaya hidup mewah yg ditunjukkan Online Forex Trader ni..bilangan mereka semakin ramai, buat seminar sana sini kononnya nak share ilmu..duduk baring pun dapat duit..saya ada sahabat yg dulunya rapat terus putus gara gara menegur mereka..kini cukup bangga menonjolkan diri sebagai Fulltime Forex Trader..tinggal di kondo mewah KLCC, majlis kahwin mengalah anak jutawan..isteri pulak bukan main bangga menayang kemewahan yg suaminya beri di Instagram, FB..saya bukan cemburu, tapi kesian dgn perubahan mendadak dia…dulu masa bujang bukan main lagi bertazkirah dlm FB, rajin pergi ke Majlis Ilmu, hormat orang tua..memang baik sangat perwatakan hingga ramai yg nak buat calon menantu..tapi selepas dia berkecimpung dgn Forex Trading ni…segalanya berubah
saya pernah belajar dgn sebuah company yg uruskan forex trading ni… tp entah knapa makin byk belajar makin x tenteram hati sy…
pernah jugak nyaris bekerja dengan company Forex..diorang claim syarikat diorang ada pengesahan halal whatsoever..tapi tak jadi kerja sebab malas nak cari orang. tapi betul tu, matawang tu komodidti, bukan barangan yang boleh diniagakan
alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..dah jelas..maka elak la selagi boleh..
Masalahnya, benarkah hanya Malaysia yang mengharamkan Forex? Adakah Majlis Fatwa Malaysia/Dunia sepakat mengharamkan forex? Seperti rokok fatwanya haram, tapi Imam Masjid pun santai merokok. Dan biasanya di Malaysia, apabila tiada faedah dan keuntungan secara langsung kepada kerajaan, biasanya 'benda' tu akan diharamkan sepantas kilat. Apa pandangan KK?
ASSALAM…PELIK MEMBIARKAN MATA WANG SBG KOMIDITI YG BOLEH DINIAGAKAN…ISLAM TELAH MENGGARISKAN PANDUAN DAN HUKUMNYA KENAPA KITA MSH TERPENGARUH DGN CARA BISNIS YG MENYUSAHKAN INI….NILAI MYR AKAN TERUS DIPERMAINKAN SEHINGGA TIADA NILAINYA LAGI
terima kasih di atas perkongsian artikel ini.. seharusnya kita menkaji secara teliti jika perkara itu berkaitan dengan hukum agama..
perkongsian yg menarik En.Khir.. sejutu, mmg ramai org Islam yg berkecimpung dlm dunia forez trading ni…. moga kita dijauhi..
Ini yang kaki-kaki forex susah nak terima ni. Pihak A kata haram tapi pihak B lak kata halal. Last2 ikut yang sesuai dengan kehendak sendiri…
Pernah dengar ni… tapi rasa was2 tu tetap ada walaupun dikatakan sah…Alhamdulillah kini jelas sudah…terima kasih atas perkongsian ini KK.
pernah dengar tapi tak berminat nak join..nasib baik..thanks sharing KK
Salam singgah petang KK….diana tak pernah dengar lah…lagipun diana tak minat…hihi…dengan penjelasan yang KK kongsikan ni dapat membantu masyarakat membuka mata dan minda mereka kan…
thanks khir khalid atas perkongsian.. dulu saya ada jugak ceburi bidang forex ni… tapi x lama, kejap je sbb tak pandai sangat.. skrg dah lama stop.. masa tu, yg saya dengar ianya harus.. kalau dah macam tu, eloklah ditinggalkan..
Perkara-perkara yang bersangkut paut dengan riba' dan gharar seharusnya dijauhkan.
Terima kasih atas perkongsian.
Salam hujung minggu Khir 🙂
Pendapatan yang was-was ni baiklah dijauhkan. Banyak lagi sumber rezeki yang diyakini halal boleh dilakukan.
Tak pernah pun dengar orang jadi kaya main forex ni!?
Betul. Tapi masih ramai orang melayu xsedar.