Can you keep a secret WAO
Baru-baru ini saya terlibat dalam kerjasama kempen Women’s Aid Organisation (WAO) untuk berkongsi informasi pameran yang diadakan di The Garden Mid Valley. Kempen bertajuk ‘Can You Keep A Secret?’ ini merupakan kempen kesedaran yang bertujuan menyuntik keperihatinan kepada orang ramai berkenaan isu keganasan dan penganiayaan terhadap wanita. Sesungguhnya ia masih berlaku dikalangan masyarakat kita pada masa kini.

Kempen ‘Can You Keep A Secret’

Kempen ‘Can You Keep A Secret?’ ini telah berlangsung pada 5 sehingga 16 Ogos 2015. Ia bukan sekadar menyalurkan maklumat kepada umum tentang isu keganasan yang berlaku terhadap wanita, tetapi menekankan, ia juga menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat agar prihatin membantu dan membenteras isu ini.
 
Pameran berbentuk kesenian ini turut mempamerkan beberapa petikan pengakuan mangsa penderaan dalam bentuk audio dan penulisan yang menjelaskan kejadian sebenar penganiayaan wanita yang kadangkala tidak diambil peduli atas sebab “jangan jaga tepi kain orang”.

Bukan semua perkara patut kita diamkan terutama jika ia melibatkan ancaman nyawa, manipulasi, penganiayaan fizikal dan emosi terhadap wanita.

 
can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,
 

Tanggungjawab Woman’s Aid Organisation Menghulur Pertolongan

Kempen ‘Can You Keep A secret’ juga menjelaskan kepada orang ramai tentang kesediaan Women’s Aid Organisation (Pertubuhan Pertolongan Wanita – WAO) sebagai organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam membantu setiap wanita yang berhadapan krisis permasalahan ini.

Adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan ini dalam membantu membuka jalan penyelesaian yang selamat dengan bimbingan sewajarnya.

 
kempen can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,
kempen can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,
Kempen can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,
 
Justeru, sekiranya anda melihat unsur-unsur keganasan terhadap wanita ada berlaku di kejiranan atau persekitaran, atau anda sendiri merupakan salah seorang wanita yang sedang mengalami krisis seumpama ini… jangan dirahsiakan. Tindakan positif anda pastinya dapat membantu jiwa demi kesejahteraan masa hadapan anda dan masyarakat seluruhnya.
 
 
Hubungi Women’s Aid Organisation di : WAO Hotline – 03 7956 3488
Ambil peduli… anda boleh dapatkan maklumat selanjutnya dengan melayari laman web rasmi Women’s Aid Organisation di www.wao.org.my
 
#NoSilenceForViolance
 
 

Baca lagi > Inspirasi Bersama Yasmin Hani #Dedicated2Cikgu

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

27 Thoughts to “Kempen WAO Tentang Keganasan Terhadap Wanita”

  1. Wahh bagus bila ada kempen yang macam ni 🙂

  2. " tanggungjawab setiap lapisan masyarakat untuk sentiasa prihatin membantu dan membenteras isu ini"
    saya setuju bro.. sebab buat masa skrg masih ramai.. yg masih takut2 dan x tahu nak selesaikan masalah yg
    mereka hadapi… nice sharing bro.. harap perkogsian ini membuatkan kita lebih peka dgn masalah dan isu2 sebegini 😛

  3. terbaik kampen…memerlukan kesedaran kitasemua..

  4. Sedihnya bila membaca kisah penganiayaan terhadap wanita, baik dari segi fizikal mahupun mental. Wanita adalah makhluk yang harus dilindungi, bukan untuk dibuli atau diambil kesempatan di atas kelemahannya.
    Semoga kempen-kempen seperti ini dapat memberi kesedaran kepada wanita dan juga masyarakat.

  5. wanita perlu untuk letakkan ditempat yang tinggi..

  6. wanita perlu untuk letakkan ditempat yang tinggi..

  7. semoga kempen kesedaran badan ngo ini jujur ikhlas membantu wanita2 yg teraniaya didera mental n fizikal…agar wanita2 xmengambil sikap berdiam diri xmhu bercerita perihal rahsia rumahtangga yg bermasalah hingga mati..

  8. Kempen yang bagus.. kadang kita mmg tak ambil kisah tentang org sekeliling… moga NGO ini dpat membantu para wanita yang teraniaya…

  9. Kempen yang bagus..hormati wanita dan sama-sama kita sokong kempen ini

  10. Kempen yang cukup bagus dan sangat2 berguna ..Semoga kempen ini akan menyuntik keperihatinan kepada orang ramai berkenaan isu keganasan dan penganiayaan terhadap wanita yang masih berlaku dikalangan masyarakat kita pada masa kini..Sekarang ni macam2 kes yang berlaku membabitkan golongan wanita..Sama2 kita muhasabah diri

  11. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum…khir,

    dah ada saluran untuk melindungi wanita yang didera…

    mselim3

  12. Wanita perlu dilindungi…bukannya disakiti. Semoga kempen ini berjaya dan sampai pada sasarannya.

    p/s: Relaks Minda kini telah berpindah operasinya ke http://www.dammahumnib.com. Semoga ukhwah berpanjangan.

  13. harap2 kempen sebegini diperluaskan ke seluruh negara

  14. bagus kempen ni…beri kesedaran pada masyarakat…ada part yg kita kena jaga tepi kain org…

    ramai perempuan yg sanggup didera sebab takut diceraikan …

  15. Bagus kempen seperti ini, dapat membuka mata rakyat dan kesedaran tentang penginiayaan kaum wanita..

  16. Sekarang ni pepatah 'jangan jaga tepi kain orang' tak boleh digunakan lagi untuk sesuatu perkara…kes penderaan rumah tangga memang kena ambil peduli

  17. Sylarius Yusof

    Keganasan terhadap wanita ni dari dulu sampai sekarang tak solve lagi. Masih lagi terdapat golongan suami yang gemar melakukan kekerasan terhadap isteri dek kerana kurangnya kesedaran dan juga kurang perasaan belas ihsan sesama manusia.

  18. mentaliti masyarakat menyebabkan perkara ini
    terus melarat sehingga ke generasi hari ini
    menyedihkan, tapi itulah hakikat
    tengok orang kena pukul, kita mungkin tolong
    tolong ambil gambo aje

  19. Ija Rased

    salam singgah..tinggi martbat seorang wanita. 🙂

  20. Jangan lupa juga kempen keganasan terhdap lelaki..:)

  21. bgusnya ada kempen kesedaran macam ni. zaman sekarang macam2 jadi. huhu..

  22. Kekejaman harus dikenakan hukuman…

  23. Bagus kempen ni. Wanita kena berdiri dengan kaki sendiri kalau suami tak bertanggungjawab. Jangan tunggu perkara lebih teruk berlaku baru nak bertindak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.