Yasmin Hani
Inspirasi Bersama Yasmin Hani – Pada 22 Mei 2015 (Jumaat), Yasmin Hani, personaliti tv terkenal, telah berkongsi pengalaman zaman persekolahan. Ia merupakan sebahagian intipati kempen #Dedicated2Cikgu anjuran INTI International University and Colleges sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru di Malaysia. Sesi temubual berlangsung bersama rakan media dan industri di kampus INTI, Subang Jaya, Selangor.
 
Tahun ini saya turut terlibat dalam menjayakan kempen #Dedicated2Cikgu bagi menghargai jasa guru dengan menggalakkan para-pelajar sekolah mengabadikan kata-kata ucapan sempena Sambutan Hari Guru. Kempen ini bermula pada tahun 2012 dengan menyampaikan 40,000 bunga ros kepada guru-guru di 400 buah sekolah seluruh Malaysia. Kovensyen Hari Guru juga telah diadakan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
 
Atas sambutan yang menggalakkan, tema INTI, “Sharing Your Best Teaching Moments” pada kempen #Dedicated2Cikgu pada 2013 telah menyaksikan penglibatan guru-guru berkongsi pengalaman paling indah sebagai guru menerusi laman web INTI. Pada 2014, INTI telah memperkenalkan ‘microsite’ kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mengabadikan ucapan penghargaan mereka melalui ‘#Dedicated2Cikgu 1.0 Campaign’.
 
#Dedicated2Cikgu, INTI International University and Colleges
 
Kini INTI meluaskan kemeriahan kempen ini kepada ‘#Dedicated2Cikgu Campaign 2.0’, dimana ucapan penghargaan pelajar kepada guru yang terpilih akan diumumkan oleh artis-artis tempatan terkenal iaitu Rozita Che Wan, Amar Asyraf, Elfira Loi, Fizz Fairuz dan FORTEEN. Tahun 2015 ini, INTI telah menerima lebih 700 ucapan daripada lebih 100 sekolah di seluruh Malaysia. Seramai 150 ucapan guru dan pelajar terpilih akan menerima ganjaran menarik.
 

Inspirasi Yasmin Hani sempena #Dedicated2Cikgu

 
Perkongsian Yasmin Hani mengingatkan beliau kembali kepada guru-guru yang telah mengajarnya. Beliau pernah bersekolah dibeberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur, antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lee Rubber Setapak, Sekolah Menengah Chong Hwa Gombak, Pin Hwa High School Klang, Sekolah Sri Inai sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Jeram, Kuala Selangor sewaktu di tingkatan 4. Pengalaman melalui kepelbagaian budaya persekolahan merupakan satu nostalgia menarik yang beliau kongsikan.
 
Yasmin Hani, #Dedicated2Cikgu
 
Antara guru yang dikenang adalah Cikgu Ali, Sir Dorai, Cikgu Salbiah dan Ms Lopes yang merupakan guru kelas beliau. Manakala Mr Loy adalah ‘the best teacher’ dalam sejarah persekolahan. Selain itu, beliau masih mengingati jasa seorang guru yang sanggup melapangkan masa duduk bersama agar apa yang diajarkan dapat difahami murid sepenuhnya. Ia merupakan contoh kesabaran dan keperihatinan jasa dan pengorbanan guru yang patut menjadi inspirasi kepada warga pendidik.
 
Sebagai pelajar, beliau juga pernah nakal namun tidak pernah menyusahkan kedua ibu bapa dan keluarga. Menyentuh soal kepimpinan, Yasmin Hani pernah dilantik sebagai pengawas. Pengalaman mencabar sebagai pengawas ialah apabila ditugaskan menjaga kelas pelajar-pelajar nakal dan berjaya menyempurnakan tugasan tersebut dengan sebaiknya. Guru juga merupakan antara faktor yang membentuk beliau sentiasa berkeyakinan dan berfikiran positif dalam kerjaya serta kehidupan.
 

Pesanan Yasmin Hani Sempena #Dedicated2Cikgu

 
Sebagai seorang personaliti televisyen yang turut terlibat dalam pembangunan sosial dan kebajikan membantu gelandangan, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada guru-guru atas usaha dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Beliau juga mengingatkan pelajar-pelajar seluruhnya agar menghargai guru dengan memanamkan sifat ketekunan dalam pembelajaran serta sentiasa prihatin dengan apa yang guru sampaikan sebagai wadah ilmu demi kejayaan di masa hadapan.
 
Khir Khalid, Yasmin Hani, #Dedicated2Cikgu
 
Inspirasi bersama Yasmin Hani turut menyatakan pandangan tentang cabaran guru-guru masa kini yang berbeza dengan waktu sebelumnya. Justeru, kesabaran, keperihatinan dan kreativiti setiap guru dalam mendidik murid-murid era informasi sangat penting dan perlu bersesuaian dengan peredaran masa agar mampu menarik minda generasi kini menerima ilmu sebaiknya.
 
Kempen #Dedicated2Cikgu ini juga merupakan salah satu cara terbaik menyuntik kesedaran serta merapatkan lagi hubungan guru dan murid masa kini untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.
 

Baca lagi >Kempen Women’s Aid Organization

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

46 Thoughts to “Inspirasi Bersama Yasmin Hani #Dedicated2Cikgu”

  1. Mardiah Diana

    Salam singgah petang sabtu kk…wahh….memang bagus ni program mcm ni….

    1. Waalaikummussalam Diana.. alhamdulillah.. mmg bagus dan bermanfaat kan.. 🙂

  2. Nurfaezah Abdullah

    sounds fun kempen tu hihi

    1. Mmg fun.. seronok Fae.. 🙂

  3. wahh seronoknya ada peluang seperti ini ,,.tak semua orang merasa.. apapun jasa guru banyak sekali ..tak terbalas

    1. Alhamdulillah Acik.. perkongsian yg menarik utk aktiviti yg bermanfaat. Jasa guru perlu kita hargai.. 🙂

  4. Bagus program ni ya …bakti jasa guru2 mmg patut dihargai…

    1. Betul tu.. program yg baik utk menghargai jasa dan pengorbanan guru… 🙂

  5. Wah…jumpa retis.. 😀
    memang bagus jika dibuat program2 yang sebegini.

    1. Peramah orgnya hihii… mmg patut disokong program2 mcm ni.. 🙂

  6. Thumbs up!!!

    Penah jg jupe dia tp x dan nk bertegur sapa

    1. Ini untunglah sesi tertutup.. tak ramai, adalah peluang berbual.. 😀

  7. wah…cikgu Salbiah pun ada, tumpang bangga kejap. mesti peramah Yasmin Hani, kalau dilihat dari personaliti dia yang ceria memanjang tu..

    1. Ye cikgu Sal hehee.. Betul tu, ceria, peramah dan profesional.. personaliti dan character pun menarik.. 🙂

  8. bagusnya program seperti ni..

  9. bagusnya program seperti ni..

    1. Memang bagus.. mmg perlu digalakkan ZF.. 🙂

  10. Bagus program mcm ni.. Menggalakkan pelajar2 mengingati jasa guru2 yang pernah mengajar kita.. Rindu betul zaman sekolah.. :))

    1. Saya pun rindu zaman sekolah.. zaman yg paling best kan.. program mcm ni mmg patut disokong.. 🙂

  11. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum.. khirkhalid,

    wah… seronok program macam ie kan.. sambil dapat berjumpa dengan selebriti…. yasmin hani dan memperingati hari guru..

    mselim3

    1. Waalaikummussalam.. alhamdulillah,mmg seronok.. program mcm ni mmg patut diketengahkan.. 🙂

  12. Kempen macam nie dapat mengembalikan nostalgia kepada guru dan pelajar disamping memupuk nilai menghormati guru… Wah, bestnya bergambar dengan Yasmin Hani yer.

    1. Betul tu Zumal.. jasa guru harus dihargai.. setiap kita pasti mempunyai nostalgia ttg guru kan.. itu perkara yg perlu dititikberatkan dlm msykt.. sempatlah juga amik gambar tu hihii.. 🙂

  13. Comelnya..hehe..seronok bila dengar perkongsian tentang cikgu ni kan

    1. Hehee.. betul tu CP.. setiap kita pasti ada nostalgia masing2 ttg guru kan.. 🙂

  14. baru2 ni banyak terbaca berkenaan statement yasmin yg agak panas pasal guru ni.. yg pasal rotan tu.. ramai jugak yg bagi maklum balas yg kurg setuju dengan statement beliau..

    1. Secara jujur pada saya pendapat beliau tu dimanipulasi dan disensasikan.. kenyataan sebenar saya ada jelaskan di atas tu.. kita blogger taukan media pun ada cara mereka juga..ishh.. secara direct tu, tak betul tu Pha Is..

    2. CP pun rasa kenyataan Yasmin Hani dimanipulasikan oleh sesetengah pihak. Pada masa yang sama disensasikan oleh keybord warrior. Kadang-kadang pemahaman kita tentang sesuatu isu ni lain-lain.

  15. Nostalgia bersama guru x mungkin d lupakan

    1. Betul tu.. guru yg ikhlas pasti akan dikenang selamanya.. 🙂

    1. Kempen yg baik utk menghargai jasa guru.. 🙂

  16. wah!nice sharing KK,Yasmin hani ni mmg So Really nice person kan KK,hehe

    1. Really a nice person Eyfa.. personality yg baik & mmg sesuai utk kempen ni.. 🙂

  17. bagus pesanan Yasmin Hani. syoknya bro KK dapat jumpa Yasmin Hani!!! 😀

    1. Seronok Amy.. tp syngnya kenyataan yg tak sepatutnya telah disensasikan sesetengah pihak mainstream. Sabo je lah.. 🙂

  18. berdarah mata tgk gambar bro KK dan Yasmin Hani tu…

  19. betul cakap Yasmin tu….guru sekarang tugas mereka semakin mencara dalam mendidik anak-anak era zaman millenium dan teknologi yang semakin canggih dan pantas

  20. wah Khir jumpa celebriti…tambah glemer khir :)…betul cakap yasmin hani tu…cabaran cikgu sekarang berbeza dengan cikgu2 dulu…apa2 pun jasa cikgu2 sampai bila2 akan dikenang…Allah saja yg dapat membalas jasa2 mereka semua

  21. thumbs up ^_~` jika hari ini seorang peguam menang bicara, ia bermula dari seorang guru… #sayasayangcikgusaya
    kindly follow me at http://www.qalbu82.blogspot.com

  22. Nurul Hidayah

    Sempat wefie dengan retis comeh.. untung laaaaa.. hehee

  23. Program yang bagus dan bermanfaat macam ni patut diadakan tiap tahun… Bestnyer KK dapat bersua 4 mata dan bergambar dengan selebriti..

  24. Memang patut la biuat program mengingati jasa guru-guru ni…

  25. Memang setuju sangat adakan program begini untuk guru. Mama sehingga sekarang pun tak boleh lupa my best teacher. Sampai jadi ayah angkat lah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.