Impak Revolusi Industri (IR) 4.0 Terhadap Mahasiswa (IBFC, KUIS)

Impak Revolusi Industri (IR) 4.0 Terhadap Mahasiswa – Sejak memulakan kerjaya, telah banyak perubahan yang berlaku dalam landskap industri, trend pasaran malah gaya hidup masyarakat. Sehingga kini, kita sudahpun memasuki era baru yang dinamakan ‘Internet of Things’ (IoT) atau Internet Kebendaan.

Kemajuan dan pengembangan teknologi telah memaksa masyarakat dunia untuk terus berdaya saing dengan cabaran baru. Negara kita juga tidak terkecuali, begitu juga dengan mahasiswa pada masa kini yang memerlukan persediaan dalam mendepani cabaran IR 4.0.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk berkongsi perspektif tentang IR 4.0 ini. Sesi kali ini dianjurkan oleh Islamic Banking and Finance Club, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (IBFC, KUIS).

Impak Revolusi Industri Ke-4 Terhadap Mahasiswa

Program bual bicara perkongsian ilmu atas talian bertajuk Impak IR 4.0 Terhadap Mahasiswa ini telah diadakan pada malam Selasa (29 Disember 2020) melalui saluran Instagram Live @ibfckuis dan dihoskan oleh saudara Ahmad Faiq Irfan selaku moderator program.

Terdapat sesi soal jawab yang memfokuskan tentang persediaan serta nilai tambah yang perlu ada pada mahasiswa masa kini dalam mendepani cabaran pasaran pekerjaan dan kerjaya era IR 4.0 ini. Mahasiswa kini perlu lebih peka, kreatif dan berinovasi dengan keberadaaan semasa era digital kini.

Video IGTV berdurasi satu jam ini menjelaskan seluruh pengisian terhadap langkah dan persediaan yang boleh dilakukan oleh mahasiswa seluruhnya dalam mempersiapkan diri mendepani cabaran era IR 4.0.

https://www.instagram.com/tv/CJYnQihD1W2/?utm_source=ig_web_copy_link

Penghargaan IBFC – KUIS

Penghargaan terima kasih kepada Islamic Banking and Finance Club, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (IBFC, KUIS) atas penganjuran sesi bual bicara Impak IR 4.0 Terhadap Mahasiswa ini.

Melalui kefahaman tentang kemunculan era IR 4.0 dan cakna terhadap keberadaan trend semasa menjadi landasan asas persediaan kepada seluruh mahasiswa untuk mengorak langkah di masa hadapan.

Mudah-mudahan segala pengisan yang dikongsikan dapat memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada semua. Selamat maju jaya.

Baca lagi: FB Live: Mahasiswa Dan Sistem Revolusi Industri (IR) 4.0

3 Thoughts to “Impak Revolusi Industri (IR) 4.0 Terhadap Mahasiswa”

  1. Siswa Mall di antara platform khas untuk mahasiswa ambil peluang cipta kerjaya sendiri. Fresh graduate sekarang nak dapatkan kerja ikut bidang masing-masing sangat mencabar.

  2. Cabaran mahasiswa era baru yg mesti didepani dengan bijak jika mahu berjaya

  3. […] Baca lagi: Impak Revolusi Industri 4.0 Terhadap Mahasiswa […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.