Fb Live Mahasiswa Dan Sistem Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang berkongsi perspektif bertajuk Mahasiswa Dan Sistem Revolusi Industri (IR) 4.0. Program FB Live anjuran Kelab Perkim UUM ini telah berlangsung pada 15 Jun 2020 jam 9.30 malam.

Sememangnya, kehadiran IR 4.0 ini merupakan cabaran yang boleh memberi peluang dan ancaman buat kita semua. Maka amanah ini secara tidak langsung menjadi inisiatif dalam berkongsi input kepada mahasiswa sebagai persediaan cabaran IR 4.0.

Sektor pendidikan turut tidak terkecuali menerima impak dalam pembangunan modal insan terhadap pasaran pekerjaan dan keusahawanan. Ia menjadi landasan dasar agar generasi berilmu dapat terus bersedia dalam arus pembangunan negara.

Fb Live Mahasiswa Dan Revolusi Industri (IR) 4.0 anjuran Kelab Perkim UUM, Universiti Utara Malaysia.

Fb Live: Mahasiswa Dan Sistem IR 4.0

IR 4.0 bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi merupakan persaingan industri di seluruh dunia dalam pembangunan ekonomi digital. Oleh itu, setiap negara kini perlu mengadaptasi dan sentiasa menambahbaik infrastruktur dan modal insan.

Bagi memahami apa itu Revolusi Industri 4.0, kita sememangnya perlu terlebih dahulu merujuk sejarah tentang bagaimana revolusi industri itu bermula dan berkembang sehingga ke hari ini.

Berikut secara ringkas tentang sejarah revolusi perindustrian dunia.

Revolusi Industri 1.0 (1760 – 1860) – Kemunculan revolusi industri pertama bermula apabila manusia mula bertukar daripada penggunaan tenaga semulajadi seperti angin, air dan haiwan kepada tenaga berasaskan enjin wap.

Sekitar era inilah pembangunan meningkat pesat dengan terbinanya infrastruktur industri seperti jaringan pengangkutan keretapi, kapal-kapal besar dan enjin-enjin perkilangan yang lebih canggih dan berkuasa tinggi.

Revolusi Industri 2.0 (1860 – 1960) – penemuan petroleum telah membawa kepada penciptaan kuasa enjin yang kita guna sehingga hari ini. Kuasa eletrik ditemukan dan pelbagai penciptaan baharu seperti kereta, kapal terbang, alat komunikasi dan mesin-mesin yang lebih efisyen dan produktif dari sebelumnya.

Revolusi Industri 3.0 (1960 – 2014) – merupakan era eletronik, plastik, komputer dan teknologi informasi. Kebanyakkan kita pada waktu saya menulis adalah generasi yang lahir sekitar era ini. Pengembangan komputer dan teknologi informasi adalah pengaruh dominan yang membawa kepada perubahan IR 4.0 kini.

Revolusi Industri 4.0 adalah era Internet Kebendaan (Internet of Things – IoT). Pembangunan sistem dan mesin mula melibatkan kepentingan internet dan robotik Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – A.I.) serta Pengkomputeran Awan (Cloud Computing). Internet menjadi dasar industri yang membawa kepada persaingan ekonomi digital dan mengubah cara bekerja dan gaya hidup di seluruh dunia.

Perkongsian Fb Live di bawah berkongsi penjelasan lanjut realiti IR 4.0 yang memberi kesan, cabaran dan peluang kepada mahasiswa dalam persaingan pasaran pekerjaan dan arus kemajuan ekonomi digital.

FB LIVE : MAHASISWA DAN SISTEM REVOLUSI INDUSTRI (IR) 4.0

[SIARAN LANGSUNG]Kelab PERKIM UUM mengajak seluruh mahasiswa untuk bersama-sama menyaksikan live di Facebook Kelab PERKIM UUM :Penampilan Khas : Khairul Anuar Md KhalidModerator: Muhammad Hazlami bin Mohd Kamal( Ketua Exco Pendidikan dan Latihan Kelab PERKIM UUM )Dijemput kepada mereka yang berkelapangan untuk sertai siaran langsung ini bagi mengikuti perkongsian yang dibawa oleh Kelab PERKIM UUM. #Perkim4All#StayAtHome#MemperkasaBiahSolehah

Posted by Kelab Perkim UUM (Official) on Monday, June 15, 2020

Mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0

Kini telah bermula era yang terus berkembang dalam kadar yang pantas. Era Internet Kebendaan, Kecerdasan Buatan dan Pengkomputeran Awan menjadi dasar penting dalam pembangunan ekonomi digital di seluruh dunia.

Oleh itu, persediaan akademik sememangnya perlu bagi memenuhi tuntutan industri dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi mendepani cabaran ekonomi digital kini dan masa hadapan.

Penghargaan terima kasih kepada Kelab Perkim UUM, mahasiswa, mahasiswi serta semua yang menonton perkongsian ilmu ini. Moga ia dapat memberi manfaat dan nilai tambah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang cemerlang… aamiin.

Kredit Fb Live: Kelab Perkim UUM (Official)

Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus Revolusi Industri 4.0

7 Thoughts to “FB Live: Mahasiswa Dan Sistem Revolusi Industri (IR) 4.0”

  1. betul. memang kena di maksimumkan pada semua masyarakat dan klu khasnya kepada mahasiswa pun betul.

  2. Alhamdulillah dapat menontonnya input bermanfaat

  3. Penambahbaikkan sentiasa berlaku dan cepat juga perkembangannya.Cuma terkadang penerimaannya yang sedikit perlahan kerana untuk menguasai satu-satu pembaharuan itu perlu lebih latihan dan pengalaman.Tidak mustahil akan timbul I.R 5.0 satu masa nanti.

  4. AvatarMarzuki Rahman

    Pendek kata IR 4.0 ni bukan saja2 nak diwujudkan.. ia revolusi dunia. Internet dah jadi asas keperluan ekonomi dan gaya hidup skrng dan masa depan. Ia bukan sekadar utk suka2 tp keperluan kerjaya, ekonomi dan masyarakat. Pencerahan ni jelas.

  5. Tajuk yang dibincang sangat bermakna
    Khiral recently posted…Lori Hantar BarangMy Profile

  6. assalamualaikum… hi everything! 😉 sihat ke tu? maaflah… baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi… err malaslah nak cakap hahaha… tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2… jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha…see ya!

  7. betul tu persiapan dr segi ilmu jg harus mantap. apalah guna ada mcm2 revolusi tp ilmu yg dibawa zero

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.