Tips bina authoriti bisnes dengan Google

Assalamualaikum. Google Search sememangnya sudah tidak asing lagi dikalangan kita semua. Setiap orang pastinya akan menggunakan enjin carian ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang mereka inginkan.

Bagi seorang usahawan sudah tentu anda memerlukan landasan carian ini untuk meluaskan lagi potensi pasaran. Namun tidak semua mengetahui kaedah ini, manakala yang tahu akan terus memanfaatkannya untuk membina kredibiliti dan authoriti digital agar dijumpai oleh prospek yang mencari maklumat tentang sesuatu perniagaan, produk atau servis yang mahu mereka langgan.

Atas faktor itu, artikel ini menjelaskan beberapa strategi yang boleh anda jadikan panduan dalam membina authoriti bisnes untuk perniagaan anda agar dapat bertapak lebih kukuh dalam persaingan industri digital yang terus berkembang pesat.

Apa Itu Authoriti Google

Authoriti bermaksud penguasaan. Manakala Authoriti Google itu membawa maksud penguasaan anda pada sesuatu bidang pada enjin carian Google.

Melalui authoriti Google inilah dapat membantu bisnes anda agar lebih mudah temui oleh orang ramai yang menggunakan enjin carian Google untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara yang terkait dengan bisnes anda. Ia merangkumi faktor lokaliti, iaitu lokasi sehinggalah perkara-perkara yang berkaitan dengan jenis produk atau servis yang anda pasarkan.

Oleh itu, bagi bakal pelanggan atau prospek pasaran yang mencari maklumat berkenaan sesuatu bisnes, produk atau servis yang ingin dilanggan melalui enjin carian, kebarangkalian untuk mereka menjumpai tentang bisnes anda adalah besar.

Itulah yang dimaksudkan dengan authoriti bisnes di Google.

Terdapat 3 cara untuk membina authoriti Google ini.

Ketiga-tiga cara ini terbukti dapat membantu menyenaraikan bisnes anda pada ruangan yang lebih baik di enjin carian. Namun apa yang lebih baik, ia membantu capaian yang lebih spesifik kepada bakal pelanggan dan prospek pasaran.

Sebagai contoh, jika anda seorang pengusaha restoran, bisnes anda dapat muncul di Google pada carian tertentu. Begitu juga jika anda seorang kontraktor, ejen hartanah atau apa jua bidang kerjaya dan bisnes yang diceburi, authoriti Google membantu bisnes anda untuk lebih mudah ditemui di arena pasaran digital.

Menarik bukan?

Tips Asas Bina Authoriti Bisnes

Berikut ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi merealisasikannya.

1. Daftar Google Business Profile

Ini adalah kaedah dan strategi terbaik untuk anda mulakan.

Google Business Profile (GBP) merupakan platform sokongan pemasaran digital yang disediakan secara percuma oleh Google bagi membantu setiap perniagaan membina kewujudan maya yang lebih baik di enjin carian Google.

Ini bermaksud, perniagaan yang mendaftar akaun GBP dapat tersenarai pada kedudukan yang lebih terserlah, berserta maklumat dan paparan yang berkredibiliti kepada bakal pelanggan serta prospek pasaran. Ia secara tidak langsung membantu menyokong reputasi bisnes serta potensi pasaran melalui authoriti Google.

Paparan GBP dari hasil pencarian juga mempunyai penerampilan yang berbeza dari penyenaraian biasa. Ia dipaparkan pada bahagian atas kanan untuk paparan desktop dan di kedudukan atas melalui peranti pintar. Maklumat perniagaan juga ditampilkan dalam satu ruangan berserta gambar, nama syarikat, jenis dan waktu perniagaan, pautan ke platform digital yang lain seperti laman web dan media sosial, termasuk maklumat perhubungan bersama peta lokasi secara teratur.

Mendaftar akaun GBP ini mudah dan percuma. Sayang jika tidak anda manfaatkan untuk memperkukuh potensi perniagaan anda di pasaran digital.

Anda boleh layari laman rasmi Google Business Profile di >SINI< dan ikuti panduan yang disediakan. Ia merupakan satu lagi platform penting dalam memperkukuh potensi pasaran digital yang semakin berkembang pesat.

Tips bina authoriti bisnes di Google

2. Membina Laman Web (website)

Pada salah satu artikel yang saya tulis di akhbar Utusan Malaysia ada menyatakan kepentingan laman web dalam memperkukuhkan potensi pemasaran digital. Ia menjadi antara elemen bagi organisasi mahupun individu untuk kebaikan kerjaya, kredibiliti bisnes dan prospek pasaran.

Saya pasti ramai sudah sedia maklum apa itu laman web. Setiap hari juga ramai yang melayari internet untuk mencari maklumat yang diperlukan. Hasil kebanyakkan maklumat itu adalah dari sumber pelbagai laman web yang tersenarai di enjin carian.

Sesebuah laman web mampu menjadi premis maya atau extension kepada sesebuah perniagaan yang boleh diakses (24 jam dan 7 hari seminggu) dari seluruh dunia.

Laman web juga memiliki potensi optimasi enjin carian yang lebih baik berbanding platform media sosial. Ia boleh memuatkan pelbagai maklumat berkenaan perniagaan anda merangkumi pengenalan, profile organisasi, produk dan servis yang ditawarkan termasuk ruang blog untuk mengetengahkan pelbagai maklumat berkenaan bisnes anda dari masa ke semasa.

Terdapat beberapa artikel yang pernah saya kongsikan tentang bagaimana membina laman web yang mempunyai kredibiliti yang baik di enjin carian. Antaranya boleh anda baca melalui pautan ini > Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Bisnes.

Selain itu, laman web anda juga boleh dipaparkan pada akaun Google Business Profile agar prospek lebih mempercayai perniagaan yang anda usahakan.

3. Aktif Di Media Sosial

Berdasarkan pengalaman industri, tidak ramai pengusaha atau pemilik bisnes yang gemar aktif di media sosial. Alasan mereka kebiasaannya disebabkan komitmen bisnes dan tiada masa untuk sentiasa aktif setiap hari berkongsi posting media sosial.

Kecualilah anda seorang influencer atau Key Opinion Leader yang ada bisnes dan aktif di media sosial disebabkan jumlah pengikut yang ramai. Jika tidak, usah khuatir.. anda tetap perlu mendaftar akaun media sosial dengan pilihan yang anda rasakan paling sesuai untuk bisnes anda.

Memiliki akaun media sosial tidak mensyaratkan anda untuk sentiasa aktif membuat posting, tetapi ia juga membantu penyenaraian bisnes anda di Google.

Antara platform media sosial yang menjadi pilihan ramai usahawan dan pemilik perniagaan adalah Facebook Page, Instagram dan TikTok. Ada juga yang memilih Linkedin sebagai ruang membina kerjaya atau bisnes dalam sektor industri B2B atau profesional. Ia bergantung kepada kesesuaian bisnes anda.

Memiliki akaun media sosial dapat diintegrasikan bersama laman web, dan ia juga boleh dipaparkan di Google Business Profile yang menjadikan sesebuah bisnes itu memenuhi kriteria lengkap sebagai sebuah perniagaan yang boleh dipercayai dalam era pasaran digital kini.

Pautan artikel yang saya kongsikan ini memberi penjelasan yang lebih terperinci berkenaan pilihan platform media sosial > Potensi Pemasaran Media Sosial.

Bina Authoriti Dengan Google

Simple?… nampak mudah tapi ia tidak boleh terhasil semalaman.

Apa pun, anda perlu mulakan mengintegrasi ketiga-tiga kaedah di atas sebagai asas penting bagi membolehkan enjin carian seperti Google mengenali bisnes anda. Dari situ, ia akan membawa kepada capaian pencari maklumat untuk menjumpai dan membuka peluang bisnes anda lebih dikenali.

Kesemua kaedah ini juga menjadi pelengkap kepada elemen pemasaran digital yang memberi manfaat jangka panjang kepada bisnes anda dan hubungannya kepada pelanggan serta prospek pasaran dalam persaingan era transformasi digital.

Baca lagi: Kepentingan Blog Untuk Laman Web Perniagaan

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

26 Thoughts to “Tips Bina Authoriti Bisnes Di Google”

  1. Marzuki Rmn

    Good insights.. dpt info baru ttg Google My Business. Thanks share Khir.

    1. Thanks juga tuan, moga ada manfaat utk perniagaan tuan, in shaa Allah.

  2. Thanks for the info…
    Antara cabarannya adalah menulis topik yang konsistent..

    1. Betul tu.. nak konsisten menulis satu hal, nak konsisten topik agar tetap atas niche satu hal juga.. dua2 cabaran, tp reward dia klu dah mengena dgn prospek pernigaan pun boleh tahan juga.

  3. Perkongsian bermanfaat moga sukses selalu apa saja rencananya

    1. In shaa Allah, terima kasih kak PI.. mudah2an, sama2lah kita.. aamiin.

  4. Istiqhomah,fokus..inshaAllah apa yang mahu dan cuba disampaikan mengena sasaran.Bukan hal mudah nak menarik perhatian pembaca dan tersenarai di enjin carian Google.

    Terima kasih Tn perkongsian.

    1. Betul tu PC, perlukan kesabaran dan istiqamah juga dlm menulis kandungan yg selaras dan menjana pelanggan, in shaa Allah.

  5. Tak pernah kering ilmu bila melayari laman blog ni. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk LeYa amalkan. Tahniah dan semoga Abg Khir terus sukses memberi segala ilmu yg ada.

    1. Terima kasih Leya.. in shaa Allah, moga ada manfaat dan kebaikan. Mudah2an sama2 kita semua terus sukses dan diberkati.. aamiin 🙂

  6. terima kasih atas perkongsian. semuanya boleh dibuat asalkan kita konsisten. inshaAllah aamiin ^_^

    1. Terima kasih Umi.. in shaa Allah moga sentiasa dipermudahkan utk kita semua konsisten dan beroleh kejayaan berterusan.. aamiin.

  7. […] memberi manfaat dan membuatkan mereka percaya kepada anda. Selain itu, ia juga membantu membina ‘authority pasaran’ sebagai pihak yang layak dalam industri yang diceburi secara […]

  8. perkataan backlink tu memula sy nmpk black pink hahahahahhaha adoiii

  9. […] mempunyai asas yang hampir sama. Terima kasih atas pengalaman tersebut. Ia turut menjadi batu asas membina kredibiliti laman web dengan google untuk kebaikan […]

  10. […] urusan kerja, komunikasi rakan industri dan pelanggan. Bertanya khabar, mendapatkan pandangan pemerkasaan kandungan juga berkongsi input pengetahuan digital dengan lebih mendalam. Terima kasih […]

  11. Terima kasih Tuan Khir,

    Baru tahu ada website seperti Marketing in Asia menerima artikel dalam Bahasa Melayu. Boleh juga hantar untuk jadi guest blogging dan tarik trafik.

    Konten yang berkualiti dan evergreen akan buatkan website auto pilot menerima traffic yang berpanjangan.

  12. kita punya niche blog bercampur aduk..haha..kadang2 rasa nak narrowkan pun ada supaya senang nak tarik pembaca, tapi tetap jugak tak boleh..maka tak apa lah, lifestyle saja lah..hahaha

  13. terima kasih info
    sgt2 membantu

  14. walaupun x berbisnes boleh ke daftar Google Business tu?

  15. […] Baca lagi: Tips Membina Kredibiliti Laman Web Dengan Google […]

  16. […] Baca lagi: Tips Bina Kredibiliti Laman Web Dengan Google […]

  17. […] Baca lagi: Tips Bina Kredibiliti Laman Web Dengan Google […]

  18. […] Baca lagi > Tips Bina Kredibiliti Laman Web Di Google […]

  19. […] Bagi mendepani persaingan era digital kini, faktor kepuasan pelanggan tidak hanya sekadar dilihat berdasarkan penggunaan produk semata-mata, tetapi turut merangkumi pengalaman digitalisasi mereka terhadap jenama dan syarikat melalui integrasi perhubungan di platform digital. Secara dasar, terdapat 3 elemen yang membantu pengalaman pengguna dalam memperkukuh dominasi pasaran dan authoriti digital perniagaan. […]

  20. […] Bagi mendepani persaingan era digital kini, faktor kepuasan pelanggan tidak hanya sekadar dilihat berdasarkan penggunaan produk semata-mata, tetapi turut merangkumi pengalaman digital mereka terhadap jenama dan syarikat melalui perhubungan di platform digital. Secara dasar, terdapat 3 elemen yang membantu pengalaman pengguna dalam memperkukuh pasaran dan authoriti digital perniagaan. […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.