Kebelakangan ini, banyak juga topik perbualan dan pertanyaan tentang buat duit dengan blog sama ada dari kalangan rakan institusi dan peniaga. Faktor apa yang menarik topik ini pada masa krisis pandemik pun tidak saya tahu.

Sungguhpun begitu, ia bukan persoalan baru. Sejak memulakan inisiatif digital dalam mengintegrasi kerjaya dan keusahawanan mengikut peralihan industri pada 2011 lagi, faktor tersebut turut menarik saya untuk memanfaatkan minat menulis bagi menambahbaik peluang menjana pendapatan.

Maka berbalik persoalan buat duit dengan blog. Saya terpanggil meluangkan sedikit masa menulis berdasarkan realiti pengalaman sebagai penulis blog, pemasar kandungan dan ahli pemasaran sepenuh masa.

Buat Duit Dengan Blog

Buat duit dengan blog sebenarnya tidak susah jika ada idea menulis, tahu pilihan platform monetization serta mempunyai masa dan minat. Cabaran sebenar adalah bagaimana memperolehi hasil ‘buat duit’ yang benar-benar dapat menyara kos kehidupan.

Bolehkah hasil menulis blog sahaja mampu dijana seperti kerjaya yang lain. Ini bermaksud, ia boleh difailkan dalam sistem percukaian LHDN dan menjana aliran pendapatan untuk menanggung ansuran rumah, kereta, sewa premis serta liabiliti perniagaan, hinggalah perbelanjaan keluarga, pelajaran anak-anak dan pelbagai lagi tanggungan biasa. Itulah yang menjadi persoalan dalam konteks buat duit dengan blog yang dimaksudkan.

Bagi rakan subscriber dan pembaca yang terlibat dalam topik ini, saya faham maksud kalian. Dapat seringgit atau RM100 pun buat duit juga dan memang banyak cerita buat duit dengan blog di enjin carian dan media sosial. Tetapi bila LHDN umumkan Unit Selebriti untuk memartabatkan industri blogging dan media sosial sebagai kerjaya yang diiktiraf, ada juga yang melenting, sedangkan ia normal bagi semua profesyen dan industri yang buat duit.

Ya, setiap kerjaya ada cabarannya. Semua memerlukan usaha serta komitmen untuk maju. Secara umum, ada 2 kaedah kebiasaan buat duit dengan blog. Keduanya juga saya lalui pelbagai trial n error untuk dikongsi bersama.

Buat Duit Dengan Blog

2 ‘Common Trend’ Dalam Menulis Blog

Saya juga mempunyai persoalan yang sama ketika mula menulis blog. Komitmen keluarga juga agak besar semasa saya mengambil keputusan menulis blog secara serius untuk dijadikan sebagai tools rasmi bagi memperkukuh landasan kerjaya dan keusahawanan.

Pada masa itu, isteri saya sudah mengambil keputusan berhenti kerja atas kesepakatan bersama. Namun sebagai bekas Interior Designer, beliau masih ditawarkan kerja-kerja freelance dari kenalan industri disamping terlibat sebagai Stokis kepada beberapa produk.

Anak pula seramai 4 orang. Setelah lebih 10 tahun berlalu, kini 2 orang sudah bersekolah menengah dan 2 orang lagi sedang melanjutkan pengajian di IPT. Perbelanjaan bulanan, yuran, duit poket dan keperluan pembelajaran anak-anak juga bukan komitmen yang boleh dipandang remeh sebagai bapa.

Saya memulakan inisiatif digital sebagai associate consultant dibawah entiti Khir Khalid Resources kepada beberapa kontrak kerjasama sektor swasta, institusi dan juga agensi kerajaan. Atas minat menulis, saya turut menjadikan blog sebagai sebahagian jurnal penglibatan. Ia turut membantu menambahbaik establishment kerjaya.

Namun, dengan berbagai input tentang peluang menjana pendapatan dengan blog, saya mula mencuba income hasil iklan Nuffnang dan Adsense, bergiat dalam segmen Affiliate Marketing sehinggalah turut menerima pelbagai tawaran review dan advertorial. Penglibatan menulis blog ketika itu semakin tertumpu kepada segmen influencer marketing sahaja.

Ia satu peluang yang baik untuk menjana pendapatan. Namun apabila artikel iklan dan review semakin membanjiri kandungan blog, saya mendapati ia mula tersasar dengan tujuan asal menulis. Saya mula menyedari yang ia bukan kaedah yang sesuai untuk saya integrasikan blog sebagai elemen pengisian yang selaras dengan laman web rasmi untuk kebaikan jangka panjang kerjaya.

Ia juga telah menjadikan saya komited dengan penglibatan advertorial dan review yang kebanyakkan artikel adalah bersifat short term. Semakin banyak event yang kurang releven menjadi artikel yang dikongsikan, menjadikan halaman blog saya semakin kehilangan ‘niche’ atas perniagaan dan authoriti industri yang diceburi.

Selain itu, saya mulai sedar, ramai dikalangan bloggers masih bekerja tetap, sama ada isteri atau suami masih bekerja sebagai sumber pendapatan utama. Ini tidak bermaksud ia tidak bagus, tetapi tidak sesuai untuk saya jadikan sebagai fokus sepenuh masa dalam memperkukuh aspirasi yang saya usahakan.

Oleh itu, pilihan ‘common trend’ pertama buat duit dengan blog adalah dengan menulis dan menambah jaringan untuk dikenali sebagai ‘Blogger’ atau ‘Influencer’ dalam segmen pemasaran ‘Influencer Marketing‘.

Semakin anda dikenali atau terkenal sebagai personaliti, selebriti atau individu berpengaruh dikalangan pengikut media sosial, semakin besar peluang anda ditawarkan kolaborasi Influencer Marketing dengan rate yang lebih baik.

Kredibiliti Blog Menjana Hasil Perniagaan

Kredibiliti blog juga turut membantu saya beroleh kepercayaan industri secara organik, bermula tawaran penterjemahan hinggalah mengurus kandungan portal organisasi dan pelbagai usahasama pemasaran digital.

Dari situ juga saya mula memahami pendekatan beza dikalangan pemain dan peneraju industri dalam memanfaatkan kandungan blog bagi memperkukuh profesionalisme. Blog Datuk A Kadir Jasin merupakan antara individu yang mula membuka mata saya tentang keupayaan niche blog, seterusnya lebih ramai lagi melalui perkenalan, kontrak usahasama dan pembacaan.

Terdapat beberapa input berkaitan yang pernah saya kongsikan dalam artikel terdahulu yang antaranya bertajuk Digital Marketer Yang Saya Subscribe dan Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Efektif.

Selain itu, penglibatan bersama WordPress Malaysia juga turut membuka perspektif mengenali lebih ramai pengusaha, ahli digital dan profesional yang memanfaatkan integrasi website dan blog untuk establishment kerjaya. Mereka memfokuskan pengisian bagi memperkukuh kredibiliti perniagaan.

Pendekatan ini memberi inspirasi kepada saya untuk lebih fokus dalam membina kandungan selaras niche kerjaya sepenuh masa. Melalui kaedah ini, pengisian blog membantu memperkukuh authoriti digital dan niche kepakaran dalam industri yang diceburi.

Sebagai contoh, sama ada anda seorang ahli pemasaran seperti saya, perunding hartanah, insurans, pemilik nurseri atau apa perniagaan sekali pun, konteks pengisian blog difokuskan kepada bidang kepakaran anda dan membina pembaca dari kalangan prospek pasaran anda.

Kaedah ini membuka landasan untuk menjana peluang perniagaan dan meneroka potensi pasaran yang tepat dengan niche atau profesyen sebenar. Sejak membina fokus melalui kaedah ini, semakin banyak respond dan pertanyaan terhadap khidmat saya melalui emel dan mesej di medis sosial. Disamping itu, peningkatan subscriber blog juga turut bertambah dan ia membantu dalam membina data base serta jalinan hubungan pelanggan yang lebih baik.

Bagi anda yang berniaga atau komited memajukan kerjaya, ‘common trend’ kedua ini adalah kaedah terbaik dalam memanfaatkan potensi blog era IoT ini. Kredibiliti anda bukan sekadar sebagai penulis blog tetapi menulis atas kapasiti sebagai seorang ahli dalam bidang yang diceburi melalui pengisian long term kepada pembaca yang disasarkan.

Wordpress Meetup Malaysia di Cyberjaya

Perspektif Blog Sebagai Sokongan Kerjaya

Justeru itu, kedua-dua kaedah ini boleh menjadi pilihan berdasarkan kesesuaian dan aspirasi individu. Sekali lagi saya maksudkan, perspektif buat duit ini lebih kepada memanfaatkan kredibiliti blog sebagai tools kerjaya atau perniagaan tanpa bersandaran pekerjaan makan gaji sebagai pendapatan utama.

Bagi saya, pilihan kedua menjadi dasar yang telah banyak membantu dalam pengukuhan prospek kerjaya dan perniagaan sehingga kini. Ia juga mengajar saya melalui sokongan rakan industri dan peneraju digital untuk terus menambahbaik fokus pengisian berdasarkan authoriti industri yang disasarkan.

Namun, common trend pertama juga saya jadikan landasan yang terkait dengan hubungan pelanggan dan rakan industri sebagai sebahagian portfolio serta authoriti laman web ini. Anda boleh sertai komuniti pembaca melalui emel newsletter untuk artikel terkini melalui pautan ini> Subscribe Newsletter

Selain itu, anda juga boleh mengikuti pengisian artikel berkaitan perspektif pemasaran di akhbar Utusan Malaysia untuk terbitan setiap Selasa, di laman Utusan Digital dan majalah online Marketing In Asia.

Baca lagi > Tips Bina Kredibiliti Laman Web Di Google

4 Thoughts to “Buat Duit Dengan Blog, Impak Kerjaya Dan Perniagaan”

  1. Rafzan Radzi

    Assalamualaikum. Perkongsian tuan juga membuka mata saya ttg kelebihan blog especially kaedah yg kedua tu. Saya merupakan pemilik restoran dan maklumlah dlm masa pandemik ni mujurlah kami ada khidmat food panda. Setakat ni kami dah equipt dgn media sosial dan order online, tapi tiada web rasmi utk cover search engine Ada baik juga utk manfaatkan peluang spt ni utk kredibiliti long term kami. Thanks sharing tuan, sgt bermanfaat.

  2. semoga sentiasa sukses dlm setiap bidang yg diceburi

  3. Alhamdulillah. Terima kasih Tn atas perkongsian. Blog menjadi wadah kepada blogger sama ada dijadikan kerjaya dan sumber pendapatan tetap atau pendapatan itu sekadar sambilan sahaja. Bererti bloglah tempat berkarya secara peribadi dan blog juga tempat mencari rezeki melalui review dan sebagainya tapi tidak sepenuhnya.

  4. […] Pautan artikel terkait;> Fokus Industri Dalam Peralihan Pasaran Digital.> Pemasaran Digital 2022: Pemerkasaan Gerbag Era IoT> Buat Duit Dengan Blog: Impak Kerjaya Dan Perniagaan […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.