Kenapa Pemasaran kandungan itu penting

Assalamualaikum. Pemasaran kandungan adalah heart beat untuk aktiviti-aktiviti pemasaran digital. Itu pun sudah cukup menjelaskan kenapa ia penting.

Ya.. Content Marketing atau Pemasaran Kandungan merupakan elemen penting dalam pemasaran digital. Setiap individu yang berhasrat memperkasa kerjaya atau bisnes melalui potensi pasaran digital sudah pasti memerlukan platform online dan pengisian yang betul bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Sama ada mendaftar akaun media sosial sebagai platform saluran ‘sales funnel’, mendaftar laman blog untuk ruangan menulis atau membangunkan sebuah laman web yang lengkap dengan halaman e-dagang, kesemuanya memerlukan ‘content‘ agar matlamat yang disasarkan tercapai.

Maka, saya terpanggil berkongsi secara ringkas maksud pengisian yang dinamakan sebagai pemasaran kandungan (content marketing) dalam membantu menyokong kredibiliti kerjaya melalui pengisian di laman web dan sales funnel anda.

Pemasaran Kandungan - Kenapa content marketing itu penting.

Kenapa Pemasaran Kandungan Penting

Kebanyakkan kita pasti meluangkan masa melayari internet.

Sama ada media sosial atau mencari maklumat melalui enjin carian, kita sentiasa disajikan pelbagai maklumat dengan pantas dan mudah.

Kini masyarakat juga semakin bijak menilai apabila sering diperingatkan agar sentiasa memastikan kesahihan sesuatu maklumat. Selain maklumat yang ‘entah apa-apa’, kita juga adakala terganggu dengan iklan ‘hard sell’, malah ada yang menjengkelkan.

Apa jua alasan, iklan tetap iklan dan promosi tetap promosi.

Atas faktor tersebut, pemasaran kandungan telah menjadi antara kaedah pemasaran digital pilihan terbaik masa kini. Ia bukan sahaja terbukti meraih jualan tetapi mampu memberi manfaat ramai melalui perkongsian maklumat.

Justeru, kenapa ia penting?

Berdasarkan Content Marketing Institute, ia diertikan sebagai;

A strategic marketing approach focused on creating and distributing valuable, relevant and consistent content to attract and retain a clearly-defined audience – and, ultimately, to drive profitable customer action.”

Pemasaran kandungan adalah pendekatan kaedah pemasaran melalui penciptaan dan penyebaran informasi yang mempunyai nilai dan releven dengan perniagaan.

Secara jelas, ia bukan bertujuan beriklan atau mempromosi jenama, tetapi lebih memfokuskan dalam membina hubungan erat dengan audien sasaran melalui maklumat berkualiti secara konsisten.

Melalui content marketing yang konsisten dapat membantu meningkatkan kepercayaaan, membina reputasi dan kredibiliti pasaran yang membantu ‘conversions’. Malah juga membantu membina ‘loyalty’ (pelanggan setia) kepada bisnes anda walaupun terdapat pilihan pesaing dalam industri yang sama.

Ini kerana, informasi yang anda kongsikan memberi manfaat dan membuatkan mereka percaya kepada anda. Selain itu, ia juga membantu membina ‘authority pasaran’ sebagai pihak yang layak dalam industri yang diceburi secara strategik.

Anda boleh merujuk artikel The Marketing Helpline yang menjelaskan dengan lebih terperinci bertajuk > What Is Content Marketing

Screenshoot di bawah menjelaskan lagi secara mudah;

Kandungan Membina Untuk Platform Digital

Membina kandungan untuk laman web adalah memanfaatkan bahagian blog dengan pengisian artikel ‘storytelling’ berinformatif selaras dengan niche perniagaan. Begitu juga di platform media sosial.

Sebagai contoh, sekiranya anda terlibat sebagai agen takaful dan mempunyai laman web dan media sosial sebagai saluran komitmen kerjaya, pastikan anda tidak hanya mempromosi takaful semata-mata, sebaliknya kongsikan pelbagai informasi, kisah nyata tentang bagaimana telah membantu kehidupan yang lebih baik.

Ia boleh dikaitkan dengan pelbagai tips, panduan dan kisah-kisah realiti yang boleh dijadikan rujukan berguna kepada prospek dan pelanggan anda dalam konteks hubungan pasaran. Paling penting, pemasaran kandungan tersebut dapat menyentuh emosi pembaca.

Kongsikan input dan kisah-kisah tersebut dari masa ke semasa agar dapat membina pembaca organik dengan informasi berguna untuk manfaat prospek pasaran anda.

Pemasaran kandungan diibaratkan sebagai kita berkongsi ilmu dan pengalaman yang dilalui dalam fokus kerjaya atau bisnes yang diceburi sebagai komitmen membina kepercayaan dan membantu pelanggan untuk hubungan yang berpanjangan.

Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini

13 Thoughts to “Kenapa Pemasaran Kandungan Itu Penting”

  1. Strategi pemasaran digital patut dimanfaatkan n memang terkini

    1. Moga ia membantu memberi nilai tambah dlm mencapai apa jua hasrat melalui potensi digital, in shaa Allah

  2. Content marketing ni macam kita iklankan produk kita menlalui penulisan yang mana semua diterangkan secara lengkap dan berterusan.

    1. Ya PC.. perkara yg diterangkan sbg storytelling dlm artikel2 blog yg selaras dgn niche sesebuah website secara berterusan

  3. penuh beriformasi dan saya enjoy membaccanya

    1. Terima kasih tuan, mudah2an ada manfaatnya, in shaa Alllah

  4. tak sangka saya baca entri ni dari awal sampai habis…perkongsian bermanfaat yang disampaikan dengan menarik dan mudah difahami oleh sesiapapun, tak kira peringkat umur mahupun daya fikir, itu kuncinya kan…terima kasih, insya’Allah mahu cuba mencari pembaca yang konsisten di blog sendiri juga.

    1. Terima kasih kerana sudi membaca, mudah2an ada manfaatnya utk kebaikan semua, in shaa Allah.

  5. website dah bagus tapi satu perkara… jangan laa COPY idea orang… kalau terdesak sangat, berilah kreadit / minta izin…

    1. Setuju tu Anies… bukan shj tak beretika, klu dpt bisnes hasil dari idea copy paste tanpa izin tu serupa makan hasil mencuri juga

  6. Antara strategi pemasaran yang penting di zaman teknologi…
    Penulisan yang baik akan memberi kesan di hati pembaca..

    1. Betul tu.. penulisan yg baik bukan untuk enjin carian, tp lebih penting utk pembaca yg tertarik utk jadi pelanggan dan membina hubungan yg long term.

  7. […] salah satu artikel terdahulu, saya pernah berkongsi perspektif bertajuk Kenapa Content Marketing Penting Untuk Laman Web. Ia menjadi salah satu elemen yang turut membantu saya dalam mengukuh penglibatan kerjaya. Malah, […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.