Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan – Sepanjang tahun ini, saya mendapat beberapa pertanyaan dari rakan pengusaha dan institusi tentang perkara yang perlu ada bagi sebuah laman web untuk kepentingan kerjaya dan perniagaan.
Bagi sesetengah rakan institusi, mereka ada bisnes sampingan yang diusahakan, malah ia juga menjadi kepentingan bagi sebahagian para penuntut institusi memanfaatkan laman web sebagai platform rujukan C.V. dan sokongan kerjaya dalam era digital kini.
Secara tidak langsung, input ini menjadi rujukan anda yang mempunyai kepentingan yang sama. Perkara asas yang dikongsikan secara realitinya juga telah banyak membantu saya dalam membina kredibiliti kerjaya dan prospek pasaran yang baik.

Asas Penting Perlu Ada Pada Website
Ada beberapa perkara penting yang perlu diutamakan dalam membina platform kerjaya. Sama ada percuma atau berbayar, ia perlu mempunyai asas yang sama.
Pengetahuan asas teknikal juga perlu untuk kebaikan membangun kerjaya atau perniagaan. Mendapatkan khidmat pembangun laman web disamping belajar bermula dengan asas-asas teknikal juga adalah satu pelaburan yang baik.
Berikut beberapa asas penting yang perlu anda ambil tahu.
1. Nama Domain
Domain bermaksud nama laman yang didaftarkan seperti ‘www.namadomain.com’. Ia penting bagi menyokong imej individu atau ‘nature’ perniagaan. Pastikan anda memilih nama domain yang sesuai kerana ia asas jangka panjang yang amat penting.
2. Pelayan Hosting
Bagi pemula, sebaiknya anda mulakan terus laman web dengan platform berbayar (pelayan hosting). Ini saranan saya berdasarkan pengalaman sendiri memulakan blog platform percuma dengan hanya membeli domain.
Semakin laman web anda terintegrasi dengan kerjaya atau bisnes yang diusahakan, anda akan sedar kepentingan ini. Memulakan langkah dari awal memberi manfaat jangka panjang yang besar. Penting juga untuk anda tahu pakej hosting yang sesuai dengan kapasiti keperluan laman web anda.
Pelayan hosting yang dipercayai berdasarkan penglibatan kerjaya serta dilanggan oleh ramai kenalan usahawan, associates, sektor komersil dan institusi antaranya adalah Serverfreak, Exabytes dan Rocksoft. Ini sekadar saranan bagi memudahkan rujukan.
Artikel ini membantu: Cara Mudah Bina Laman Web CMS WordPress.
Tema Desktop Dan Mobile
Mendapatkan tema laman web (theme) untuk desktop dan mesra SEO dan mobile bukan satu masalah kerana kini terdapat pelbagai tema percuma dan berbayar yang memenuhi keperluan ini. Ia perkara penting selepas domain dan hosting.
Terdapat juga plugin yang disarankan selaras pengembangan digital seperti plugin SEO, AMP, Cache, Optimasi HTML, JS dan CSS serta beberapa lagi agar serasi dengan tema laman web dan membantu capaian yang lebih baik kepada prospek pasaran.
Halaman Profil
Pada setiap laman web ada disediakan halaman ‘page’ yang patut dimanfaatkan dalam membina ruangan profil perniagaan, biodata, maklumat pengurusan, produk atau servis yang ditawarkan.
Segala maklumat bergantung pada matlamat kerjaya dan perniagaan. Halaman profil amat penting dalam hubungan prospek dan pelanggan yang terbina melalui blog post, enjin carian, serta setiap aktiviti inbound dan outbound yang melibatkan laman web.
Maklumat Perhubungan
Maklumat perhubungan telah membantu saya dalam membina prospek dan klien melalui carian artikel. Implikasi prospek kebiasaannya bermula dengan membaca artikel, membawa kepada profil dan menghubungi melalui maklumat perhubungan.
Terpulang kepada pemilik laman web sama ada melengkapkan maklumat penuh seperti nama perniagaan, alamat, nombor telefon, contact person atau emel. Paling asas, ia setidaknya perlu dilengkapi dengan ruangan pertanyan terus ke emel.
Artikel Blog
Artikel blog tidak semestinya menjadi keperluan sekiranya anda hanya membangunkan portfolio website atau CV kerjaya. Namun adalah penting mempunyai kandungan lengkap Profil atau Biodata, Makumat Kerjaya, Portfolio industri dan Perhubungan.
Artikel blog sebenarnya membantu meluaskan lagi capaian prospek melalui enjin carian kepada pencari maklumat dan juga menyokong kredibiliti atas talian.
Kaedah menulis boleh rujuk di sini: Tips Menulis Artikel Mesra SEO

Kesimpulan
Fasa seterusnya adalah mengatur strategi untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi laman web dalam menjana hasil pendapatan kerjaya dan perniagaan yang mampan.
Pelbagai input akan terus saya kongsi di web ini berdasarkan pengalaman dan penglibatan kerjaya, juga pengisian bersama pakar industri di Marketing in Asia sebagai nilai tambah memperkasa strategi anda.
Potensi laman web dalam pengembangan digital harus kita manfaatkan sebaiknya. Ia tetap mendominasi kepentingan pelbagai urusan berkredibiliti tinggi kepada pemain dan peneraju dalam segenap sektor industri era digital kini.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Ilmu menganai website juga mesti dipelajari dan dikuasi kan Tn supaya lebih mudah dan lebih lancar ketika mahu membangun website sendiri dengan tujuan yang baik.
Terima kasih perkongsian.
Betul t PC, terutama jika menggunakan website sbg pemangkin membina kredibiliti, menjana income bisnes atau memperolehi projek dgn lebih efektif.
ini sudah hebat tuan..
blog saya tetap menjadi saluran santai sahaja buat masa sekarang
Tuan pun ada kelebihan tersendiri.. cuma sudah masa utk sy tumpukan kpd pembaca sendiri dan membina lagi dlm golongan terkait.
sila teruskan tuan..
kita berada dalam segmen berbeza dan mungkin saya akan beralih kepada website yang rasmi jika ada keperluan untuk berbuat demikian..
Semoga Bro Kk akn terus maju dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Untuk Lya masih lagi mengekalkan blog sebagai blog santai dalam memmenuhi tuntutan menulis yang Lya minati. Semoga terus melangkah lebih jauh .
In shaa Allah Lya.. sama2lah kita semua manfaatkan minat menulis atas landasan yg dirasakan terbaik. Moga kita semua terus melangkah lebih jauh lagi.. aamiin.
perkongsian yg sangat bermanfaat,memiliki domain sendiri satu kelebihan utk bisnis
Betul kak PI.. memiliki domain membantu, dan memiliki hosting membuka bnyk lagi peluang yg boleh dimanfaatkan juga.
[…] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan. […]
[…] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]
[…] salah satu artikel terdahulu saya ada menulis tentang Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan. Ia juga antara elemen yang boleh anda jadikan panduan dalam mengintegrasi laman web untuk kerjaya […]
[…] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]
sekarang zaman IT. suka atau tak kita kena belajar juga. bukan kuasai sepenuhnya tapi at least tahu serba sedikit tentang IT ni. ramai peniaga yg masih tak sedar akan keberkesanan mengausai IT utk kebaikan perniagaan mereka baik kecil atau besar
[…] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]
Sangat setuju tuan Khir. Untuk bisnes, mempunyai website dengan fungsi blog adalah langkah bijak.
Pengalaman sendiri yang ada blog bisnes setup sejak 2014. Setahun buat konten marketing yang evergreen dan sekarang 80% terima traffic hanya melalui carian Google.
[…] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]
[…] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]