INTI Subang
INTI International College Subang telah melancarkan Blok Selatan baharu yang diubahsuai bagi persekitaran pembelajaran yang segar dan bergaya cosmopolitan demi memenuhi keperluan populasi pelajar. Usaha pengubahsuaian bernilai jutaan ringgit ini menerapkan reka bentuk inovatif dan kreatif di kesemua bilik kuliah dan merangkumi kelima-lima blok, sekaligus menyediakan suasana mengajar dan belajar yang terbuka serta pembelajaran secara kolaboratif.

Blok Selatan Baru INTI International College Subang

Pagi Khamis 2 Mac 2017, saya telah menghadiri majlis pelancaran Blok Selatan Baharu INTI Subang yang dihadiri Yang Berhormat Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Tim Bulow, Ketua Pegawai Eksekutif INTI International University & Colleges, wakil rakan industri dan pengurusan kanan INTI serta Dr Jane Lim, Ketua Pegawai Eksekutif INTI International College Subang yang baru.
Pelancaran yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh ini turut memberi peluang kepada saya untuk turut serta bersama para delegasi jemputan dalam sesi lawatan rasmi bagi melihat sendiri suasana prasarana Blok Selatan Baharu INTI International Subang ini. Ia menempatkan 3 fakulti yang merangkumi Universiti of Wollongong, Fakulti Perniagaan dan juga Fakulti Hospitaliti.
INTI Subang, Hannah Yeoh, Subang Jaya,
Blok Selatan baharu turut memuatkan sebuah kawasan taman terbuka dengan set catur gergasi bagi menggalakkan rangsangan kognitif, sebuah kafe baharu untuk pelajar Fakulti Hospitaliti mendalami selok belok pengurusan sektor makanan dan minuman (F&B) dan juga ruang yang menempatkan ‘locker’ serta tempat perbincangan dan tutorial.
Bagi memudahkan perlaksanaan kaedah pembelajaran baharu, beberapa bilik kuliah telah direka khusus untuk meningkatkan kolaborasi inklusif dan komunikasi dua hala pelajar dan pensyarah. Ia bagi menggalakkan kerja berkumpulan, latihan dan pembangunan kemahiran praktikal.
Ruang baharu yang diubahsuai turut memuatkan Hub Pelajar setinggi 3 tingkat yang dilengkapi kafe di aras bawah, ruang rehat pelajar di aras satu, dan juga ruang terbuka untuk perbincangan di aras atas. Setiap aras diberikan nama tersendiri iaitu ruang Refresh, Recharge dan Reconnect.
South Block INTI Subang, Tim Burlow, Hannah Yeoh,South Block INTI Subang, Hannah Yeoh,
Jelas YB Hannah Yeoh, di sinilah lahirnya pemimpin berwibawa dan warga profesional dalam pelbagai bidang. Standard baharu dalam pengajian tinggi dicipta di sini dan lebih penting lagi, INTI akan terus kekal di sini untuk membangunkan generasi muda Malaysia masa kini dan akan datang.
Ia usaha yang amat penting untuk negara lantas disokong sepenuh hati dan berbangga untuk turut serta. Berpeluang juga berswafoto… terima kasih YB Hannah Yeoh.
YB Hannah Yeoh, Khir Khalid, INTI Subang, Subang Jaya,

Komitmen INTI Melahirkan Pelajar Cemerlang

Pada tahun 2015, INTI Subang telah menerima 6 bintang penarafan ‘cluster’ bagi Program dan Perkhidmatan Awam MyQUEST 2014/2015. INTI juga secara kolektif mencatatkan kadar kebolehpejkerjaan tertinggi disahkan oleh BDO Governence Advisory, dimana 98% pelajar mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian, dan 82% ditawarkan gaji lebih tinggi berbanding purata pasaran.
Pengubahsuaian Blok Selatan menawarkan pengalaman belajar yang kondusif bagi mencerminkan persekitaran pembelajaran abad ke-21 yang dinamik. Ia merupakan komitmen INTI dalam melahirkan pelajar cemerlang dengan membantu pelajar untuk terus membangun serta menghasilkan impak di dunia tanpa mengira pilihan kerjaya.
Penghargaan kepada INTI International College Subang atas kepercayaan untuk sentiasa turut sama memperkasa aspirasi pembangunan insan dalam sektor akademik negara.

8 Thoughts to “Pelancaran Blok Selatan INTI International College Subang”

  1. Semoga INTI dapat melahirkan pelajar cemerlang bukan sahaja di dunia, malah diakhirat.

  2. Infrastructure yang lengkap ini moga menjadi suntikkan kepada pelajarnya agar memberi fokus sebaiknya..selesa..mudah..canggih..

  3. persekitaran yg cantik sebenarnya mempengaruhi mood student

  4. Sebuahkolej swasta yg lengkap serba serbinya yg patut dijadikanpiliha siswa baru meimba ilmu

  5. banyak aktiviti menarik masa karnival tu

  6. semakin berkembang inti ni..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.