Kepentingan Data Centre Pemacu Transformasi Digital – Tahukah anda setiap kali kita menggunakan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, dan yang seangkatan dengannya, ia perlu melalui Data Centre sebelum sampai kepada penerima mesej yang ditujukan. Tidak terkecuali artikel yang saya tulis di blog ini sehingga ianya sampai ke pembacaan anda. Itulah antara perkara asas fungsi dan kepentingan Data Centre yang perlu kita semua tahu.
Terpanggil untuk saya berkongsi input semasa menghadiri sesi pembentangan Data Centre 101 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ia telah diadakan pada Khamis 12 Januari 2017 yang menjelaskan kepentingan Data Centre dalam memacu transformasi digital negara. Ia juga antara aspirasi Malaysia dalam menjadi peneraju Data Centre di rantau Asia Pasifik.
Penjelasan yang disampaikan cukup membuka minda. Perlu kita tahu setiap kali ‘klik’ like atau komen di Fb contohnya; mesej tersebut perlu merentasi 20,000 km kabel dasar laut ke ‘Pusat Data’ FB di Georgia, USA. Ia kemudiannya merentas kembali kepada individu mesej tersebut ditujukan. Perkara sekelip mata seluruh dunia itu sebenarnya melibatkan proses dan protokol setiap satunya.
Pembentangan Data Centre 101 MDEC
Begitu juga kepada semua mesej dan informasi sama ada di media sosial, email dan pelbagai aplikasi yang ada. Ia memenuhi trafik ke Data Centre dan kemudiannya disampaikan atau disebarkan kepada pengguna maya.
Maka sekira kadar trafik semakin tinggi, penggunaan internet menjadi lembab, malah menyebabkan kenaikan kos ‘connectivity and bandwidth’.
Pada masa kini, segala urusan yang terkait dengan data centre di Malaysia perlu membelanjakan sekitar 20 peratus hingga 25 peratus kos operasi terhadap bandwidth berbanding kurang dari 5 peratus kos yang dibelanjakan Singapura, Hong Kong, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Malaysia Peneraju Data Centre Asia Pasifik
Menjadi hasrat MDEC membangunkan hub Data Center terbesar yang mampu mengawalselia data dan informasi jaringan maya untuk seluruh Asia Tenggara.
Malaysia dilihat strategik antaranya disebabkan kestabilan ekonomi berbanding negara serantau, kadar penggunaan internet yang menggalakkan termasuk lokasi geografi diluar lingkaran gempa bumi, gunung berapi dan bencana alam yang serius.
Justeru, dengan membangunnya Data Centre juga mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan kelestarian info-digital yang mampan. Ia sememangnya mampu menambahbaik pertumbuhan sektor tempatan dan menarik pelaburan antarabangsa yang membuka pelbagai peluang pekerjaan serta kerjaya dalam mendepani cabaran kemajuan era digital dan globalisasi.
Slide Pembentangan Data Centre MDEC
Melalui pembentangan ini, banyak info terkini diperolehi merangkumi kepentingan data centre sebagai persediaan dalam mendepani cabaran persaingan transformasi digital. Ia juga menjadi salah satu lagi elemen memperkasa prasarana pasaran yang selaras dengan hasrat transformasi digital negara.
Slide Data Centre 101 boleh dirujuk di sini: Slide Data Centre 101 MDEC
Baca lagi > Kajian Landskap Pasaran ICT Asean MDEC
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Bakal menjadi salah satu pencapaian terbesar Malaysia juga ni Bro KK..alhamdulillah..amin 🙂
Ilmu yg diperkembangkan sebaiknya memenafaatkan manusia sejagat.
alhamdulillah.
mcm mn dia buat kabel dlm laut tu? jauh betul jaraknya!