Forum Bloggers Ekspo Buku Malaysia
Forum Bloggers: Cabaran Online Dan Pembangunan Buku Negara sempena Ekspo Buku Malaysia 2016 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) merupakan program julung kali diadakan sebagai inisiatif menyahut cabaran arus modernisasi dan menyumbang memperkasa industri penulisan digital negara.
Inspirasi dari kejayaan Anugerah Buku Negara (2005 – 2016) melepasi rintangan dan cabaran dalam usaha memberi pengiktirafan kepada industri buku negara, Forum Bloggers ini merupakan pencetus agar industri penulisan digital seperti ebuku, penulisan blog dan yang sealiran dapat dimartabatkan selaras dengan hasrat transformasi nasional.
Forum Bloggers: Cabaran Online Dan Pembangunan Buku sebagai usaha
meraih sokongan dan kerjasama semua peringkat agar ia terlaksana dan dijayakan sebaiknya. Alhamdulillah dan terima kasih Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) atas ruangan ilmu sempena Ekspo Buku Malaysia 2016.

Sesungguhnya, ia bertepatan dengan matlamat kempen ‘Jom Tulis Buku’ demi menggalakkan penglibatan warga online dalam penerbitan ebook, memelihara bahasa serta penulisan di alam siber dengan pengiktirafan dan penganugerahan sewajarnya. Ia juga membantu memenuhi kuota penerbitan yang diperlukan ke arah wawasan negara maju.

Ekspo Buku Malaysia 2016, Zakry Saed,
Ucapan Aluan wakil YPBN, saudara Zakry Saed
Amir Denaihati, ekspo buku malaysia 2016,
Ucapan Tetamu Kehormat, Tuan Haji Amir Hassan pengasas Denaihati Network
Sejujurnya, sebagai individu picisan dalam industri online, ia bukan perkara mudah untuk merealisasikan Forum Bloggers yang pertama kali diadakan YPBN ini. Namun saya amat bersyukur dengan kesudian rakan-rakan bloggers yang berkelayakan, berpengalaman dan berjaya merangkul pelbagai anugerah serta mengukir nama besar dalam lanskap industri online tanah air untuk membantu menyokong usaha kerdil ini.
Forum Bloggers, Ekspo Buku Malaysia, Projek Blogger Utara,
Ucapan wakil penaja dan kerjasama, saudara Mohd Nor Ariffin Hamzah, Pengasas Projek Blogger Utara
Ijamala MN, Forum Bloggers, Ekspo Buku Malaysia 2016,
Deklamasi sajak oleh saudara Ijamala MN

Forum Bloggers: Cabaran Online Dan Pembangunan Buku

Penghargaan buat Tetamu Kehormat Tuan Haji Amir Hassan dan tim Denaihati Network diwakili blogger Shakiddo, penalis-penalis hebat Bro Framestone, Abang Kamaruddin dan Cekgu Norazimah sudi berkongsi pandangan, juga rakan blogger Afzal Sukasuki, Pendekar Berkuda, Muiz Genji, kak Ana Jingga, kak Ieta Mat Sa’ad, Shamiera Osment, Fakhrul Islam, Lilly Kan dan uncle FC Hong yang sudi hadir tanpa dijanjikan apa-apa walau melibatkan kos dan masa. Maaf juga dipinta atas segala khilaf dan kekurangan majlis.
Begitu juga buat rakan penaja dan kerjasama komuniti blogger, Cik Pinz pengasas Projek Blogger Utara dan Halim Brothers, pengasas Komuniti Hai Blogger! atas sumbangan idea, keringat, kos, masa dan kepercayaan. Tidak dilupakan rakan bloggers yang menyokong dari jauh dengan perkongsian di media sosial dan blog serta mendoakan kelancaran majlis. Jasa kalian semua tidak sesekali saya lupa.
Forum Bloggers, Ekspo Buku Malaysia 2016,
Penalis 1 saudara Syukri Mohammad Nor (Bro Framestone)
Forum bloggers, ekspo buku malaysia 2016,
Penalis 2 saudara Kamaruddin Abdullah
Forum Bloggers, Ekspo Buku Malaysia 2016,
Penalis 3, saudari Norazimah Abd Talib

Khir Khalid Resources Sebagai Penaja Forum Bloggers

Khir Khalid Resources sebagai penaja forum, hanyalah entiti kerdil yang mempunyai portfolio keusahawanan sosial dalam segmen pembangunan insan dan perlaksanan pelbagai program intervensi bersama institusi-institusi terlibat sejak 5 tahun yang lalu.
Maka, menjadi pencetus keyakinan diri ini untuk mengetengahkan ‘advantage’ tersebut kepada golongan sasaran sebagai komitmen disamping membina kerjasama erat rakan industri online. Pada usia mencecah 40an ini, kelestarian program pembangunan belia yang diusahakan sudah perlu digalas oleh generasi pelapis dengan bimbingan sebaiknya. Perancangan kini pula tertumpu dalam merealisasikan amanat transformasi pembangunan modal insan dan penulisan digital.
Forum Bloggers, Ekspo Buku Malaysia 2016,Forum Bloggers, Ekspo Buku Malaysia 2016,
Justeru, usaha merealisasikan Anugerah Penulisan Digital Negara akan digembelingkan sepenuhnya bersama YPBN sebagai badan NGO yang bertanggungjawab dalam memajukan industri perbukuan negara jika diizinkanNya.
Forum Bloggers, Ekspo Buku Malaysia 2016,
Saya bersyukur dapat terlibat sebagai seorang blogger di Malaysia dan akan senantiasa menjaga kepentingan silaturrahim disamping berkongsi dan menyumbang arkib informasi dalam ‘pustaka carian’ terbesar era digital, modenisasi dan globalisasi ini.

Perjalanan masih jauh yang pasti ada cabaran, onar dan dugaan yang perlu ditempuh… moga Allah jua yang memudahkan segalanya atas fokus dan niat yang betul… aamiin.

13 Thoughts to “Forum Bloggers Ekspo Buku Malaysia 2016”

  1. Hebat sekali..rasanya nak datang sama jika berada dekat lokasi..apa daya jauhnya Di Bawah Bayu. Tahniah ..kejayaan ini..

  2. Tahniah atas kejayaan majlis hebat itu hanya berdaya mendoakannya dari jauh.

  3. Tahniah Tuan Khir…terbaik!

  4. Terima kasih untuk peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak penganjur kepada kami…

    Moga program seperti ini boleh berlangsung lagi dimasa hadapan.

  5. sy dtg ke sn hari kamis lps tp x ketemu pula forum ni ms nk blk br nmpk poster…

  6. Tahniah KK… tahun ni bunda tak pergi ekspo buku ke, MAHA ke… tak berapa sehat…tak larat nak berjalan.

  7. hebat semuanya.. semoga terus berjaya!

  8. Nampak meriah ..
    Moga terus suksess

  9. Tahniah di atas kejayaan program ini

  10. [url=http://datvere.vn/ve-may-bay-di-dien-bien-gia-re/]ve may bay di dien bien[/url]
    [url=http://datvere.vn/ve-may-bay-di-con-dao-gia-re/]ve may bay di con dao[/url]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.