Sesi Bersama Bloggers di Karnival Membaca 1 Malaysia, telah berlangsung pada petang Sabtu (28/6/2014). Ia merupakan salah satu pengisian program dalam Karnival Membaca 1 Malaysia yang diadakan selama 2 hari anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sesi Bersama Bloggers Karnival Membaca 1 Malaysia
Program Sesi Bersama Bloggers yang bermula sekitar jam 3 petang ini
dikendalikan oleh Yang Berbahagia Dato Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof selaku moderator, bersama-sama Bloggers yang sememangnya tidak asing dalam dunia berblogging sebagai ahli panel dalam sesi ini.
dikendalikan oleh Yang Berbahagia Dato Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof selaku moderator, bersama-sama Bloggers yang sememangnya tidak asing dalam dunia berblogging sebagai ahli panel dalam sesi ini.
Saya bersyukur kerana berpeluang terlibat sebagai salah seorang ahli panel untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dari perspektif blogger kesedaran sosial. Selain itu, dapat juga menimba ilmu hasil perkongsian Tuan Haji Amir selaku pengasas Denaihati Network bersama-sama lifestyle blogger manis, Fatin Suhana.
Sememangnya mereka berdua merupakan penulis blog yang jauh lebih berpengalaman, dihormati dan dikenali ramai serta mempunyai matlamat yang tersendiri dalam kerjaya berblogging.
Kesempatan dengan bantuan ‘puan mem’ yang hadir bersama anak-anak memberi sokongan, dapatlah aku abadikan kenangan bergambar di sini.
Jom kita layan gambar-gambar sepanjang program Sesi Bersama Bloggers di Karnival Membaca 1 Malaysia ini berlangsung… J
Gambar Sesi Bersama Bloggers Di Karnival Membaca 1 Malaysia
![]() |
Bergambar bersama Tuan Haji Amir sebelum sesi bermula… 🙂 |
![]() |
Perbincangan sebelum sesi dimulakan. |
![]() |
Sesi bergambar kenangan selepas acara selesai. |
Acara Sesi Bersama Bloggers di Karnival Membaca 1 Malaysia ini selesai dengan lancar sekitar hampir jam 5 petang, sarat dengan mesej dan ilmu yang bermanfaat… Alhamdulillah.
Peranan Blog Sebagai Kerjaya
Berdasarkan perkongsian pandangan, saya bersetuju bahawa bloggers sememangnya memainkan peranan besar dalam era teknologi maklumat masa kini. Melalui kekuatan dan keistimewaan yang ada pada blog, ia akan sentiasa menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat melalui enjin carian maya tentang sesuatu perkara itu dengan cara yang amat mudah.
Justeru, adalah jelas bahawa bloggers mampu memupuk budaya minat membaca dikalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
![]() |
Woot woot… selfie sikit sebelum pulang huhu.. 😀 |
Bagi saya, program Sesi Bersama Blogger di Karnival Membaca 1 Malaysia ini merupakan pengalaman berharga dalam memanfaatkan platform blog dalam memperkasa kerjaya dan keusahawanan.
Ia menyuntik semangat kepada diri ini untuk mempelajari secara serius dari masa ke semasa tentang ilmu berblog agar dapat dijadikan sebagai kerjaya yang bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya… in shaa Allah.
Sesungguhnya, banyak lagi yang perlu aku pelajari… Dunia sudah berubah maju, maka kita juga perlu berubah untuk maju… wassalam.
“Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Tahniah Khir…Berpeluang menyumbang idea & pengalaman…Semoga bermafaat untuk semua…
Promoted content for you…
Alhamdulillah… In shaa Allah.. aamiin. Thanks Raudzah.. 🙂
abg khir sefamily bergambar dgn pengasas denai hati
selalu tgk wajah tuan hj amir tu dlm apa2 event
tp kat blog la..klo depan2 belum lagi..hikhik
mmg bagus sgt idea tu..perkongsian pandangan dri abg khir mengenai kesedaran sosial
dlm blog ni pun byk dah abg khir kupas mengenai isu ni
org yg tepat utk dijemput
teringin nak ke karnival tu…syoknye sape dpt pergi n menikmati suasa heboh kat karnival tu…nak gak dengar abg khir berucap..
Alhamdulillah Yumida.. lain kali klu ada rezeki lagi, saya rekodlah klu boleh. Nanti boleh dikongsikan kpd sesiapa yg nak tengok.. Thaks Yumida.. 🙂
melibatkan diri dlm acara seperti itu dapat memberitahu pembaca diluar sana bhw tanggungjwb sbg blogger itu besar sebagai penyampai maklumat . jgn hanya kerana segelintir blogger yg buat onar , blogger lain terpalit sama … 2x kkbox .
Betul tu… ramai lagi blogger2 yg beretika & berkaliber kan… Thanks Vee.. 🙂
betul betul betul(macam upin ipin)
secara tak langsung kita membaca untuk menyampaikan maklumat.
juga membaca entry blogger lain untuk menambahkan lagi ilmu didada.
selain itu dapat mengasah bakat penulisan. bertutur dan menulis sangat berbeza.
dapat memupuk nilai2 positive dalam diri…banyak kebaikan berblogging sebenarnya.
wlpon saya belum sampai 2bulan berblogging. 😀
Mmg betul tu Ira.. Mmg banyak kelebihan blog berbanding fb atau twitter dll yg sekadar perkongsian shj.. Blog mempunyai cabang2 yg besar utk org2 yg memahaminya. tak kisah baru atau lama pun yg penting niat kan.. asalkan yg baik.. 🙂
Alhamdulillah beruntung abg khir dan tuan denaihati dapat bersama dalam program tersebut. Peranan bloggers memang tak dapat dinafikan lagi dalam memupuk semangat sukakan membaca, semoga program ini mendapat tempat di hati masyarakat :)).
Alhamdulillah Anim… sama2lah kita berusaha kearah kebaikan. Penulisan blog boleh diterjemahkan & dibaca di seluruh dunia. Mudah2an membawa kebaikan bersama kita semua… aamiin.. 🙂
sangat setuju…best dapat berkumpul sesama bloggers dalam program seperti ini…selain dapat berkenalan ,dapat juga ilmu dari situ..
Betul tu.. ilmu & pengalaman mmg sgt penting.. T kasih Aida.. 🙂
alhamdulillah elok adanya program spt ini..bertuah en.khir dpt beramah mesra dgn team denaihati..lya menabung cne 🙂
Alhamdulillah.. t kasih Lya… 🙂
Pada saya, blogging ni sedikit sebanyak menyuburkan lagi minat membaca kita. Jika kita ingin menjadi penulis yang baik, kita perlu menjadi pembaca yang baik juga. Masakan boleh seorang penulis mampu menulis tanpa pembacaan yang meluas.
NI AKU SETUJU BRO..SBAB SEBELUM KITA KONGSIA APA2 memng kita akan baca or google sesuatu info..bkan hentam kromo tulis.. dari situ dah membantu diri utk membaca dlm keadaan spara sedar..bila dah lama2 tulis,..jadi byak plak yg hendak diceritakan.. bkan sbab angan2 nak jadi writter ke apa..tapi kpuasan… lastly blehlah asah bakt mnulis yg x seberapa tu he..he..
tahniah bro khir..mesti byak info dunia blogging yg dikongsiakan.. 😛
Alhamdulillah… mmg betul tu. Dari kita asyik habis masa menggodeh media sosial yg lain spt fb, twitter dll yg kita rasa mengguntungkan tp sebenarnya hanya perkongsian bersifat sementara, ada baiknya kita tumpukan kpd penulisan di blog yg boleh di capai oleh jutaan umat manusia utk bertahun2 lamanya dlm dunia tanpa sempadan ni. Utk itu mmg kita kena jadi pembaca yg baik juga kan… T kasih bro Sylarius & bro Sobri.. 🙂
Lagi satu, formatting dalam blog ni kita boleh sesuaikan ikut cara penulisan kita. Tak macam dalam medium lain macam kat Facebook tu.
alar alar… jelesnyaaa.. nak join jugak !! huhu
Hehee.. jngnle jeles2.. 😀 😀
wah hebat clap clap 🙂
Alhamdulillah… t kasih MY.. 🙂
tahniah Bro Khir. Sememangnya blogger banyak memberi informasi yang tepat dan berguna dan jugak menyediakan bahan bacaan.
Alhamdulillah.. betul tu Arz.. Blog menjadi media yg sgt penting kini utk penyebaran maklumat yg efektif sbg rujukan semua.. 🙂
adehhhhhh ruginya tak dapat join, tak tahu menahu pasal event ni tsk tsk T_T
ini laa akibatnya bila sibuk dengan kerja sampai tak sempat blogging sobs
alhamdulillah, rasanya mesti banyak ilmu dan perkongsian yang diperolehi di karnival tersebut kan khir :))
ika klik3 iklan nuffnang 🙂
Hehee.. tak pe. Lagi pun waktu tu org sibuk dah nak puasa esoknya.. Alhamdulillah.. mmg bnyk perkongsian yg baik.. T kasih Ika.. 🙂
wah bestnya dpt ilmu,
tak kesempatan ke sana ari tu..
tahniah en khir
Alhamdulillah Haslinda.. T kasih.. 🙂
alamak….aku betul2 ralat laa tak sempat nak singgah aritu tengok ko bro..dh laa tatau lagi bila lepas nie boleh jumpa..tapi anyway seronok tengok program itu berjalan dengan lancar….
Regards,
-Strider-
Tak pe bro Strider. Petang tu jlm mana2 jem sbb esoknya dah nak puasa. Nasib baik kita org naik komuter je… Tp alhamdulillah, pengalaman yg baik utk blogger spt saya ni.. 🙂
Insyallah bro, kalau ada event2 macam nie lagi aku akan datang bari support.. 😀
woot woot…terbaek lah Khir…tahniah
=)
Alhamdulillah… t kasih Izan.. 😀
yang penting, sempat selfie!
hehe
Yeah.. betul tu. Inspirasi selfie dari uncle Gedek juga tu.. 🙂
tahniah..semoga terus maju….saya sentiasa menyokong penuh penglibatan anda..selamat berpuasa bro…
Alhamdulillah.. t kasih. Slmt berpuasa juga bro sahabat.. 🙂
tahniah sbb dpt jumpa dgn bro denaihati… membaca amalan mulia.
Alhamdulillah.. t kasih Abe Kie.. 🙂
Tahniah Khir atas keterlibatan ini. Moga terus maju di masa akan datang.
Alhamdulillah… aamiin. T kasih kak Lynn.. 🙂
Hebat hebat, tahniah bro 🙂
**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html
Alhamdulillah… thanks Nadya.. 🙂
Tahniah bro… nampaknya branding KhirKhalid semakin dikenali… syabas2… semoga terus suksess dan Berjaya sentiasa… 😀
Alhamdulillah.. aamiin. T kasih sahabat.. 😀
Assalammualaikum…khir,
tahniah jadi panel program nie.. serta dapat berjumpa dengan tuan denaihati.. dan bergambar bersama.. moga khir sukses dalam blog serta bidang penulisan yang sangat khir sukai..k
mselim3
wah ! tahniah ! bestnyer program mcm ni 😉
Alhamdulillah CN… pengalaman yg baik buat saya. T kasih.. 🙂
Tahniah abg KK kerana terpilih menjadi ahli panel.
Alhamdulillah Fiza… t kasih.. 🙂
saya setuju! nak jadi bangsa yang berjaya kena rajin membaca
tabik spring dekat saudara khir! =)
Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad pun berkisar tentang membaca. IQRA!
Selamat maju jaya buat tuan khir dan para bloggers lain yang rajin menukil sesuatu untuk dibaca.
Selamat berpuasa…
Tahniah Khir…! baca entry nie terasa berat pula beban memegang status blogger nie kan…
huhu..bertuahnya khir dpt jumpa owner denaihati..
seronoknya join karnival sebegini kan?
tahniah khir sebab terpilih sebagai wakil blogger… mesti lepas nie makin bersemangat untuk berkongsi info-info yang lebih menarik dalam gaya yang santai… tabik spring toing toingg….. 😀
Tahniah Khir…noe mmg bercadang nak pergi…tak x jadi…anak lelaki call…suruh datang jenguk dia…so cancel la nk g sana…
Nice moment…
Tahniah ! Khir… harap lepas ini banyak lagi artikel2 yang menarik dari Khir…
next time giliran sy la plak 😉
wahhh bertuah bro khir selalu dapat hadir dan join program macam ni.. jumpa blogger denaihati pula tu… best3!!
dah femes … alhamdulillah . invest sini .