Abang Long Fadhil
Merafakkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana diberi kelapangan dengan izinNya. Saya berpeluang menghadiri majlis ilmu, Bual Santai; Bicara Aku Seorang Hamba yang mengundang Abang Long Fadhil menyampaikan perkongsian. Majlis ilmu ini telah berlangsung pada 27 Mei 2016, selepas solat Maghrib bertempat di surau Madrasah As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
 
Pasti kebanyakkan kita mengetahui kisah Abang Long Fadhil di kaca TV. Seorang bekas gangster Singapura yang digeruni, telah memilih untuk kembali ke pangkal jalan atas hidayah kurniaan Illahi. Adalah menjadi harapan ramai agar beliau dapat berkongsi secebis perasaan bagaimana cahaya keimanan itu terbit dalam dirinya.
 
Sesungguhnya bual bicara ini bukan untuk membanggakan kisah lalu, tetapi menjelaskan betapa besarnya hikmah kasih sayang Illahi memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendakiNYA. Satu perkongsian peringatan buat insan termasuk diri ini tentang kebesaran anugerah Illahi. Apabila Allah swt mahukan sesuatu itu berlaku, ia pasti akan berlaku… subhanallah walhamdulillah.
 
 

Bual Santai Bersama Abang Long Fadhil

 
Majlis Bual Santai, Bicara Aku Seorang Hamba ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Zuhdi, imam surau Madrasah As Siddiqin dan penceramah bebas. Beliau turut memperingatkan jemaah yang hadir agar memahami situasi Abang Long Fadhil yang bukan hanya memerlukan bimbingan ahli agama malah daripada umat Islam seluruhnya. Semoga hikmah keberkatan kita perolehi bersama dengan sokongan dan doa yang terbaik buat beliau.
 
Turut menyentuh isu bertattoo di beberapa bahagian anggota badan termasuk muka disebabkan lampiran kisah lalu. Sungguhpun membuangnya melibatkan risiko dan kos yang tinggi, namun syukurlah ada insan yang berbesar hati menyumbang membiaya kos perawatan tersebut.
 
Islam adalah agama yang syumul dan tidak membebankan. Kesanggupan Abang Long Fadhil bertekad menyahut seruan untuk menjalani operasi membuang tattoo di muka serta seluruh anggota badan walaupun berhadapan risiko yang tinggi adalah satu sifat terpuji. Semoga beliau selamat menjalani perawatan membuang tattoo dan dipermudahkan segala usahanya.
 
Abang Long Fadhil, Ustaz Mohamad Zuhd, Madrasah As Siddiqin,
Bicara Aku Seorang Hamba, Abang Long Fadhil, Madrasah As Siddiqin,
 
 

Hasrat Menunaikan Umrah Bersama Bonda Termakbul

 
Beliau turut menyatakan niat merealisasikan hasrat ibunya menunaikan umrah. Sambil mengalirkan air mata beliau menceritakan pengorbanan kasih ibu yang sanggup bersusah demi anak walaupun tatkala beliau dipenjarakan. Ibu tetap sabar menghadapi dugaan anak seperti Abang Long Fadhil dan sentiasa yakin satu masa nanti beliau boleh berubah… itulah besarnya harapan seorang ibu.
 
Atas ihsan insan yang berhati mulia, seorang pemilik syarikat perkhidmatan pengurusan umrah dan haji telah menyatakan persetujuan untuk menaja Abang Long Fadhil bersama ibunya menunaikan umrah hujung tahun ini. Itulah antara harapan yang tanpa disangka telah dimakbulkan.
 
Majlis berakhir sekitar jam 9 malam dengan solat Isyak berjemaah. Beliau turut meluahkan dugaan yang mungkin bakal berlaku disebabkan penghijrahannya, malah redha sekiranya ada musuh yang ingin membalas dendam atas penglibatan gangsterisme dahulu. Segala-galanya terserah atas takdir dan ketentuan Allah yang Maha Berkuasa.
 
Justeru, kita doakan agar Abang Long Fadhil sentiasa terpelihara di atas jalan yang diredhai. Semoga bersama kita semua sentiasa diberkati dan disinari cahaya keimanan di dunia hingga ke akhirat… aamiin ya Rabbal alaamiin.
 

Baca lagi > Program Hollywood Inside Out | Urban Village

 

8 Thoughts to “Bicara Aku Seorang Hamba Bersama Abang Long Fadhil”

  1. Maha Suci Allah..begitu hebat kekuasaan Allah yang melembutkan dan mengembalikan seseorang yang ada sejarah hitam dalam hidup ke jalan yang benar..moga-moga artikel ini menjadi asbab kepada mereka yang lain pula kembali ke pangkal jalan.

  2. Subhan ALLAH..alhamdulillah..doa ibu tidak terhijab..sokongan masyarakat itu sangat penting umpama tulang yang mempu menyatukan jasad..kalau pun kita tidak sokong dengan wang ringgit..sokonglah dengan kata-kata semangat..bantulah dengan sentiasa mendoakan moga pendiriannya teguh di jalan Allah SWT..tahniah kepada yang bermurah hati memberi bantuan kepada beliau..syukur..

  3. Hidayah milik Allah. Alhamdulillah. Seronoknya dapat dengar perkongsian daripada beliau 🙂

  4. subhanallah..dia, Allah dah pilih..
    moga kita juga menjadi insan pilihan Dia, insyaallah

  5. subhanallah, tahniah kepada abang long sebab jumpa jalan kembali

  6. el

    alhamdulilah murah rezeki beliau

    tapi seriau pulak dengar dia nak buat operation buang tatoo..semoga dipermudahkan amin

  7. Ada juga tengok kat tv… tersentuh sangat, sampai kita yang mendengar dan menonton pun mengalir air mata, apa lagi bab menyentuh penorbanan ibu beliau.

    Alhamdulillah, kini beliau telah mendapat hidayah dan kembali kepangkal jalan.

  8. wah best nyer dpt jumpa beliau… tp so far belum ada ceramah yg menjemput beliau dtg ke kawasan sy kalau ada sy nk hadir jg..

    apa2 pun hidayah Allah itu amat luas…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.