Tycoon iklan
Tokoh pengiklanan terawal Malaysia dan antarabangsa merupakan catatan intervensi akademik-industri dalam bidang pemasaran dan pengiklanan. Ia menjadi sebahagian input yang saya gunakan sebagai rujukan pembentangan institusi berkaitan pemimpin industri.
 
Hasil penelitian berkaitan periklanan atau pengiklanan komersil telah menyenaraikan beberapa tokoh tempatan dan antarabangsa berdasarkan rujukan industri dan informasi dari pelbagai sumber.
 
Walaupun terdapat ramai lagi sebenarnya tokoh yang boleh disenaraikan, saya terpanggil mengetengahkan beberapa individu yang patut kita tahu terutama bagi yang terlibat dalam pemasaran, pengiklanan, juga sebagai rujukan bermanfaat pembaca seluruhnya.
 
 

Tokoh Pengiklanan Terawal Antarabangsa

Beberapa tokoh yang diketengahkan diperakui bukan sahaja di Malaysia tetapi diperingkat antarabangsa sebagai pengasas idea, organisasi dan juga ikon pemimpin industri periklanan;
 
David Ogilvy
 
Nama David Ogilvy sememangnya legeda dunia periklanan. Dilahirkan pada 1911 di West Horseley, England, berpendidikan di Kolej Fettes, Edinburgh dan Christ Church, Oxford. Kerjaya awal beliau merupakan tukang masak aprentis di Paris, berpindah ke Scotland dan seterusnya ke Amerika Syarikat untuk menyandang jawatan Pengarah Bersekutu Institusi Penyelidikan.
 
Ogilvy mula mengasaskan agensi periklanan pada tahun 1948 yang dikenali sebagai Ogilvy, Benson & Mather. Ia bermula secara sederhana dan kemudiannya berkembang menjadi sebuah syarikat periklanan ke-3 terbesar di dunia dengan 226 pejabat di 44 buah negara dan menggaji seramai 7600 pekerja untuk 3000 akaun pelanggan komersil.
 
Idea Ogilvy tentang mengendali agensi, copywriting dan kreativiti menjadi inspirasi industri pengiklanan. Penulisan bukunya yang terkenal ialah Confession of An Advertising Man.
Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa,
John O’Toole
 
Tokoh pengiklanan antarabangsa yang dilahirkan di Chicago pada tahun 1929 ini mempunyai sejarah perkhidmatan yang lama di sebuah agensi pengiklanan terkemuka, Foote, Cone & Bedding Communication, Inc. Bermula sebagai penulis naskhah (copywriter), beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi pengarah kreatif sebelum menyandang presiden dan CEO agensi tersebut.
 
Mengetuai 4 anak syarikat sebagai presiden iaitu Foote, Cone & Belding Advertising, Foote, Cone & Belding/Honig, FCB International dan Carl Byoir & Associates. Empat anak syarikat ini mempunyai 33 full service advertising agency, dan 18 pejabat perhubungan awam di 19 negara dengan 3300 pekerja untuk 1000 akaun pelanggan komersil.
 
Howard G. Sawyer
 
Howard G Sawyer mula terlibat dalam industri pengiklanan apabila beliau bekerja sebagai copywriter di sebuah agensi pengiklanan di Boston. Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah kreatif, pengurus penyelidikan, pembeli media dan ketua perancangan. Pada 1960, beliau bekerja dengan Marstellar Inc, sebagai timbalan presiden perkhidmatan pemasaran, seterusnya dinaikkan kepada Eksekutif Timbalan Presiden.
 
Hari ini Marstellar Inc. memiliki 1405 pekerja di 14 buah pejabat antarabangsa. Beliau juga terkenal dengan penulisan buku yang bertajuk Business-to-Business Advertising dan turut memegang jawatan penting sebagai Pengerusi Lembaga Business Publications Audit of Circulation, Pengerusi International Advertising and Marketing Committee kepada American Insurance Agency.
 
Leo Burnett
 
Mengasaskan agensi pengiklanan di Chicago pada tahun 1935, mempunyai sejarah jatuh bangun yang panjang sehingga berjaya membina reputasi syarikatnya (Leo Burnett) ke peringkat antarabangsa. Pernah dicadangkan rakannya agar lebih baik menceburi perniagaan menjual epal namun tetap berusaha keras membuktikan beliau boleh berjaya dalam industri pengiklanan.
 
Leo memegang falsafah “when you reach the stars, you may not always get one, but you won’t come up with a handful of mud either”. Pada 1961, Leo mencetus revolusi pengiklanan dengan strategi ‘inherent drama’ yang menjadi tarikan pengiklanan paling menarik seluruh dunia.
Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa,
 
J. Walter Thompson
 
Dilahirkan pada tahun 1847 dan dibesarkan di Ohio, pernah berkhidmat dalam tentera laut semasa Perang Saudara Amerika. Beliau mula bekerja di agensi pengiklanan milik William J. Carlton sebagai penyimpan akaun dan pembantu pengiklanan dan melihat potensi majalah sebagai medium paling berkesan menyebarkan maklumat pengiklanan sewaktu ramai tidak menyedarinya ketika itu.
 
Beliau mengambil langkah mengiklanankan perniagaan pelanggan yang menjual asbestos dalam majalah Godey’s dan Peterson’s. Ia telah berjaya meningkatkan penjualan perniagaan pelanggannya sehingga dikenali sebagai pakar pengiklanan majalah.
 
Pada 1878, J. Walter Thompson telah membeli perniagaan Carlton dan menukarkan namanya sendiri. Beliau juga berjaya menguruskan 23 buah kontrak dengan 30 majalah terkemuka sehingga diangkat sebagai pemimpin industri pengiklanan pada era 1920an.

 

Tokoh Pengiklanan Terawal Di Malaysia

Pengasas dan pencetus industri pengiklanan Malaysia direvolusikan oleh 3 nama terawal dengan sejarah kerjaya tersendiri yang memberi impak trending pengiklanan tempatan sehingga kini. Tokoh-tokoh pengiklanan Malaysia ini sememangnya tidak asing dalam nama keusahawanan di Malaysia.
 
Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing
 
Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing menubuhkan Wings Creative Consultant Sdn Bhd pada 1975 dan muncul sebagai agensi pengiklanan tempatan pertama di Malaysia. Pengalaman beliau bermula sebagai Pengarah Seni di McCann Erickson dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kumpulan Kreatif. Beliau juga pernah bekerja sebagai illustrator dan pereka bentuk di Preston.
 
Beliau seorang yang berjiwa seni dan pernah mengajar mata pelajaran seni lukis di sekolah swasta. Pernah menjadi wartawan dan memulakan ruangan kartunnya sendiri bernama ‘ABU’, ruangan kartun tempatan pertama di akhbar berbahasa Inggeris.
 
Tan Sri Lim pernah menjawat Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pengiklanan Bertauliah (4A’s) dan bergerak aktif sebagai ahli majlis selepas itu.
 
Francis Lim
 
Mengasaskan Francis Lim Design & Art Direction pada tahun 1976 yang kemudiannya bertukar kepada Francis Lim, Zulkifli & Ayer Sdn Bhd pada 1984 setelah bergabung dengan N.W Ayer International dan Zulkifli Mohd Ishak.
 
Francis Lim memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan sebagai Trainee Visualiser di SH Benson pada 1964 kemudian berpindah ke Grand Kuala Lumpur. Pada 1972, beliau menubuhkan Malaysia Advertising Services dan telah diupah bekerja dengan Leo Burnett sebagai Pengarah Seni dan SSC & Lintas sebagai Pengarah Kreatif sebelum menubuhkan syarikat sendiri.
 
Sepanjang kerjaya, beliau telah membangunkan pelbagai kempen pengiklanan antaranya bersama ICI, Nestle, Ford, Singer, Castrol, Qantas, Max Factor, Lever Brothers, Mandarin Hotel, RJ Renoylds, Dutch Lady, Mitsubishi Electric dan Bristol-Meyers.
 
Thong Kwai Heng
 
Berkelulusan Universiti Malaysa, Thong Kwai Heng pada mulanya bekerja sebagai  Eksekutif Akaun PTM Communication, sebuah agensi perhubungan awam. Beliau kemudiannya berpindah ke McCann Erikson dan berpeluang mengendalikan akaun UMW, Goodyear, Komal, Cycle & Carriage Malaysia, Liver Brothers dan Gillette.
 
Pada 1980, beliau berpindah ke Wings Creative yang menawarkan jawatan Penulis Naskhah Kanan dan berkhidmat selama 5 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengarah Kreatif. Beliau amat berbakat dalam copywriting dan dibuktikan melalui penganugerahan antarabangsa yang diperolehi dari 4A’s, ANDY (Kelab Pengiklanan New York) melalui risalah yang ditampilkan.
 

Tokoh-Tokoh Pengiklanan Sepanjang Zaman

Sekiranya anda terlibat dalam jurusan pemasaran dan pengiklanan, inilah nama-nama tycoon pengiklanan terawal tempatan dan global yang patut anda tahu. Merupakan individu-individu pencetus idea kreativiti terawal dalam pemerkasaan agensi pemasaran dan industri pengiklanan sebelum wujud era teknologi digital.

 
Sayangnya terdapat gambar diantara tokoh-tokoh tersebut tidak dapat diperolehi sama ada dari rujukan google mahu pun lain-lain. Kesemua gambar tokoh-tokoh yang dipamerkan dalam artikel blog ini adalah bersumberkan image google.

 

Baca lagi> Perspektif Keusahawanan Sebagai Kerjaya

 
 

20 Thoughts to “Tokoh Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa”

  1. leo burnett tu kan yg sblm ni byk bekerjasama dgn allahyarham yasmin ahmad kn utk iklan2 petronas dsb?

    1. Dia bekas Executive Creative Director di agensi Leo Burnett Anies.. mmg bnyk sumbangan dia kat Leo Burnett dan pengiklanan negara.

  2. Info yg menarik… Tahniah KK. Anda memang hebat.. hehe..

    1. Alhamdulillah.. mana hebatnya, sekadar berkongsi info utk pengetahuan bersama je 🙂

  3. Bro KK memang hebat… LeYa memang suka baca artikel terkini dari blog ini

    1. Alhamdulillah, t kasih Leya.. moga ada manfaatnya. Sama2lah kita sokong dunia berblogging 🙂

  4. Tokoh yg hebat dlm pegiklanan ni baru tahu

    1. Nama2 individu tu jadi sebuah agensi besar bertaraf dunia.. kagum.

  5. tq for sharing. info baru bagi mama ni

    1. Terima kasih juga sudi baca, mudah2an ada manfaatnya 🙂

  6. suatu hari nanti akan keluar pula nama Tuan Khir Khalid..

    sama-sama kita doakan

    1. Huh jauh tu tuan.. in shaa Allah, mudah2an sama2 kita semua beroleh kejayaan.. aamiin.

  7. Banyak2x nama, GV hanya familiar dengan nama Leo Burnett kerana mengingatkan Allahyarham Yasmin Ahmad. Info kat atas mmg terbaik Mr Khir. Boleh jadi rujukan kepada student yang membuat assignment berkaitan marketing history and their philosphy. Terbaik Mr Khir, 😀

    1. Alhamdulillah terima kasih GV, moga membantu buat sesiapa jua yg memerlukan sbg rujukan bermanfaat.

  8. Lepas baca, baru saya tahu kesemua tokoh ni..rupanya tak pernah tau pun siapa mereka sebelum ni. Terima kasih berkongsi maklumat ni tuan.

  9. Dlm ramai2 tu JM familiar dgn nama Lim Kok Wing je 😂

  10. […] Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa […]

  11. Leo Burnett tu kalau sebut nama je otomatik kepala dah kaitkan dgn dunia pengiklanan

  12. Buat pertama kali Zumal tahu tentang tokoh- tokoh ini

  13. […] Baca lagi: Tokoh Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.