Mengurus Reputasi Dalam Cabaran Media Era Digital – Reputasi dan kepercayaan merupakan isu mencabar dalam landskap media hari ini. Sememangnya, maklumat berlebihan serta berita palsu menjadi lumrah yang sering kita terima melalui perkongsian di pelbagai platform digital.
Atas aspirasi tersebut, PRCA Malaysia bersama syarikat pengisian media terkemuka, Isentia, telah menganjurkan Sidang Kemuncak Perhubungan Awam Malaysia 2019 (Malaysia PR Summit 2019) bagi mengetengahkan perkongsian pakar dalam mendepani cabaran komunikasi era digital kini.

Mengurus Reputasi Dalam Cabaran Media Era Digital
Tahun ini saya berpeluang menghadiri Malaysia PR Summit 2019 yang telah berlangsung pada 11 Julai 2019 di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Bertemakan Reputation Management: Winning Trust In Today’s Changing Mediascape, persidangan ini berkongsi pandangan pakar-pakar perhubungan awam tentang cabaran mengurus reputasi dan memenangi kepercayaan dalam landskap media semasa yang senantiasa berubah.
Malaysia PR Summit merupakan persidangan kemuncak yang diadakan pada setiap 2 tahun dalam memperkasa profesionalisme dikalangan penggiat industri perhubungan awam di Malaysia.
Tahun ini ia dihadiri seramai 250 peserta dari kalangan profesional pemasaran, perhubungan awam, komunikasi korporat termasuk para akademia serta penuntut bidang terkait dalam memperkasa strategi kepimpinan dan komunikasi era digital kini.

Persidangan tahun ini menampilkan 3 panel diskusi dan 3 pembentangan case study, dimana beberapa peneraju dan pakar industri berkongsi strategi kepimpinan dan komunikasi yang menjadi instrumen dalam membina penjenamaan dan reputasi korporat yang berjaya.
Barisan speaker pun bukan calang-calang dalam industri PR, antaranya;
- Datuk A Kadir Jasin – Special Advisor, Media dan Communication kepada Perdana Menteri;
- Dato’ Wong Sai Wan – Chief Media Officer, Ancom Group of Companies & Editor-In-Chief, Malay Mail;
- Dato’ Sri Haji Ibrahim Abdul Rahman – President, Institute of Public Relations Malaysia;
- Gladys Goh – Group General Manager, Nippon Paint Malaysia;
- Steve Miller – Membership & Commercial Director, PRCA UK;
- A. Asohan – Senior Editor (Online), Star Media Group Bhd;
- Jahabar Sadiq – Editor-In-Chief, Malaysian Insight;
- Rita Sim – Co-Founder and Director, Cense Media;
- Prashant Saxena – Head of Insights of S.E. Asia, Isentia;
- Ho Paik San – Senior Insights Manager, Isentia;
- Izlyn Ramli – Vice President, Group Brand & Communication, Telekom Malaysia;
- Syamil Fahim Mohamed Fahim – Chief Executive Officer and Publisher, Nu Ideaktiv;
- Kamarul Bahrin – Deputy Editor-In-Chief, Astro AWANI;
- Leigh Wong – Head of Communications, Southeast Asia, Netflix;
- Felix Heinimann – CEO, essence-bcw;
- Adrian Burton – Managing Director, ada Malaysia;
- Syed Mohammed Idid B Dato’ Syed Ahmad Idid – Head of Corporate, Community & Public Engagement, PLUS Malaysia.
Saya terkesan dengan perkongsian Datuk A Kadir Jasin. Pengalaman 5 dekad sebagai jurnalis menjelaskan pelbagai cabaran yang dihadapi, tambahan lagi bila berkerja dengan Perdana Menteri yang juga mempunyai pengalaman luas dalam penulisan dan komunikasi.
Penyampaian fakta yang betul dalam amalan kebebasan media hari ini sebenarnya menjadi peluang serta cabaran kepada PR, industri media dan komunikasi membina reputasi dan kepercayaan yang mampan. Ketelusan dan usaha yang konsisten amat penting dalam mencapai setiap matlamat.
Satu perkongsian dan nasihat berharga buat diri ini juga dalam penulisan digital. Berpeluang bergambar sejurus sesi tamat untuk diabadikan sebagai penghargaan.

Perkongsian oleh Gladys Goh yang bertanggungjawab disebalik kejayaan jenama Nippon Paint Malaysia juga memberi input yang amat bernilai. Dalam mengurus reputasi dan kepercayaan, Nippon Paint Malaysia telah mengambil pendekatan strategik melalui penglibatan terus kepada masyarakat.
Usaha membantu membangun masyarakat sejahtera menjadi keperihatinan utama melangkaui sekadar kepentingan komersil. Sehingga kini, Nippon Paint Malaysia terus mengukuhkan kerjasama melalui pelbagai program pendidikan dalam memperkasa gaya hidup sihat.
Begitu juga yang diketengahkan dalam diskusi oleh para peneraju dan pakar industri. Pendekatan terus pasaran juga masyarakat tetap penting dari sekadar analitik digital semata-mata dalam mengurus reputasi dan kepercayaan pada era digital kini.
Antara perkongsian salah seorang penalis ada berkata; “Reputation doesn’t counts by numbers”

Penghargaan Malaysia PR Summit 2019
Penghargaan terima kasih kepada Mr Andy See Teong Leng selaku Presiden PRCA Malaysia, dan pihak PRCA Malaysia seluruhnya atas peluang dan kepercayaan yang diberikan.
Selain menjadi landasan pengetahuan dan pendedahan realiti, Malaysia PR Summit 2019 juga menjadi ruang memperkasa hubungan dan reputasi industri, disamping menyuntik inspirasi diri ini untuk sentiasa menambahbaik penglibatan menulis blog dan kandungan digital secara profesional.
Malaysia PR Summit 2019 ditaja oleh Isentia (Title Sponsor) dan PLUS Malaysia (Gold Sponsor). Permodalan Malaysia Berhad dan The Malaysian Reserve adalah Pembangun Bakat dan Rakan Media.
Justeru, boleh rujuk info PRCA Malaysia di www.prcamalaysia.org.
Info terdahulu terkait;
Malaysia PR Summit 2017: The Changing And Disruptive Communication Landscape.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Memang diakui berita palsu umpama lumrah, malah ia mudah disebarkan. Tema ni bertepatan sbb setiap info perlu disampaikan dgn etika, especially melibatkan isu2 tertentu. Perlu ia bermula dari pihak yg diiktiraf dgn fakta yg betul. Reputasi mmg penting.
Setuju dgn pendapat tuan.. walaupun sekadar berkongsi di blog ini, banyak lagi saya perlu belajar dlm penyampaian agar ada impak jangka panjang yg baik dlm membina reputasi.. bukan sekadar menulis. T kasih atas pandangan tuan.
Reputasi cerminan diri perlu seiring dengan era digital terkini agar mesejnya cepat sampai bermanfaat n tidak diseleweng
Cerminan diri tu mmg membantu memberi refleks yg baik dlm berkongsi info. Mesej sensasi cepat viral, tp bila yg diselewang boleh memudaratkan diri juga akhirnya kan, wallahualam.
Menyampaikan sesuatu yang fakta di zaman ini sangat mewah dengan cabaran kerana terkadang yang palsu itu lebih mudah disebar,diterima dan dipercayai..ianya umpama air bersih dicampuri lumpur..yang lebih terlihat adalah keruhnya.Sekiranya masing-masing sentiasa menjaga etika ketika menulis atau menyampaikan sebenarnya persekitaran yang sihat dalam menyebrkan maklumat dan sebagainya dapat dicapai.
Setuju… menjadi peringatan buat diri ini juga. Lebih baik berkongsi sesuatu yg diyakini dari sumber dan fakta yg betul drp menyebarkan info yg sensasi tetapi tiada kesahihan… lama2 org pun jadi tak percaya malah boleh memudaratkan diri sendiri juga.
Hari ni ramai yang pentingkan berita atau info yg viral berbanding menjaga kepentingan reputasi dan kepercayaan dalam penulisan. Kalau sumber yang disampai tu tak sahih, lagi tambah rosak dunia penulisan media.
Mmg betul tu Ana.. ada sebahagian yg sekadar nak viralkan sesuatu info tanpa memikirkan kesahihannya, malah boleh mengeruhkan lagi situasi dan menganiaya pihak2 tertentu. Moga kita semua dijauhkan dari tergolongan dikalangan individu2 mcm ni dlm dunia penulisan, in shaa Allah.
perkongsian yang sangat ilmiah…
terbaiklah tuan KK .
semoga terus sukses dan berjaya hingga hujung nyawa aamiin
Terima kasih tuan.. moga sama2 kita semua terus berjaya dunia dan akhirat.. aamiin.
kehadiran berita palsu mmg tak boleh nak elak. lebih2 lagi pd zaman sekarang di mana teknologi sentiasa di hujung jari. tapi rasanya kalau benar2 menjadi sesautu reputasi, mungkin perkara ini dapat dibendung walaupun pd zahirnya amat payah dan sukar
Betul tu Anies.. bagi kita yg berfikir ni mngkin akan jaga setiap maklumat yg nak dikongsi sbb secara tak langsung ia beri impak yg melibatkan reputasi diri mahu pun organisasi. Tp ada yg tak fikir mcm tu, akhirnya sendiri terima kesan buruk.. lagi memburukkan bila kena saman dan sbgnya. Apa pun ia perlukan kesedaran dlm diri.
Reputation doesnt counts by numbers, so does quality.
Fitnah atau berita palsu tetap berlaku tapi terpulang pada orang yang menerima. Kalau tak selidik dulu memang tak terdedahlah kebenarannya.
Setuju tuan.. kebenaran akhirnya akan muncul juga kan. Jadi peringatan buat diri ni juga agar tak mudah nak brkongsi info tanpa selidik, apatah lagi suka2 nak share sbb viral walaupun tiada kena mengena dgn kita.