Amalan bekerja dari rumah

Assalamualaikum. Amalan bekerja dari rumah bukan lagi perkara yang asing dalam budaya kerja masyarakat hari ini. Selain penggiat digital atau mereka yang bekerja secara freelance, kini keterlibatan syarikat korporat, swasta dan kerajaan juga tidak ketinggalan dalam membuka ruang tugasan yang boleh dilaksanakan dari rumah.

Pada artikel ini, saya terpanggil berkongsi tentang amalan bekerja dari rumah yang boleh membantu untuk kita lebih fokus terhadap profesionalisme yang diceburi. Ia berdasarkan pengalaman dari beberapa rakan industri yang telah lebih awal mebina work station atau home studio secara terancang untuk keperluan dan komitmen kerjaya.

Saya juga bersetuju dengan pendapat dikalangan pemain industri digital. Sama ada anda seorang digital nomad atau gemar bekerja di cafe-cafe terpilih, anda tetap perlu ada working space di rumah. Jika tidak, anda hanyalah seorang yang bekerja secara berpindah randah.

Mari saya huraikan lebih lanjut…

Amalan bekerja dari rumah secara profesional

Amalan Bekerja Dari Rumah

Home office atau stesen bekerja di rumah melambangkan keperibadian anda.

Ia menggambarkan secara jelas tentang persediaan dan komitmen sebenar anda. Malah bagi penggiat digital sepenuh masa, ia sebenarnya menjadi ukuran terhadap pencapaian peribadi anda dalam sesuatu keterlibatan digital yang anda ceburi.

Atas faktor inilah saya melihat ramai dikalangan penggiat digital sanggup melabur sejumlah modal bagi membina home office yang sistematik dan cantik dengan nilai karisma tersendiri. Umpama seorang usahawan yang komited memajukan bisnes, membina prasarana yang baik termasuk pejabat atau premis dengan ekosistem yang efesyen adalah penting. Begitu juga bekerja dari rumah sebagai satu profesyen.

Sama ada anda memilih untuk bekerja di luar, di cafe-cafe terpilih atau merantau sebagai digital nomad, anda tetap perlu ada rumah. Rumah anda tetap perlukan ruang kerja dan ruang itulah keperibadian sebenar profesionalisme anda sebagai penggiat digital.

Oleh itu, ada beberapa perkara yang boleh dijadikan sebagai persediaan sistematik dalam merealisasikan amalan bekerja dari rumah secara profesional.

1. Kemudahan Internet

Seperti kita ketahui, tidak akan ada perhubungan kerja sekiranya tiada internet. Pastikan pakej internet yang benar-benar berbaloi dengan keperluan kerja dan urusan seharian. Rasanya, ia tidak perlu dihuraikan kerana anda juga sedia maklum kepentingan internet dalam kehidupan kita hari ini.

2. Ruang Bekerja (Working Space)

Ramai penggiat digital yang berjaya menjana pendapatan yang baik memfokuskan kepada pembelian rumah selepas kenderaan. Saya melihat, dikalangan rakan penggiat digital memilih rumah sebagai pelaburan kerjaya disamping membina kehidupan. Maka, rumah menjadi working space terbaik.

Mereka menjadikan salah satu bilik sebagai ruang bekerja. Ada juga yang merenovasi bahagian rumah menjadikan ruang bekerja sistematik tanpa mengganggu persekitaran berkeluarga. Secara tidak langsung ia turut menjadi identiti kepada tetamu terhadap kredibiliti kerjaya sebagai penggiat digital.

Asasnya, penting untuk anda sediakan kawasan khusus agar anda boleh bekerja dengan lebih fokus dan selesa. Ia amat membantu dalam pembangunan kerjaya.

3. Peralatan Dan Peranti Digital

Hari ini kita boleh lihat pelbagai peralatan dan peranti bagi memenuhi pelbagai keperluan digital. Pemilihan peralatan yang sesuai juga sudah pasti menjadi kriteria penting dalam membudayakan amalan bekerja dari rumah.

Jika berkemampuan, saya sarankan agar jangan campurkan peralatan seperti komputer, laptop atau tablet bekerja untuk digunakan sebagai gajet anak-anak bermain. Asingkan keperluan tersebut sebagai inisiatif komitmen kerjaya. Anda akan dapat merasai kebaikannya serta perubahan dalam cara kerja secara jangka panjang.

4. Susun Atur Sistematik

Selain ruang dan peralatan, susun atur segala kepentingan kerja juga amat penting. Anda mungkin perlukan meja dan kerusi yang selesa dengan postur badan, papan nota di dinding mahu pun sebuah kipas kecil dengan rekabentuk yang cantik.. belilah… reward yourself!

Bagi anda yang kerap terlibat dalam perbincangan secara video online atau penstriman langsung, pengaturan persekitaran, setingan video, pencahayaan serta pelbagai persediaan berkaitan juga perlu anda pertimbangkan.

Sekiranya perlu menambahbaik latar belakang dinding, rancanglah sebaiknya kerana ia memberi impak kepada presentasi dan potensi anda sepanjang bekerja kepada yang lain.

Secara asasnya, 4 perkara utama ini perlu dititikberatkan. Ia juga menjadi panduan asas dalam progres renovasi home studio yang saya lakukan sebagai komitmen digital.

Amalan bekerja dari rumah secara profesional

Komitmen Sebagai Penggiat Digital

Alhamdulillah, saya berpeluang melihat pelbagai susun atur home office dikalangan rakan penggiat digital. Ia memberi saya inspirasi untuk persediaan yang lebih sistematik.

Pada salah satu artikel sebelum ini bertajuk; Aspirasi Terhadap Johor Sebagai Hab Digital ASEAN turut berkongsi tentang renovasi home office demi komitmen kerjasama rakan industri. Faktor penglibatan aktif dalam kegiatan komuniti setempat juga membantu memudahkan urusan online dan fizikal dengan pelbagai pihak terlibat.

InsyaaAllah, pada artikel lain nanti saya akan kongsikan lebih lanjut pengalaman renovasi home studio setelah ia berfungsi sepenuhnya sebagai rujukan buat manfaat bersama.

Walaupun dengan kemudahan bekerja di coworking space atau pejabat, memiliki home office yang sistematik memberi nilai profesionalisme sebagai pengiat digital sebenar.

Baca lagi> Prospek Digital Nomad Dan Remote Worker Di Malaysia

      2 Thoughts to “Amalan Bekerja Dari Rumah Secara Profesional”

      1. Azfar Mansur

        Mmg sepatutnya ada work station yg organized di rumah. Paling baik, space yg sistematik utk keperluan kerja2 digital. Itu komitmen bagi seorng penggiat digital sebenar.. bekerja di cafe atau ofis sekadar optional shj.

      2. Muhd Arif

        Alhamdulillah, semakin maju kedepan. Thanks sharing info bermanfaat

      Leave a Comment

      This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.