Budaya Coworking Space di Malaysia

Assalamualaikum. Saya tertarik berkongsi tentang kisah satu pertemuan antara para penggiat digital dari beberapa negara ASEAN yang diadakan di JustCo. Ia merupakan sebuah coworking space di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Apa yang menarik, pertemuan itu berlangsung hanya sekitar 2 jam sahaja. Berbincang dan mencapai kesepakatan sebelum bersurai dan menunggu jadual penerbangan pulang ke negara masing-masing. Hasil perbincangan membawa kepada gerak kerja teamwork melalui komunikasi online sehinggalah pertemuan selanjutnya di lokasi yang sama nanti.

Pertemuan dan perbincangan seperti ini sebenarnya sudah menjadi norma di sesetengah tempat yang mempunyai kedudukan strategik dan kelebihan akses logistik seperti Singapura.

Budaya kerja coworking space masyarakat digital

Apa Itu Coworking Space

Coworking Space merupakan sebuah platform yang menyediakan kemudahan ruang kerja untuk urusan bisnes atau pertemuan atas pelbagai tujuan kerjaya. Ia dilengkapi pelbagai fasiliti seperti internet berkelajuan tinggi dengan pilihan ruang kerja yang selesa.

Ia menjadi solusi yang ideal bagi para usahawan, startups, ahli profesional, freelancer, penggiat dan perantau digital serta mereka yang bekerja secara jarak jauh (remote worker).

Kemudahan ruang kerja seperti ini membantu melengkapkan pelbagai keperluan pekerjaan secara online hinggalah yang melibatkan perjumpaan secara fizikal dalam persekitaran yang kondusif dan formal, namun kreatif dan santai.

Coworking space menyediakan kemudahan bagi memenuhi semua keperluan urusan kerja melalui ruang kerja secara bersama, ruang perbincangan dan mesyuarat, malah ada yang turut menyediakan ruang seminar untuk keperluan berskala kecil hingga acara besar.

Bukan sekadar ruang kerja biasa, ia lengkap dengan pakej pejabat peribadi atau suite untuk pasukan bisnes, serta ruang panggilan video atau video conference. Khidmat bilik mesyuarat pula disertakan skrin projektor, papan putih, kemudahan cetak, imbas dan salin, termasuk pantry dan ruang rehat hinggalah sokongan front-of-house untuk menyambut tetamu.

Budaya coworking space generasi digital

Setiap coworking space juga menyediakan team sokongan pentadbiran dan bantuan teknikal. Terdapat juga pakej untuk pejabat maya (virtual office system) lengkap dengan alamat perniagaan, nombor telefon tempatan hinggalah khidmat setiausaha.

Atas semua pakej perkhidmatan tersebut, pada asasnya setiap pengguna hanya perlu membayar caj perkhidmatan mengikut kadar jam bergantung pada ‘rate’ dan pakej di sesebuah coworking space. Pada kebiasaannya, harga caj perkhidmatan yang ditawarkan adalah dalam kadar yang berpatutan.

Sebahagian besar lokasi coworking space menawarkan pakej keahlian dengan kadar caj yang lebih berbaloi kepada mereka yang kerap memanfaatkan ruang ini untuk urusan kerja. Ia boleh dijadikan sebagai ruang kerja rasmi menggantikan pejabat konvensional dengan kos yang jauh lebih menjimatkan.

Maka, tak perlu modal besar dan kos maintenance pejabat seperti biasa.. coworking space sudah cukup memadai untuk memenuhi semua keperluan kerjaya atau bisnes.

Optimasi Potensi Blog di WordPress Meetup KL

Budaya Masyarakat Digital

Kini budaya coworking space sudah menjadi norma di serata dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali. Sejak sekitar tahun 2017 turut menyaksikan pelbagai pertemuan atau meetup session yang saya sertai diadakan di ruangan coworking space di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sejak itu ia terus berkembang sebagai ruangan pilihan terbaik bagi budaya kerja generasi digital.

Kini, lebih mudah untuk anda temui lokasi kerja seperti ini terutamanya di bandar-bandar besar di seluruh negara. Budaya ini menjadi solusi untuk pelbagai keperluan kerjaya dengan lingkungan sosial yang kreatif dan tidak terikat dengan aturan kerja konvensional.

Baca lagi> Aspirasi Terhadap Johor Sebagai Hab Digital ASEAN

One Thought to “Budaya Kerja Coworking Space Generasi Digital”

  1. Hazril

    Coworking space ni mmg membantu.. presentable dan update dgn cara kerja masa skrng.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.