Ustaz Kazim

Assalamualaikum. Pada malam Sabtu (8/11/2014) yang lalu, saya bersama keluarga telah menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Maka saya terpanggil meluangkan sedikit masa menulis bagi mengabadikan pengalaman ini. Intipati ceramah yang disampaikan menjurus kepada motivasi ibubapa dan kekeluargaan, bermula selepas solat isyak. Ia dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri dengan kerjasama PIBG dan masjid serta dihadiri lebih 2000 orang, penduduk sekitar qariah Bandar Tasik Puteri ini.

Sebagai salah seorang bapa dan ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, saya turut diundang dan digalakkan menghadiri program ini bersama seisi keluarga. Alhamdulillah, kehadiran jemaah juga memenuhi seluruh ruang dalam dan luar masjid.

Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang

Ceramah Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim menekankan pengisian berkaitan persoalan agama dan motivasi kekeluargaan, ia juga menjurus kepada nasihat tentang realiti cara hidup sosial dan kekeluargaan masa kini.

Hubungan antara ibu bapa, anak-anak serta jiran tetangga sememangnya penting demi membentuk komuniti yang selamat dan harmoni demi menjemput keberkatan seluruhnya. Secara peribadi, saya tertarik dengan cadangan Ustaz Kazim agar diwujudkan kerjasama berpanjangan antara pihak sekolah dan masjid, PIBG termasuk penduduk sebagai inisiatif terbaik membendung gejala sosial terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah warga Bandar Tasik Puteri.

Sempat merakamkan beberapa gambar pada waktu sebelum dan selepas ceramah. Majlis berlangsung selama 2 jam dan berakhir sekitar jam 11 malam. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan disediakan di perkarangan masjid yang memeriahkan lagi malam yang istimewa ini walaupun selepas jam 12 malam. Sememangnya, ia merupakan satu acara yang penuh dengan ilmu, semangat persaudaraan serta ukhwah kejiranan.

Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor
Ceramah Ustaz Kazim Elias di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Membendung Gejala Sosial Melalui Jalan Agama

Berdasarkan cadangan Ustaz Kazim Elias berkenaan peranan masjid dalam inisiatif membendung gejala sosial diperingkat komuniti setempat, setiap pelajar yang tersenarai disebabkan salahlaku displin yang berat perlu dibawa ke masjid untuk menjalani program kesedaran pada setiap hujung minggu. Melalui tempoh yang ditetapkan, setiap pelajar yang disenaraikan perlu menghadirkan diri pada petang Jumaat dan bermalam sehingga Ahad untuk mengikuti pembelajaran berpandukan jadual program yang diatur sebaiknya.

Bagi Ibu dan bapa pelajar yang disenaraikan itu juga perlu menghadiri tazkirah dan berjemaah magrib dan isyak sebelum pulang meninggalkan anak mereka untuk pengisian selanjutnya. Ibu bapa tersebut juga digalakkan menghadiri solat subuh berjemaah dan mengimarahkan tazkirah subuh yang diadakan bersama anak-anak dan seluruh jemaah yang hadir. Mudah-mudahan permasalahan sosial dapat dibendung dengan lebih berkesan, in shaa Allah.

Mudah-mudahan juga ceramah Ustaz Kazim Di Bandar Tasik Puteri ini dapat menyuntik semangat kesepakatan yang erat dikalangan penduduk demi kehidupan yang harmoni dan diberkati… aamiin.

Baca lagi: Program Dakwah Hollywood Inside Out
 

22 Thoughts to “Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang”

  1. Townhouse adalah pelaburan yang tidak merugikan, kalau ada duit lebih la.

  2. Lokasi amat penting, apa lagi kalau beli untuk pelaburan.
    Tapi, rupanya ada banyak lagi faktor yg perlu diketahui. Kena belajar dgn sifu nih :3

  3. membeli properties begini ada untungnya jika kena pada cara..harga bisa naik dan tak mustahil bisa turun jika keadaan ekonomi sekarang menentu…

  4. lokasi cantik, tapi harga pula mahal.

  5. Terima kasih atas perkongsian KK, teringin gak nak rumah kedua yang berbeza dari rumah sekarang…

  6. Terimakasih untuk informasinya pak, sangat bermanfaat sekali. Izin share ya? 🙂

  7. sblh tmn sy skrg ni ada 20 unit townhouse… mmg cantik. sy suka sgt2 kalu ada $$ lbh mmg sy sambar rumah tu… hehehe

    salam muncul kembali 😉

  8. Sekarang pun developer banyak dah buat townhouse kan?

  9. urmm..takat ni masih belum mampu nak beli rumah hehehe

  10. A really good info. Utk org bujang memang sesuai sangat townhouse actually

  11. Pernah dengar Townhouse ni…tapi tak biasa masuk pun..

  12. Rata-rata rumah jenis townhouse yang saya jumpa pun banyak dah menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak bermain, bagus la macam tu

  13. Apa pandangan tuan dgn townhouse Citra Embun, Seri Pajam di Pajam? Berdekatan dgn toll Nilai dan Toll Pajam.. Adakah perlaburan yg berbaloi?

  14. townhouse eloklh dibeli sbg pertempatan atau pelaburan tapi kena perhati juga apa sajamengenainya

  15. Townhouse memang menarik. Tapi bab privacy tu sgt kurang. Lagi2 kalau berkongsi dengan keluarga yang suka buat bising.

  16. Terima kasih atas tips yang membantu .

  17. Angelo

    Cotton Care provides you an onsite sofa cleaning service regardless of the material and style your sofa has. We promise to give you the best sofa cleaning quality service to keep your sofa comfortable for you.

  18. nordzila

    saya terlibat dengan pengurusan strata.. dalam menguruskn bgn berstrata ni…. masalah yg paling kritikal kebanyakan datang dari konsep perumahan TOWNHOUSE… masalah paling biasa ialah:
    1-penyelenggaraan yang confuse
    2-x berjya tubuh JMB/MC sbb pemilikkan bagi 1 lot tanah tidak capai peruntukn akta 757. masalah ni pling serious sbb kalau timbul apa² masalah pengurusan tak tahu nak mengadu di mana. paling biasa pergilh tribunal bgn strta (kalau dlm keadaan biasa COB akan bagi nasihat dulu)
    dan banyak lagi…

    so kalau nak beli perumahan TWH selidik betul²

  19. ซื้อหวยไทย ลาว ฮานอย เว็บหวยอันดับ1 จ่ายจริง รับเต็มไม่มีหัก แทงหวยได้ไม่จำกัดเลข ไม่มีอั้น Nakee

  20. เว็บหวยออนไลน์ที่มีความโดดเด่นด้านความเร็วและความเสถียรสูงสุด World Lotto

  21. Bagi saya, kejiranan adalah pertimbangan pertama yang perlu anda ambil kira kerana mempunyai jiran yang buruk boleh memberikan mimpi ngeri setiap hari.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.