Assalamualaikum. Pada malam Rabu (19/11/2014), saya berpeluang terlibat dalam program Kuliah Maghrib Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Dato’ Dr Abu Hassan Din Al Fadhil atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Hassan Din. Kuliah yang bertajuk ‘Nilai Seorang Mukmin Dan Muslim’. Ia telah berlangsung selepas solat maghrib di Surau Madrasah As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Intipati kuliah menjelaskan perbezaan seorang muslim dan mukmin. Seorang Muslim dapat diterjemahkan dengan mudah melalui pengucapan syahadah. Namun, cabaran mengekalkan syahadah sehingga ke akhir hayat itulah yang menjadikan seseorang itu Mukmin. Secara mudah, Mukmin itu beriman. Status seorang Muslim boleh diwarisi tetapi tidak dengan iman.

Pengisian Kuliah Ustaz Hassan Din
Seseorang yang bergelar Muslim tidak semestinya Mukmin.
Cara hidup mempengaruhi nilai seorang Muslim dan Mukmin. Berdasarkan definasi tersebut, Ustaz Hassan Din memperincikan lagi tentang maksud Mukmin dalam konteks kehidupan seharian.
Sesungguhnya, menjadi peringatan yang mendalam apabila beliau berpesan “Tidak akan berzina, minum arak, berjudi, mencuri, menipu, rasuah dan pelbagai perbuatan mungkar seorang Muslim itu sekiranya dia Mukmin”.
Kuliah perdana di Surau Madrasah As Siddiqin ini berlangsung selama 2 jam. Ia juga merangkumi pengisian tentang tingkatan solat yang perlu sentiasa diperbaiki bagi membentuk keperibadian Mukmin. Selain itu beliau turut memberi pencerahan tentang beberapa perkara wajib dan sunat yang menjadi kekeliruan dalam budaya masyarakat kita.
“Apabila kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengikut kita”… hadir bersama orang yang berilmu itu bukan sahaja tempias ilmunya, malah bersamanya rezeki kepada sesetengah yang lain…
Subhanallah walhamdulillah Allahu akbar.

Secara jujur, Ustaz Hassan Din seorang insan yang berkeperibadian sederhana namun tinggi ilmunya. Cara penyampaian kuliah yang santai namun penuh dengan suntikan kesedaran, keinsafan dan pengharapan. Kuliah berakhir sekitar jam 10 malam dengan solat Isyak berjemaah.
Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Perdana berjalan lancar dengan pengisian yang padat. Jemaah yang hadir juga tidak kurang meriahnya.. padat memenuhi perkarangan surau, Tahniah dan terima kasih diucapkan buat sahabat AJK Surau Madrasah As-Siddiqin, para jemaah dan semua yang terlibat menjayakan majlis ilmu ini.
Justeru, saya terpanggil untuk memanjangkan pesanan dari Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din ini tentang satu cara agar kita membimbing diri untuk menjadi Mukmin. Senantiasalah kita memikirkan “Apakah perkara wajib yang belum kita laksanakan dan apakah perkara haram yang belum kita tinggalkan”… mudah-mudahan sama-sama kita senantiasa mencari solusi memperbaiki kehidupan ini diatas jalan yang diredhai… aamiin.
Baca lagi: Ceramah Ustaz Kazim Elias Masjid BTP

Penulis merupakan seorang pengurus kandungan digital dengan kerjasama agensi perhubungan awam di Malaysia dan rangkaian media Asia Tenggara. > PROFIL



indeed this is a really a good sharing. thanks for sharing this khir
Kalau sain banyak loan agreement.. risau juga tu
info yang menarik.
Berhati hati teliti sebelum buat keputusan
Good tips…terutamanya bila melibatkan nilai investment yang besar
part2 yg berkait dgn duit ni… mmg kena extra careful…
Careful.